Tuesday, February 15, 2011

Ada lagi ke ...

Ada lagi ke org-org beragama Islam yg masih tak paham-paham lagi ... byk kempen.. berita, maklumat yg cuba "Anti Valentine Day"...

Tapi cukup ke takat JAKIM.. JAIS.. bahagian agama Islam sahaja... rasanya keinsafan diri sendiri juga perlu.. harap-harap tak ada dikalangan kita yang masih cetek pasal hal valentine ni..

kalau diikutkan.. di TV cerita yg ada kena mengena dengan Valentine Day tak dipaparkan.. semalam.. cerita di TV kanak-kanak Nickolodeon.. DisneyChannel.. byk yg menarik minat anak-anak dan cuba memahamkan budak-budak berkenaan dengan Valentine Day.. itu yg bahaya.. bila dari kecil dididik dengan pengamatan kepentingan 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang pada org yang kita sayang.. kekasih.. kawan-kawan.. patutnya Kementerian Penerangan dan Kebudayaan menyahkan topik macam-macam tu ganti dengan topik lain.. Menteri di berita dan TV/Newspaper sebuk melarang sambutan Valentine Day.

Ok.. teringat pulak saya cerita Ustaz Kazim.. dia bertanya awak semua tau tak kenapa byk kes pembuangan bayi pada bulan Oktober dan November... pelik kan.. sampai hari-hari masuk berita.. rasa geram takut benci ada dengan org yg buang bayi..
Apapun nak tau pasal apa Oktober dan November.. cuba kira balik kebelakang.. bukan kah jika perbuatan yg dilakukan sempena Valentine Day tu.. akan membuatkan seseorang perempuan /gadis buncit dan agak matang kandungan 7 hingga 9 bulan bila masuk bulan Oktober dan November? Itu ada kebenarannya.... sebab tu la kali ni kerajaan .. ahli-ahli agama tak kira agama mana pun... cuba mencegah sambutan Valentine Day..

Jadi kita sama-sama membenci tindakan sambutan Valentine Day... setakat yg kita mampu dan utk org-org yang kita sayang... Jangan lah kita sekongkol dengan puan-puan yang menjual bunga sambil mengambil kesempatan dan keuntungan lebih pada 14 Feb... Itu yang akak jual bunga di tempat bidadari cakap.. "adik, adik kalau nak beli bunga lagi cepat-cepat.. sebab kalau dah Isnin ni.. harga naik 3 kali ganda.." sambil tersengih.. huh!!!

Anti -Valentine Day
Sepatutnya kita tunjukkan kasih sayang pada org-org yang kita sayang pada setiap hari.... kalau rasa pelik nak kasi bunga hari-hari....kasi lah senyuman pada nya.. sedekah doa...dan/atau telefon kata Hi...

No comments:

Post a Comment