Monday, July 7, 2014

Resepi Ketam Masak Bercili

Ketam Masak Bercili memang kesukaan anak-anak kat rumah. Mereka kalau dapat makan tu... yang best part sebelum makan baru letak dalam pinggan dah cakap... "Mmmmm sedapnye." Aik! belum makan pun dah sedap... over. Memang pandai mereka bodek mummy. :)

Dulu-dolu masa belum dapat resepi dan diajar, memang selalu makan di kedai masakan Chinese Muslim. Sekarang ni adik ipar ajar kita macam mana nak masakkannya.. apa lagi, cuba sekali jadi.. mesti mau cuba lagi.

Ketam Masak Bercili


Bahan dan caranya

Bahan A (diblend):
1 biji buah tomato
1/2 inch lengkuas
1 inch halia
1 ulas bawang putih

 
Bahan B (dibancuh):
Setelah Bahan A di-blend, masukkan
2 sudu cili bo (cili giling/cili mesin)

Letakkan sebelah, kita nak sediakan ketam.

(Tips: kalau nak pedas dan sangat suka pedas, boleh letak hingga 6 sudu cili bo hehehe)

5 ekor ketam yang dibasuh bersih

(Tips: tangan ketam yang keras tu diketuk sedikit supaya senang nak makan nanti)


Bahan C:
2 - 3 cawan air (1/3 daripada ketinggian ketam dalam periuk.)
1/2 sudu kecil Garam

Rebuskan ketam untuk 5 to 10 minit,

(Tips: kalau masuk banyak rugi air ketam nak guna sedikit jer, dalam 2 cawan sahaja.
Rebus ketam sekejap jer, bila dah merah kulit ketam tutup api)


 Kita guna kuali besar Tok Ani belikan.

Bahan C:
3 sudu Minyak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji telur

 Masukkan minyak untuk tumis.
Tuangkan Bahan B.
Tumis sampai agak kering dan naik minyak.

(oppsss, saya guna minyak kurang tu kurang nampak naik minyak, jaga kolestrol hehehehe)



Dah naik minyak, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Masukkan 1 cawan air ketam, garam, gula dan kacau rata.
Masukkan ketam dan kacau rata.
Masukkan 1 cawan air ketam (ikut banyak mana kuah yang kita suka)
bila mendidih, masukkan telur dan kacau.
Mendidih, tutup api.

Selamat mencuba.
Tq pada my SIL atas tunjuk ajar. 
~Bidadari

6 comments:

  1. hi Bidadari...semalam i call my mum and dia request utk makam ketam masak bercili...i tengok masakan u mcm sedap..i'll try esk..dh siap print out resepi..hihihi...btw just wanna share my opinion..i rasa if kita tidak rebus dlu ketam utk dpt stock tu pon blh kn?dengan cara kita letak sedikit air lepas tumisan naik minyak then trs letak ketam..so air lebihan stock ketam tidak akan di bazirkan..btw the best thing about your resipi ni is u bg i new idea utk memudahkan utk mkn ketam tu dengan ketuk dlu tangan ketam tu..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. :) bagaimana agaknya sekarang dah boleh share dengan kami resepi Hafizudin yang telah diubahusai untuk lebih mantap :)
      jom share

      Delete
  2. terimakasih dengan resepi yang sedap ini.

    ReplyDelete
  3. memang sedap ketam masak telur ni. lemak-lemak gitu. Saya buat mcm ni jugak lebih kurg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronok bila ada yang boleh buat sama. Memang bila di masukkan telur ianya lebih sedap.

      Delete