Monday, November 19, 2012

Tahniah Tahniah & Tahniah

1/2 juta pelajar ambil UPSR tahun 2012.. Wow!!! Daripada 517,139 pelajar yang menduduki 45,054 calon mendapat 5A. can you imagine? 45K! pegh!! 
Walaupun kurang sedikit dari percentage dari tahun 2011 tapi Wow!! Tahniah, Tahniah, Tahniah!

 *****************

Nampaknya satu kelegaan buat Kakak Tasha. Semangat dan usaha beliau terubat jua.
Tapi ini hanyalah satu permulaan.. bukan segalanya. Kepada rakan-rakan seangkatan yang memperolehi keputusan cemerlang ... TAHNIAH!!!!

Tahniah kepada 6 Angsana satu kelas dapat 5A.. Tahniah buat guru kelas Puan Azlida dan guru-guru kelas tersebut dan Penolong-Penolong Kanan serta Pengetua Sekolah. Puan Azlida salah seorang yang paling happy sekali... Ibubapa juga tidak lupa memberi dorongan dan sokongan kepada pihak sekolah jua.

For those with A's or no A's... Aunty tahu ada yg happy tadi.. mana tidak.. tak sangka betul kan tup tup boleh dpt beberapa A tu... macam sedara Aunty juga.. happy betul bila anak dia ada beberapa A... mama dia kata as long as B sahaja pun ok.. sekali ada banyak A.. suka betul mak dan ayah dia.. Empunya diri lagi lah kan.. Alhamdulillah... itulah dinamakan REZEKI.

For those yang tak mendapat seperti yg diharapkan.. Aunty harap semuanya akan bersyukur dengan keputusan masing-masing. Cikgu pun cakap tadi.. ramai B untuk Sains.. hmmm kenapa ye? apa pun perjuangan perlu diteruskan. Nangis untuk melepaskan kehampaan tapi ingat.. PMR usaha lagi tau.
Nampaknya sikap ibubapa yang positif memberi semangat dan memujuk anak yang sedih sangat saya bangga sekali.


*****************


Kakak Tasha .. betul lah keputusan ini cemerlang sama dengan keputusan Percubaan yang lalu.. sebagai mummy dan daddy... usaha yang ditunjukkan oleh kakak itu adalah sebuah kejayaan buat kami. Keputusan itu adalah bonus buat semua. Cuma satu perkara yang perlu diingat bukan untuk Kakak Tasha sahaja tapi juga anak-anak yang lain... study last minute memang tak bagus.. meletakkan diri di dalam tekanan yang sangat tinggi. Betul tak?

Usaha guru-guru yang menekankan para pelajar masa 3 bulan pertama adalah sangat berkesan.. lepas tu tone down. Mungkin ini sesuai utk anak-anak yang masih kecil macam Tahun 6. Tapi kepada para pelajar PMR dan SPM.. kena lah mula dengan lebih awal. Belajar biar consistent... you guys boleh buat lebih baik.

***************************
 
Kata-kata Daddy tadi " this is the fruits that you gonna have for what u have planted."
Apa lagi... kecut perut lah tadi sebelum diberitahu oleh kawan-kawan kata Kelas 6 Angsana satu kelas 5A... hilang terus suspend kakak. 
Apakah hadiah istimewa buat Kakak Tasha? 
Kakak Tasha nampaknya paham apa itu hadiah istimewa yang dimaksudkan oleh Daddy. Bila keputusan diumumkan .. dan cemerlang 5A itu... "perasaan itu..kepuasan itu..kegembiraan itu" ... Itulah hadiah yang paling istimewa. Mummy dan Daddy memang tak dapat belinya walau macam mana pun. 
:)

Kepada Aunties dan Uncles yang memberi semangat kepada Tasha... Tasha sangat la bangga dengan u all semua sebab ucapan tersebut sangat bermakna. 

Aunty Asnida ... terima kasih atas kata-kata peransang dan janji Cupcakes... Tasha dah siap call choose Chocolate Cupcakes yang moist special made by aunty... Tunggu.......

Anje balik je sampai rumah terus jerit pada Abang Jimo dan Abang Ajeem.. yeah!!!! 
Macam mana pulak dengan Abang Jimo dengan Abang Ajeem?
Abang Jimo dan Ajeem yang sempoi mempoi... jawapanya .. kita org, English tak boleh dapat A... Hahahahaha... so you know the answer Daddy. 

Budak lelaki.. macam biasa.. cool.. kenapa ye? pelik juga? kenapa budak perempuan selalu kecoh?
*****************
Sekolah mana lepas ni? Tadi dah ke Sekolah Menengah Bukit Jelutong (SMBJ)untuk daftar. Surat penempatan dah diterima pada 8hb Nov 2012 yang lepas. Dah daftar semalam. Memandangkan kakak dah pilih SMBJ.. insyaAllah kakak akan terus kekal semangat belajar bersama rakan-rakan lama dan baru nanti di SMBJ. Sekolah mana pun sama sahaja. yang penting diri sendiri.  


 Pendaftaran Tingkatan 1 bermula 17 Nov 2012. Rasanya dalam 10 hari untuk daftarkan diri ke sekolah yang dinyatakan melalui surat Jabatan Pelajaran Selangor. 

Anak-anak, jangan lupa remind mak dan ayah. Perlu bawa sekali 
1) Surat Penempatan tersebut
2) Slip menduduki UPSR (salinan photocopy)
3) Surat Beranak (salinan photocopy)
4) Keputusan UPSR (salinan photocopy)

Lebih baik photocopy siap-siap.. jangan lupa!  
Bagi sekali photocopy keputusan UPSR walaupun tidak dinyatakan dalam surat tersebut sebab nanti kena hadir sekali lagi untuk diberi kepada pihak sekolah menengah. 
Bidadari siap bagi juga salinan kad pengenalan.. 
Jangan lupa ambil Surat Sesi Orientasi Sekolah Menengah tersebut yang memberitahu tarikh untuk Tingkatan 1 , 2013 lapor diri.
Sesi Orientasi Sekolah Menengah Bukit Jelutong pada 28 Disember 2012.

Kita jumpa di sana.

No comments:

Post a Comment