Sunday, August 16, 2009

Virus Serang Lagi


Sejak menyambut hari jadi yang pertama 27 Feb 2009, serangan demi serangan buat Yasmeen. Bermula dengan Eczema (Mac-3 minggu) , kemudian measles (April-1 minggu) , Rubella (May-1 bulan), dan start 14 Ogos 2009 Chicken Pox. Berturutan...

Yasmeen tetap Yasmeen.. masih aktif. Tapi kesian chicken pox tu kan berair jadi bila pecah gatal.. sedih mummy dan daddy lihat. Mummy cuma boleh sapukan gel Gamat untuk kurang gatal.. Yang besar sekali dan dah pecah sebab Yasmeen garu di dahi tu.. berlubang. hmm.. Yang paling banyak di kepala.. so kalau tergaru sakit.. nangis la.. bingung juga mummy & daddy.

Tok Ani dan Wan pesan minum air kelapa supaya chickenpox tu keluar habis dan tak naik lagi katanya.. memang makin banyak dalam cuping telinga, dalam rambut, kat dada dan belakang tengkuk. Wan ada pesan air penawar kepada Mak Ina (Kakak Mummy yang balik menjenguk kampung) buat cucu tersayang.. Yasmeen cucu yang termuda selain Ajeem (5 tahun dah).

Sepanjang kuarantin kami di rumah .. mummy, daddy, kakak dan abang kena la layan Baby Yasmeen dengan menonton bersama cerita kesukaan Yasmeen dari pagi sampai malam sambung pagi dan Yasmeen tidur semula.. Itulah routine kami semua.

5 comments:

  1. alaa...ciannya Yasmeen..kecik lg dah kene chicken pox..tp baby cepat sembuh..don worry. parutnya pun cepat hilang..sapu la calamine,kurang sket gatalnya.

    ReplyDelete
  2. huhu siannya budak comel tu...xpe has,ko jg la dia smpai ok..

    ReplyDelete
  3. Alahai...ciannya...asyik ada je sakit nya....dugaan untuk mummy...semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. thanks mummy frens... bila mak-mak ni amat memahami.. harap-harap u all bila dah naik 48 nanti fahamilah anak-anak buah yang bermasalah dirumah..

    dugaan juga la Dy bila di rumah jaga dia.. sebab dia punya favorite Upin&Ipin.. dari pagi sampai petang buka mata.. asyik menyusu & tengok DVD Upin&Ipin.. mummy dia dah boleh hafal skip dah.. Ada gak lama-lama rasa loya bila duk tengok budak kepala botak 2 orang tu..

    ReplyDelete
  5. Bila tengok parut yang ada berlubang lubang sebab dia duk garu.. kesian pulak.. Yasmeen akan suruh bubuh ubat (Gel Gamat) bila dia rasa gatal.. Alhamdulillah dia tak jenis nangis... dia diam je bila bubuh ubat cuma bila terkena kuku pada kepala pecah sebijik...nangis la pedih.

    ReplyDelete