Tuesday, September 3, 2013

Bersama Malindo Secara Tidak Sengaja

Awal-awal pagi dah bertolak ke Meru. Kali ni Zela telah sediakan peta yang jelas sampai ke depan pintu rumah :). Terima kasih atas jemputan.. menu banyak ~ Nasi lemak, lontong, nasi impit kuah kacang, roti jala gulai daging, rendang ayam, buah, kuih raya, macam-macam lah ada.. inhouse semuanya tu yang tak boleh challenge  ni. .. tak terambil gambar.. sebab sedap menikmati makanan .. dapat pujian daripada Daddy yang menambah-nambah.

Selesai sudah Open House Sarapan Pagi di rumah Zela. Balik menikmati Masad Cafe, kopi abatusauda yang ala-ala nescafe tapi lebih baik.. hehehe mesti peminum nescafe tegar tak puas hati.

Tiba-tiba terima berita Tok Papa masuk ICU dan sekarang di Wad Hospital KB. Terus jantung ni berdebar.. rasanya pengalaman Wan kena heart attack bulan Jun lalu tak hilang lagi. Sekarang Tok Papa pulak sakit jantung.

Syukurlah ada banyak pilihan penerbang di Malaysia ni. Jadi boleh lah pilih memilih.. masa yang sesuai dan harga yang murah. Penerbangan mana yang boleh tiba sebelum pukul 4:00 pm. Waktu lawatan Hospital KB 5:00 pm hingga 7:00 pm. Jam dah 10:00 pagi. 2 penerbangan semua sebelah petang. Yang terbaik Manlindo Air.. Harga murah dan masa akan terbang dalam tempoh 2 jam lagi. Apa lagi.. inilah menjadi pengalaman pertama naik Malindo Air (www.malindoair.com).

Apa-apa pun balik berdua dulu.. risau sangat, bila bercakap melalui telefon masih boleh ketawa lagi.. tapi kadang-kadang orang-orang tua ni dia tak nak susahkan anak-anak. Siap pesan, dia ok tak payah balik. Tiket dah ambil, tak cakap kata nak balik nanti dia rasa menyusahkan .. biasalah orang tua. Itulah murni jiwa ibu dan ayah. sayang sungguh, tak sanggup nak menyusahkan anak-anak.. dari kita kecil sampai kita besar mereka masih lagi nak "berkorban".

Malindo naik di Skypark, Airport Subang. Malindo air boleh juga naik di LCCT, tengok destinasi. Tapi kalau nak ke KB memang cuma di Subang Airport je. Untuk kami dekat. Senang parking. 12 jam valet parking harga dalam RM65.

Sama je macam naik FireFlyz.. sama besar je kapal terbangnya.

Harap-harap pihak Malindo cepat-cepat lah adakan web-check in. Check-in di kaunter lagi. Malindo masih praktis manual sepenuhnya. tulis pun pakai pen lagi. Bila hidup dah senang.. bila balik kepada manual.. rasa kelam kabut juga. nak kena datang awal 1 jam awal dan risau kalau terlewat nanti kaunter dah tutup.


2 Kaunter Malindo di Skypark..


Saja ambil gambar lampu berkelip-kelip.. hmm.. macam nak buat kat rumah je. Boleh ker? 


Kami dah bersedia. Perjalanan kali ni smooth. Penerbangan on-time. 


Rasanya bila naik kapal penerbangan murah ni.. ada kelebihannya. Salah satu KPI mereka (agak je) senyum dan mesra dengan semua penumpang. Tak kiralah penumpang biasa mahupun Hot Seat. Syabas peramuguri! 

Sekurang-kurangnya boleh lah melapik perut dan membasahkan tekak.. Diedarkan oleh peramuguri yang mesra.

 Pemandangan awan... dari tingkap Malindo. Cantik...kagum ciptaan Allah. 
HTC One Camera.. opss.. tak promote. 

Pemandangan jalan raya ke Kelantan.. merentasi dan disisir Banjaran Titiwangsa. 
Terang dan jelas menggunakan HTC One. sekali lagi.. bukan nak promote.. 

Tiba di Airport KB 1:50pm. Waktu melawat tengahari dah tak sempat.. jadi ada adik ipar tersayang belanjakan Nasi Hover... Sedap... 

Bila Tok Papa tahu kata kami datang.. tak sabar-sabar dia nak jumpa.. siap tanya pukul berapa nak jumpa. Hehehe baru je pagi tadi kata tak payah susah-susah.. Kan.. orang tua kan.. mereka memang macam tu... bak kata skrip dalam Misiku Kuza "mulut cakap tak nak, hati membuak-buak nak!"

4:30 pm lagi kami dah tiba di Hospital KB. Syukur Alhamdulillah.. nampak senyuman Tok Papa menerima kehadiran kami.. keriangan dia maam selalu.. lega rasa. Baru hilang debar di dada. Ini buka "debar" yang hanya di mulut. Tapi jantung memang debar je.. ishk masih fobia kut saya ni. 

Selepas 2 jam hingga habis waktu melawat.. Semoga Tok Papa cepat sembuh. 

Kita bila ada kelapangan ... jum balik jumpa orang tua.. jenguklah semasa mereka sihat. Jangan lewatkan bila mereka tidak sihat... semoga kita masih berpeluang untuk melihat senyuman dan mendoakan kesihatan mereka.

~Bidadari

No comments:

Post a Comment