Monday, March 23, 2015

Mengajar anak makan sayur cara Bidadari

Kenapa nak tension sangat bila anak tak nak makan sayur. Mesti ada caranya.

BABY:
Kalau baby dari kecil lepas 5 bulan dah boleh blend rebusan syur bayam. 
Jika baby dah besar sedikit dan boleh makan nasi, masukkan sehelai dua dalam rebusan nasi dan diblend.

ANAK -ANAK:
Kalau anak-anak memang pantang tengok warna hijau beritahulah mereka kebaikannya. 
Tak suka banyak, ambil sedikit pun ok. Tak suka sedikit sehelai pun ok. Tak suka sehelai setengah helai pun ok. Tak suka juga, secubit pun ok. 

Bidadari suka suap makan anak-anak tak kira besar ke kecil sebab masa kita suap tu kita doakan mereka anak yang baik, solleh dan akan menyayangi kita dan keluarga hingga ke jannah.

lama-lama mereka akan suka dan makan dengan sendiri . 

Itulah cara Bidadari mendidik anak-anak sendiri yang tak suka makan sayur. Anak-anak Tak boleh dipaksa. Tak elok kita marah-marah ianya memberikan effect jangka panjang sambil menaikkan stress diri sendiri dan merenggangkan hubungan kita dengan anak-anak. Kita patutnya cakap baik-baik dan manjakan mereka. Itulah akan jadi kenangan dan bekalan kenangan buat anak-anak bila mereka berjauhan. 

Sama-sama kita amalkan.
Bukan untuk sayur sahaja malah boleh dicuba untuk ulam-ulaman sama. 

No comments:

Post a Comment