Friday, July 31, 2009

My First Teeth

Semenjak Baby Anje cukup 1 tahun 2 bulan pada 27 April 2009, tiap-tiap hari mummy akan check mulut baby kut-kut dah ada rasa kasar nak naik gigi. Kenapa 1 tahun 2 bulan? sebab mengikut sejarah kakak Tasha, abang Jimo dan abang Ajeem semua cukup je 1 tahun 2 bulan dah rasa kasar dah nak naik gigi...

Doktor dan orang tua-tua cakap bagus kalau lambat naik gigi, lambat rosak dan lambat rongak. Apa pun berbalik kepada amalan suka memberus gigi.. betul tak? Kadang-kadang kesian juga kat baby.. bebudak lain dah belasah macam-macam ... dia masih duk menjilat.. habis-habis lenyek la dengan gusi dia. tapi kalau dia gigit guna gusi boleh tahan sakit juga.. Jangan main-main.

Setiap kali suruh buka mulut mesti baby akan tutup rapat-rapat mulut dia (macam gambar tu) atau.. dia akan jelirkan lidah dia panjang-panjang.




Kalau habis tak puas hati... nangis le..




Apa pun... tepat 15 Julai 2009 (1 tahun 4 bulan 18 hari), tiba-tiba rasa teruja sangat mummy bila dapat rasa kasar je kat gusi baby. Happy-nya. tapi aduh!!!!! Susah sungguh nak suruh tunjuk gigi... sebab selama ni kalau dengan akak dan abang duk suruh baby tunjuk lidah panjang... (lidah baby dah originally panjang.. sampai ke dagu). Bila disuruh tunjuk gigi.. lidah yang keluar... dah tak pandai... hahahaha... susah nak ambik gambar. Biasa la mummy... mesti nak juga ambik gambar..

Time yang boleh ambik gambar gigi Baby Anje... time tidur le... Itulah buktinya.. :)



Sambil-sambil tu ambil tahu pasal pembentukan gigi bayi.

Antara website berkenaan gigi bayi:
http://www.diyfather.com/content/sequence-of-how-baby-teeth-come-out
http://www.adandental.com.au/tooth_eruption_dates.htm
http://www.gatorgripper.com/babyTeeth.asp

No comments:

Post a Comment