Wah-wah wah....Anje... sibuk dia memesan...
Semasa tengok cerita "Abduction" (pelakon utama Taylor Lautner) ada beberapa adengan berc*um.. Seronok tengok dengan Anje.. dia betul-betul menghayati cerita tersebut.
Lepas dah habis cerita.. dengan yang terakhir ada pula adengan berc*um hero dan heroin.
Anje mula berpesan " Mummy, bila ada orang bercium, kalau dia c*um kat pipi tak apa boleh tengok. Tapi bila dia berc*um kat mulut berdosa kalau tengok. Jadi kalau dia c*um kat mulut, kita kena pejam mata atau tengok tepi, tau!"
"Ye Anje, lain kali mummy pejam mat, ok."
Anje tak puas hati "Ye lah, bila ada orang berc*um kat mulut, Abang Ajeem kata berdosa kalau tengok. Habis tu Anje katalah, kita kena pergi dapur ke? (untuk elak dari menonton adengan tersebut). Abang Ajeem kata jangan tengok, pejam je mata kalau tidak tengok tepi. Sebab tu Anje tengok tepi."
Apa agaknya dalam fikiran Anje bila ada adengan tersebut. Sekarang ni tiada lagi tapisan untuk adengan tersebut di tv.
Semalam, daddy tengok sorang-sorang cerita "Aduction" yang mummy rekod. Anje pun sebuk pergi kat daddy cerita bagaimana ibubapa hero lawan dan dibunuh. Apa lgi... Sekali lagi Anje berpesan pada daddy...
hehehehe
No comments:
Post a Comment