Thursday, December 6, 2012

Resepi Burger!!!! I love my Burger!


Rezeki, Rezeki. Itulah yang dikatakan rezeki Allah bagi pada kita cukup murah. Kadang-kadang tu jenis makanan tu sama.. tapi rasa..gaya, presentation berbeza-beza ikut citarasa dan selera. yummy.. 

Masakan yang dihidangkan untuk makan malam.. nak rasa lain sikit. Tapi tak nak makan nasi jadi pikir punya pikir, terasa pulak nak makan burger yang ada banyak sayurrrr.... ada cheese.... ada bawang....dengan roti yg sedap.

Kenapa bawang? bawang tu bagus untuk kesihatan... hehehehe, semua makanan baik untuk kesihatan. kan? kan? Actually ia bagus katanya dapat kurangkan gula dlm badan.. tapi jangan makan banyak-banyak nanti "bau badan" berlebihan pulak.

Bidadari dah cipta resepi burger sendiri dengan menggunakan Roti Multiseed (Multiseed Bread). \
Rasanya memang sedap dan lain dari biasa sebab bila dalam roti tu ada pelbagai rasa kekecang / seeds jadi sangat berperisa. Dengan satu gigitan yang penuh perisa... cheese, salad, bawang, tomato dan daging burger memang sedap. Cuba la. cukup untuk satu pun dah kenyang sebab really fulfilling. Hmmm... untuk yang nak diet sangat bagus.



Burger yang enak. 
Tengok gambar ni jer rasa macam nak buat lagi. Ayoyo makan burger la hari-hari hahaha

Pekena pulak masa tu dengan Cream Of Mushroom  masak sendiri.. lagi la sedap. Resepi untuk cream of mushroom lain entry ye.


Resepi Burger Bidadari



1 Bantal Roti Multiseeds ~ dipotong lebar 2cm
4 keping burger ~ burger daging/ayam dibakar
1 Biji Buah Tomato ~ dipotong nipis bulat
1 Biji Bawang Besar - dipotong nipis bulat
1 Biji Capsicum ~ dipotong panjang-panjang
1 jambak (sejambak) Daun Salad 
4 keping /1 Paket Cheese

Cara-Caranya:

Roti diletakkan atasnya  
salad + tomato +  Burger + cheese + capsicum + tomato + bawang + salad
dan roti .

Senangkan? cuba la.. memang puas. 
Roti burger masih sedap tapi kalau beli lebih tak best nak makan sahaja kan.. 
Kalau suka sos tomato + soso cili + mayo .. boleh aje, ikut selera masing-masing. tapi jangan lupa nanti lari topik.. makanan sihat. 
 Apa? Cheese?! itu menambah selera kena pulak cheese tu cair sikit bila kena burger yang baru diangkat panas-panas huih!!!! memang yummy. 


No comments:

Post a Comment