Thursday, November 8, 2012

Keputusan UPSR 2012 pada ISNIN 19 November 2012

Kepada anak-anak yang tidak sabar nak terima keputusan UPSR mereka kenalah bersabar ye... sebab TPM merangkap Menteri Pendidikan telah pun membuat pengumuman bahawa Keputusan UPSR 2012 yang dijadualkan pada 8 November 2012 hari Khamis ni akan keluar pada ISNIN, 19 NOVEMBER 2012.

BERITA TERKINI Keputusan peperiksaan UPSR diumum 19 November KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2012 akan dikeluarkan pada Isnin, 19 November ini.Kenyataan Kementerian Pelajaran berkata, majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya."Semua calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama," kata kenyataan itu hari ini.Seramai 517,139 orang calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara yang diadakan pada 11 hingga 13 September lalu. - UTUSANArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121106/dn_23/Keputusan-peperiksaan-UPSR-diumum-19-November#ixzz2BSMsarSZ © Utusan Melayu (M) Bhd

**************************
Semalam jangkaan 21 Nov 2012.. Untik elakkan kekeliruan...berita 5 Nov 2012 dipadamkan. 
**************************
Kepada adik-adik... anak-anak ... khususnya kepada pelajar Tahun 6 SKBJ ... semoga semuanya mendapat berjaya dengan baik sekali... Jangan risau... ini hanyalah satu permulaan.

Bidadari sendiri buat masa ini rasa puas hati dengan pencapaian anak dara sulong.....berpuas hati dengan usaha dan semangat yang ditunjukkan serta sujud dan doa kepada Ilahi.. sesungguhnya keputusan itu hakNya. Sama-sama doakan yang terbaik buat kakak dan kawan-kawan.


2 comments:

  1. Rhyze: No Prob.. sama-sama kita berkongsi. sama-sama juga kita tunggu pengumuman di TV/Radio.

    ReplyDelete