Thursday, October 29, 2009

Balik Kampung Untuk Wan

Baru je balik kampung lagi.. Wan nampaknya makin sihat secara pandangan mata kasar dan cuba tanpak segar. Biasala orang tua tak nak anak-anak susah hati dan bawa jumpa doktor. Tahu sangat la perangai Wan kalau asyik lepak di rumah dan duduk je kat bilik dia..baring. Sedih juga Bidadari sebab tak dapat banyak membantu.

Doktor galakkan Wan buat operation.. tapi tu la.. doktor tu kata utk baik 70%.. bukan saja Wan risau.. Bidadari pun risau juga.. kalau termasuk golongan 30%. Sejak Bidadari tak dapat teman sebab balik KL, Wan dah tak nak jumpa doktor lagi.. mana tidaknya ada ka doktor tu nak suruh buat operation kat Hospital M*S tu.. kemudian tunjuk gambar akibat-akibat buat operation kat hospital keraj**n. Bila Wan tengok je gambar tu... mana hospital pun tak nak pergi... Kami adik-beradik dan menantu risau sekiranya akan merebak sampai buah pinggang.

Kali ni Bidadari balik sekali lagi bawa Wan gi jumpa Dr.Kh^^ untuk second opinion. Berdasarkan lab report memang kena go for operation. hmmm... senyap lagi Wan.. may be dia tension kut.. bila doktor check BP.. terus 159/73!

Jumaat ni nak jumpa Dato'Prof.Dr.Healin. tengok lah apa katanya. Kalau ada alternatif.. tak perlu operation.. :) bagus la. tapi kalau no choice... Bidadari, menantu sorang yang caring.. dan akak-akak dah pilih Isl^^nd Hospital,Penang. Kita tunggu dan doa.

Sambil jumpa Wan... sempat pulak bawa cousin Bidadari gi merawat secara tardisional untuk breast cancer.. di Jeniang Kedah. Ada yang baik.... semuanya kuasa Allah. Sungguh tak sangka dalam masa sekejap je dia kena.. Jumaat ni 30 Okt ni nak kena operation buang sebelah kiri di Isl^^nd Hospital.. sebab IsL^^nd Hospital tu ada machine yang paling changgih.. dapat detact ada ketumbuhan kecil di sebelah kanan pulak.. suspected cancer juga. Sedih sungguh Bidadari dengar.. baru je sebelum puasa cousin Bidadari tu buang tumor dalam perut sebesar tempurung kelapa.. dia pun tak sedar benda tu wujud dan duk membesar.. Cousin Bidadari ni jenis bergaya dan slim habis.. bila perut dia boncit sikit dia ingat sebab dah berumur.. dah penghujung 40-an. Bila dah start bleeding masih ingat nak monopost bila dah kerap gi scan semua.. huh!!! so surprise... so operate dah buang.. baru je 2 bulan operation tu.. then jumpa tumor pulak kat bawah bahu kiri.. sebesar dan macam daging burger.. ishk... takut Bidadari tengok.. daripada sel-sel yang dihujung2... tumor tu la makmal dapat detect ddia dapat breast cancer. Orangnya cukup tabah.. macam biasa je..happy.. Allah tu maha kaya... memberi kekuatan kepada dia. Dia nak cuba cara traditional sebab tak nak la buang sampai 2 belah.. sedih-sedih..

Kami doakan agar cousin selamat operation Jumaat ni. Mesti yang tertanya-tanya apa jadi dengan ubatan traditional? Mungkin sebab cousin dah set mind nak go for operation... Pakcik tu dah kasi ubat untuk picit dan sembuhkan yang sebelah kanan. Selalunya 2 minggu orang akan dapat hasilnya.. ini seminggu so pakcik tu tak berani nak guarantee.. lagipun semua kuasa Allah. Pakcik tu pesan.. lepas buat operation.. nanti datang "pematikan" cancer supaya tak naik lagi, InsyaAllah. Ini dapat elak daripada buat KIMO.. itu yang cousin risaukan.. sebab KIMO ni memang sakit dan byk effect dia. Kita sama-sama doakan.

Profile Pak Sahak tu dia bukanya boleh ubatkan semua penyakit.. tapi yang mana dia boleh aje... dia very low profile.. so far dengan izin Allah baik... nanti kita sama-sama nantikan lanjutan daripada cousin.

Balik bercerita pasal perubatan traditional ubatan breast cancer ni .. 2 anak beranak sudah arwah.. dengan izin Allah mereka dapat ubatkan.. MakTeh Bidadari.. masa bidadari kecik lagi.. rasanya dalam umur 6 tahun agaknya.. (masih terbayang-bayang suasana dan keperitan MakTeh masa tu)... Makteh kena breast Cancer... keadaan dia... macam buah cempedak yang dah busuk.. air keluar dicelah-celah kulit mengalir.. sakitnya tak terkata.. hospital nak potong.. sekali rupanya ada pakcik ni.. seberang jalan rumah TokPah je (Permatang Pauh)..tapi dia bukan bomoh.. cuma dia ada kelebihan tersebut. mungkin bukan itu "profesionnya" jadi orang tak tahu. bawa la pakcik ni datang jumpa MakTeh.. dengan menggunakan air dan telur...dan izin Tuhan.. alahamdulillah.. baik.. sampai sekarang.. MakTeh sekarang di Seremban.. macam tak pernah sakit..

lebih kurang 7 tahun yang lalu.. jiran TokAni ibunya dah berumur dalam 60++an tiba-tiba doktor kata dah ada ketumbuhan dan kena buang sebelah. Tok ni dah la sakit.. takut pun ada. Masa tu pakcik di Permatang Pauh tu dah meninggal, Alhamdulillah.. ada anak lelaki dia yang boleh berubat cara yang sama. Syukur, tok tu yang lagi 1 bulan akan "dipotong" tak jadi "potong".. terus baik sampai sekarang.. Amin. TokAni cakap anak pakcik tu pun dah tiada. Jadi bila cousin kena... dengar la cerita ada Pak Sahak di Jeniang.. jadi kita cuba.. Cousin paling risau KIMO.. harapannya sebelah ketumbuhan di sebelah kanan hilang dan baik.. dan dapat "dipermatikan" dan elak KIMO..

Semuanya kuasa Ilahi.

1 comment:

  1. salam... boleh tak saya nak tahu cara nak contact pak cik yang boleh mengubat tu.. saya ada ketumbuhan kat breast kiri.. but doktor kata tak perlu risau.. but sekarang ni dah sakit dah benda tu.. can u plis mail me at timokhtar@gmail.com thanks

    ReplyDelete