Tuesday, October 16, 2012

Kenapa Nak Susah Hati ni?

Assalamualaikum... semua.. anak-anak mummy juga.

Sedap pulak pesanan daripada Badan Islam M*$C ni. Saya petik daripada emel BIM yang dipanjankan kepada saya.. Amat benar dengan kata-kata dan pesanan tersebut. Setiap yang datang itu dariNya .. seperti kata Pn. Noni.. sharing is caring. Because I do care and love all of you..sementara berkesempatan dan berkemampuan...

Ingatlah... kenapa kita susah hati? kenapa kita risau sangat? kalau setakat kerena "mereka" yang juga hanya HAMBA ALLAH.. maka tak perlu lah kita risau sampai memudaratkan diri.. bukan mereka yang memberi rezeki dan menentukan masa depan kita.. segalanya adalah hak Allah.

Sedikit sebanyak pesanan ini membuka ruang dihati ini dan menenangkan diri.. Jum sama-sama ....



Muhasabah diri : Adakah ketenangan tiada lagi dalam diri? Anda susah hati? Anda risau? Anda kecewa?

Adakah ketenangan tiada lagi dalam diri?
Anda susah hati? Anda risau? Anda kecewa?
Ingatlah saudaraku, tertekan dan kecewa….
Hanya milik orang yang banyak bergantung harap
pada makhluk dan bukan pada Allah.




Allah berpesan:
 


“Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(QS. An-Najm: 43).

Doa untuk Kesedihan yang amat sangat

أَنْتَ إِلاَّ إِلَـهَ لاَ كُلَّهُ، شَأْنِيْ لِيْ وَأَصْلِحْ عَيْنٍ، طَرْفَةَ نَفْسِيْ إِلَى تَكِلْنِيْ فَلاَ أَرْجُو رَحْمَتَكَ اَللَّهُمَّ
(Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa asleh li sha’ni kullahu la ilaha ila anta)

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh kerana itu,
jangan Engkau biarkan diriku walaupun kekelip mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu).
Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” Amin

“O Allah, it is Your mercy that I hope for, so do not leave me
in charge of my affairs even for a blink of an eye,
and rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshiped except You.” Amin
--------------------------------------
Kita sering mengeluh, risau, bengang dan kecewa
apabila….
sesuatu terjadi bukan atas kehendak kita

dapat kerja yang bukan kita suka…..
dapat rakan yang tak “ngam” dengan kita..
dapat boss yang hanya tau menyinga..
dapat result, kalau tak empat (4)….. lima (5)

bonus sebulan tak cukup katanya
muka tension, semua dibuat tak kena
datang kerja dah tak berapa nak suka,
semua salah orang, tak satu pun salah kita,

Ingatlah saudaraku,
Tertekan dan kecewa….
Hanya milik orang yang banyak bergantung harap
pada manusia…… pada makhluk..
dan bukan pada Allah.

Ingatlah saudaraku,
Allah berikan kita susah dan kesulitan,
Allah hantarkan orang yang menyusahkan,
Allah merunsingkan hati dan perasaan,
Bukan kerana Dia tak sayang,
Bukan kerana Dia tak kasih
Tetapi Dia ingin hapuskan dosa2 kita,
Menaikkan darjat kita,
Agar kita selalu ingat Dia, agar kita sabar dan tabah atas kehendakNya
Agar kita dapat menghuni syurgaNya,
Yang sifar kecewa, yang tak tahu apa itu duka.

Ingatlah saudaraku,
Allah itu Maha Adil,
Ketika Dia mengambil sesuatu daripada genggamanmu,
Dia sebenarnya membuka tanganmu untuk menerima
sesuatu yang lebih baik.

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa…
langit itu selalunya biru,
bunga selalunya mekar
laut sentiasanya tenang
dan mentari selalunya bersinar,

Tetapi ketahuilah bahawa Dia selalu memberi
Pelangi setiap kali badai menjelma,
Senyum di setiap titisan air mata,
Berkah di setiap ujian dan bala,
Dan..jawapan di setiap doa dipinta.

Justeru hadapinya dengan tabah,
Semoga natijah esok lebih indah.

Wallahua’lam

Nukilan : BIM
25102012

No comments:

Post a Comment