Tuesday, October 9, 2012

Resepi : Lunch Ikan Bakar, Sup Cendawan & Masak Cili Padi Peria

Dah buntu kepala apa la.. nak masak.. at last back to the basic... jeng jeng jeng..masak kampung juga yang sedap. Kalau ala-ala kampung ni bakar-bakar... hmm kalau bakar pakai arang lagi syok. Tapi nak menghidupkan api satu hal.. asal masuk berkepul kepul dalam rumah satu hal.. ok la "+" contemporarary... 
 
Kali ni bila bagi cadangan nak masak yang simple ikan bakar.. hmm hubby dah senyum suka.. anak lelaki Jimo yang kureng bab ikan ni tak bagi respond langsung.. apa pun 2 jelita dan Ajeem memang suka sangat ler. 
Bagi kami sekeluarga, ikan kegemaran tetap ikan siakap dan ikan pari. sebelum share resepi.. kita  cerita dulu.. jangan risau kalau nak masak nak kena kelengkapan yang lengkap.. pakai jer kuali leper (pan) jer, sini Bidadari guna kuali leper roti jala. memandangkan diameter 20cm, tak besar nak masak 2 ekor ikan siakap so saya kerat jer 2 setiap ekor. Yang bagi syok bila bakar ikan ni mestilah bakar atas daun pisang. Baunya aduhai.. rasa la kekampungan dan rindu masa zaman kecik. Alhamdulillah... kali ni resepi mengena.. Jimo suka benar.. sampai cakap mummy esok buat lagi ikan. 
Kembang la mummy, lagi pun protin ikan bagus untuk anak-anak membesar. Jom tengok resepi.


IKAN BAKAR DAUN PISANG

1 ekor Ikan Siakap dibersihkan dan dikelar.

Bahan Giling: 
1 batang Serai
5 biji Bawang Merah
2 sudu besar Cili Bo
1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1/2 sudu kecil/secukup rasa Garam
1/2 sudu kecil Gula (option)

Bahan Tambahan: 
Planta
Minyak Masak (untuk sapu pada ikan)
Daun Pisang (untuk lapik)

Ikan bakar diratakan bahan giling di atas daun pisang.

Cara-Caranya:
1. Letakkan minyak masak dalam beberapa titik pada ikan dan disapu rata.
2. Panaskan sedikit kuali leper.
3. Separuh bahan giling disapu rata pada ikan.
4. Letakkan daun pisang atas kuali dan terus letakkan ikan tadi atas daun pisang.

5. Selepas 2 minit ambil sedikit planta dan diletakkan  di tepi ikan supaya ia meresap ke dalam ikan.
6. Bila ikan agak masak...sebelum dikaliskan letakkan sedikit planta atas ikan dan ditebalikkan ikan atas daun pisang.
7. Sapukan sedikit balance bahan giling di atas ikan, selepas ditebalikkan nanti letakkan lagi bahan giling dan sedikit planta. (dalam dua kali terbalik dibakar).
8. Siap dibakar, angkat ke atas bekas yang dialas daun pisang.

Kata-kata:
1. Api biar sederhana agar isi ikan masak hingga ke bahagian dalam.
2. Tidak terlalu banyak planta nanti terlalu berbinyak. Planta untuk bau dan sedikit masin. 


Ikan bakar siap di masak... hmm.. hari ni bila nak ambil gambar kurang menarik pulak.. Tapi anak-anak sukanye... (dont judge by its cover..hehehehe)


**********************

CILI KICAP

1 biji Cili Padi (nak pedah tambah lagi)
1 biji Cili Merah
1/2 biji Buah Tomato
1/2 biji Limau Nipis
Kicap Manis

Cara-caranya:
1. Tumbuk halus cili padi
2. Potong dadu kecil-kecil cili mereh dan buah tomato.
3. Ambil sedikit cili merah dan buah tomato tadi dan ditumbuk sedikit (lenyek sedikit)
4. Disatukan (1), (2) dan (3) dalam satu bekas. 
5. Diletakkan kicap ikut banyak mana yang nak dan diperah limau nipis.
6. Kacau dan rasa ikut selera masing-masing pedas, masam dan manis.


 Dihidang bersama kuah cili kicap dan ulam salad crunchy.
Bila dicicah dengan ikan bakar...hmmm memang wow!


**************

SUP CENDAWAN HOMEMADE


2 ulas Bawang Putih
1/2 biji labu Bawang Besar
Segenggam Ayam - dipotong dadu
1/3 pack Cendawan Butang (dipotong nipis-nipis 2-3mm/beli siap slice) 
2 mangkuk air (ikut sendiri)
1 pack Cendawan tiram (lebar) - dipotong 2 (utk yang saiz besar)
1/2 batang Carrot - dipotong bulat nipis

2 sudu besar Minyak untuk tumis.
Sepotong nipis (ikut rasa) Kiub Knorr Sup Ayam
1 batang/sekeping Celery
1 tangkai Daun Ketumbar - dikerat besar-besar
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Kacau sebentar, kemudian masukkan ayam dan cendawan butang. 
Kacau biar cendawan butang dan ayam agak masak.
3. Masukkan air, kiun knorr dan carrot. 
4. Bila mendidih masukkan cendawan tiram, celery dan garam. 
5. Mendidih, cendawan masak. Masukkan daun ketumbar.
6. Mendidih, tutup api dan dihidang panas-panas.

 Kata-kata:
1. Cendawan butang bila ditambah rasanya lebih sedap.

 
 Sup cendawan kesukaan Anje.



**************

PERIA MASAK CILI PADI

 1/2 batang Peria - dipotong nipis (3mm/ikut ketebalan sendiri)
1/2 mangkuk Santan Kurang Pekat
1 senduk Santan Pekat
1 helai Daun Kunyit - dicarik
1 batang Serai - diketuk
1 keping Asam Keping
Sedikit Sebuk Kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Giling:
5 biji Cili Padi
4 ulas bawang merah

Cara-caranya:
1. Masukkan bahan giling + Santan Kurang pekat + Serai + Asam Keping + Serbuk Kunyit
2. Kacau dan biar mendidih  (kacau sekali sekala).
3. Masukkan peria dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan garam dan biar agak pekat. 
5. Masukkan santan pekat dan daun kunyit. 
6. Rasa, sedap? Rasa manis santan? Pedas cili padi? tutup api dan hidang panas-panas.


Kata-kata:
1. Pastikan guna santan asli. Santan kotak tak syok.
2. Kalau ada kunyit hidup giling bersama dalam 5mm. Banyak nanti pahit.
3. Giling = kisar 




Resepi ini tambahan citarasa sendiri dari resepi yang anda semua dah memang arif pun. Untuk ikan bakar basic saya juga rujuk kepada Buku beliau 1 Hari 1 Resepi yang memang WOW. Terima kasih saya buat Chef Hanieliza

No comments:

Post a Comment