Thursday, February 17, 2011

Kenapa Tandas Awam dot dot dot....

kalau di sebut sahaja tandas awam.. tak lalu nak imagine..nak masuk.. nak dengar...

Bidadari selalu pesan kat anak-anak sebelum keluar pleaasseeeeee gi toilet dulu.. tak perlu mengharap nak ke tandas awam... unless emergency yang dah kita cuba elakkan. Kalau time nak gi makan.. then nak ke tandas awam... mula la hilang selera.. jadi hubby yang tersayang akan terpaksa volunteer untuk teman budak-budak (selalunya kes-kes gini anak lelaki le). Yasmeen..selamat! ada diapers yang dibawa. Yasmeen dah tak pakai diapers since umur 2 thn, tapi time emergency kat public area mummy terpaksa sarungkan diapers pada masa-masa dia tak tahan.

Kenapa tandas awam ni tak bersih-bersih macam tandas di rumah.. sedangkan semua rumah ada tandas.. kenapa kat rumah boleh bersih kat tempat awam tak boleh.. bukan org lain yg pakai org yg ada tandas kat rumah juga. itu yang pelik?

Bukan bidadari nak cerita sangat pasal tandas awam.. tapi nak cerita... mana nak ada didikan yang sempurna kalau sekolah mak oiii tandas murid-murid tak lalu nak masuk... 200meter belum sampai lagi dah bau hancing... anak-anak bila first time masuk sekolah darjah satu semua culture shock!....bukan pasal first time masuk sekolah.. tapi sebab bila ke tandas semua balik complaint.... mummy tandas...itu ini... urghh!!!! tak kuasa nak dengar... tapi itulah keluhan mereka bila first 2 weeks ...

mungkin kerajaan dan jabatan pendidikan kena buat sesuatu untuk upgrade tandas murid-murid dan cleaner yang lebih bukan setakat 2 org nak jaga satu sekolah dgn 10 tandas.

Bidadari kadang-kadang berkhayal... kalau ada duit nak je sponsor sekolah buat tandas bersih tak grand pun tak apa.. lampu cerah...tandas kemas dan flash boleh guna.. air ada sentiasa. huh... Amin amin...hahahaha angan-angan aje.

harap pada masa terdekat semua sekolah satu Malaysia akan menjadi tandas contoh dan tidak timbul lagi isu kebersihan tandas awam.

2 comments:

  1. Memang...loya tekak kan..kekadang restoran melayu ni kotor yg amat...mmg sy tak masuk punya kalau restoran...lebih rela pergi stesen minyak..stesen minyak sekarang byk toilet dah ok...tak mcm dulu. Kalau stesen bas kt Trg cthnya...huhuhu sebatu baunya...yuksss...Padahal ada je tercongok tukang kutip duit bau tetap hancing...tp masa kt jakarta cleaner toilet tu rajin membersih toilet...takde ler berbau cam negara kita nih...malu..

    ReplyDelete
  2. Yang kesian ni kat anak-anak tak sanggup nak gi toilet siap tahan.. kalau tidak membuang dulu kat rumah...
    kat sini toilet cikgu macam taman bunga.. penuh dengan bunga2 dan gantungan bunga.. yg geram tu siap masuk MHI TV3 tahun lepas kata inilah tandas murid yg guru buat (berbakti la konon)... siap suruh murid berlakun lagi...
    geram betul.... mau tunjuk kat org... tapi sebenarnya hampeh...
    saya ada tanya salah satu cikgu pasal kes masuk tv tu.. cikgu tu kata oh.. dia tak tahu la pasal tu...

    ReplyDelete