Thursday, September 20, 2012

Paradigm Mall

Sekarang kecoh sungguh mana-mana sahaja ada yang menyebut Paradigm Mall. Kata anak dara saya best sangat mummy... macam-macam ada.. banyak pilihan restoran dan gerai makanan dan kedai pakaian yang "kelas-kelas".

Hari Ahad pagi kami sekeluarga pun pergi lah buat lawatan sambil tu nak aim lah mana nak makan. Katanya banyak kedai makan... tempatnya besar... ha....di tepi LDP besar sungguh...

 
Photo credit to Steventeng

Sebelum ni duk lalu tak pulak perasan bangunan besar ni sedang dibangunkan... nampak sangat lama dah tak lalu. Kalau dari Shah Alam, masuk NKVE ke utara exit Tol Subang Jaya. Signboard memang tip top. Memang sampailah.. tak jauhpun dalam 1.7km jer.. senang sangat.

Apa ada dalamnya hmm... view boleh click di Steventeng boleh tengok besar sungguh. Kalau makcik pakcik tu kalau boleh hmm... anak-anak kena buat survey bahagian mana nak pergi.. kang nanti tak sampai ke destinasi yang nak dituju sebab mak/ayah dah tak larat nak jalan.

Bidadari bukannya nak buat slot iklan Paradigm Mall. Tapi memandangkan dah sampai dan mungkin ada yang nak tau serba sikit jer lah ye.. Saya bukannya ambil banyak gambar. kalau nak kena la pergi sendiri.

Sedikit review  dari saya:

Kedudukan kedai:
Merata-rata.. maksud saya kalau nak cari kedai pakaian ker makanan ker.. semua level ada. utara selatan timur barat.. jadi kalau nak survey jalan-jalan kedai mana nak makan... hmmm... memang lenguh juga lutut ni.. tapi kalau anak-anak muda dan mereka yang suka jalan mesti tak kisah.
Saya lebih suka macam Subang Parade (tempat favorite sekeluarga) sebab senang satu bahagian so pilih sahaja semua depan pandangan kedai mana nak masuk..

Jenis makanan:
Banyak makanan modern, japanese dan chinese.
Bila kata modern tu.. TGIF, Chilli's (akan dibuka), speggetti, Nando's, Cone Pizza (favorite anak-anak)
macam-macam ada.. End up kami makan Cone Pizza untuk alas perut...sambil munchy Popcon Planet ..jer.

PIZZA IN A CONE


Kedai untuk perempuan /si cilik
Chic-Chic dan Diva memang best.


Bossinni for kids pun best... Anak dara saya suka sangat Brands Outlet ..


MARKS&SPENCER
saya lebih suka di The Garderns and KLCC. sini may be minggu ni minggu warna hitam putih kut... errrgghh... surely not my colour. Kepada pihak pengurusan mereka perlu lebih peka sebab macam mana boleh di situ



TESCO
Tesco pun ada.
  

PETS WONDERLAND
Sempat juga kami singgah di Pets's Wonderland.. cuma makanan ikan yang dicara tak ada.


TANDAS
Bersih... tempat untuk ibu-ibu menyusu dan salin diaper anak-anak sangat cantik dan bersih.. harap dikekalkan kebersihan dan kecantikannya.






No comments:

Post a Comment