Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah 2012 - Tips Keselamatan Cuti Sekolah

Seronok la semua budak sekolah Rendah dan Menengah ...Hooorayyyyy!!!!


Aktiviti harian baru akan bermula.. actually dah bermula pun selepas peperiksaan akhir tahun.
Terutamanya main-main-main... makan + tidur... --> main + makan + tidur. Memang enjoy sangat kah duduk dirumah? Kadang-kadang sampai rasa agak pelik budak-budak ni lebih suka main games dan tengok tv di rumah dari pergi sekolah main di sekolah. Sah -sah di akhir tahun cikgu -cikgi yang tengah sibuk kemaskan laporan dan update sistem PBS tak kesah kalau anak-anak murid bermain dengan baik di dalam kelas.

Kawan Baik Jimo, Najmie dah 1 minggu message Bidadari merisik nak datang rumah weekend ni... hmmmmm (dengan gaya dan lenggok Pn.Na*AT) ... nak minta izin nak tidur dan stay bermain dengan Jimo untuk beberapa hari... Dalam hati ni rasa seronok sangat bila anak-anak yang baik suka datang rumah kita... maknanya beliau selesa berada di rumah kita. Hati budak kan ikh;as. Kalau suka tu memang suka.. kalau tak suka tu.. tak suka lah tu.

Jimo pun dah tak sabar nak bercuti sebab mengharapkan Najmie datang seawal petang ni.. atau esok pagi. Tapi nampaknya agak hampa sedikit sebab kena tunggu minggu depan... Minggu ni akan ada tetamu, mereka akan tidur di bilik Jimo yang agak luas compare bilik-bilik yang lain, mesti Najmie tak akan selesa.. Alhamdulillah dia bersetuju. Jimo mesti tak puas hati.. tapi nak buat macam mana kan?

Apa agaknya rancangan yang terbaik untuk aktiviti anak-anak dengan cuaca yang sangat lembab?
Buat masa ni aktiviti mingguan/bulanan - Swimming,  Bowling, Tengok wayang, makan-makan dan  Saidina.
Jika vacation dalam Semenanjung selalunya mesti tak ada perancangan yang lama dan terperinci.. pakai redah.., cuma kena pasti tempat makan + tempat tidur + tandas yang selesa.

Kepada kawan-kawan yang bakal merentas benua dan yang akan merentas Selat Melaka ... have fun.. bila agaknya Bidadari akan memenuhi hasrat tersebut untuk bawa anak-anak kesayangku bersama..
InsyaAllah ada rezeki, betul tak?

Nasihat Bidadari buat kawan-kawan semua /visitors... percutian panjang sekolah ini memang menyeronokkan buat anak-anak... Harap sama-sama kita memantau pergerakkan anak-anak dan anak-anak jiran kita memastikan keselamatan mereka terjamin.

Tips Keselamatan Cuti Sekolah

Anak-anak akan mendengar nasihat dan mengingati kata-kata ibubapa yang disampaikan dengan penuh kasih sayang:

1- anak-anak tidak bermain di kawasan air tadahan
2- anak-anak tidak bermain dalam hujan lebat dan kawasan dinaiki air/banjir ("bah" kata orang Utara)
3- anak-anak tidak layan orang yang tidak dikenali
4- anak-anak tidak bermain di kawasan atau bangunan yang ditinggalkan
5- anak-anak tidak bermain di kawasan semak
6- anak-anak mengelakkan diri dan berwaspada dengan orang yang tidak dikenali / berkelakuan pelik
7- memperingati anak-anak apa perlu dilakukan jika mereka terpisah atau hilang di tempat orang ramai (contohnya: mencari information counter atau memaklumkan mereka terpisah kepada guard/pekedai)
8- memperingati anak-anak kunci pintu dan pagar semasa berada di rumah.

Sambil itu berwaspadalah kita sama-sama:

1- berwaspada jika rakan lelaki kepada anak-anak lelaki yang bertandang ke rumah jika ada anak perempuan di rumah. Sebolehnya elak dari budak-budak lelaki itu masuk ke dalam rumah.
2- anak-anak perempuan tidak digalakkan untuk bertandang ke rumah kawan yang ada anak lelaki remaja atau dewasa
3- kenali kawan-kawan anak-anak kita
4- elak anak-anak berjalan atau keluar sendirian.
5- pastikan anak-anak berdekatan dengan kita, tidak meninggalkan anak-anak di tempat awam.
6- be very choosy when you want to leave your kids with others.
7- dilekatkan senarai nombor untuk membuat panggilan jika berlaku kecemasan seperti
    a- nombor ibu dan ayah
    b- nombor telefon keluarga yang dekat
    c- nombor jiran
    d- nombor Polis Gerakan /999
 (Polis Gerakan lebih cepat sampai sebab mereka kereta ronda yang selalu meronda...)

Semoga kita semua akan bercuti dengan penuh cerita-cerita gembira dan kebahagiaan.
Ingat!!! cerita -cerita gembira atau bahagia itu adalah bila sekeluarga bersama.

No comments:

Post a Comment