Monday, August 31, 2009

Rumah Siraman Kasih, Country Homes, Rawang

Semalam merupakan perjumpaan pertama TSAZAIC G8 selepas kembali daripada Semporna, Sabah. Perjumpaan kali ini dengan hasrat melaksanakan aktiviti pertama TSAZAIC. Lawatan dan kerja amal di Rumah Siraman Kasih, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Aktiviti ini bukan hanya untuk pasukan TSAZAIC G8 sahaja malah untuk semua Alumni TSAZAIC 1 hingga 7 dan termasuk kepada volunteers awam yang berminat.. dari segi idea, tenaga mahupun wang ringgit dan doa untuk disedekahkan.

Rumah Siraman Kasih merupakan 2 buah rumah banglo yang disewakan oleh penyewa yang budiman (dengan kadar sewa yang rendah) kepada 45 anak-anak yatim piatu berusia antara 7 hingga 12 tahun. Sebuah rumah untuk anak-anak lelaki dan sebuah rumah untuk anak-anak perempuan. Pengetua mereka ialah Ustaz Azhar Aziz, 013-544 2486.

Rumah Siraman Kasih
No.2, Jalan Desa 12/2, Bandar Country Homes,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Phone: 016-3313546
Fax: 603-67331690
E-mail: rumahsiramankasih@yahoo.com

Buat diri Bidadari sendiri ini lah pertama kali nak bersama-sama ke Rumah Siraman Kasih yang dirancang pada 6 September 2009 (Ahad). Buat masa ini Bidadari akan bawa Tasha untuk sama-sama ke sana dan mengenali anak-anak ini. Mungkin dapat beramah mesra dan bermain dengan anak-anak ini. Program yang dirancang bermula daripada 10 pagi - 5 petang iaitu sampai Solat Asar:


6 September 2009 (Ahad)
9.45 pagi - Berkumpul di Tol Rawang (untuk berkonvoi)
10.00 pagi - Tiba di Rumah Siraman Kasih
10.15 pagi - Perasmian
- Ucapan alu-aluan oleh Pengetua
- Ucapan oleh wakil TSAZAIC G8
10.40 pagi - Kerja-kerja Mengecat dan Program Ramah Mesra
- Pengisian Profil data penghuni
1.30 tgh. - Solat Zohor
2.00 ptg. - Penyampaian sumbangan kepada pengetua
- Penyampaian sampul Hari Raya kepada penghuni


Kepada rakan-rakan, sedara mara yang ingin turut serta amat dialu-alukan.

Perjumpaan semalam jam 12:00 t/hari yang dihadiri oleh TSAZAIC G8 Semenanjung Nazihah, Eda, Sarina, Ustaz Hasan, Tuan Azizul, Bidadari dan Azimah yang mewakili 15 orang semuanya. Turut hadir 2 pegawai IIM penggerak TSAZAIC dan Kak Mariana yang sentiasa semangat memberi dorongan dalam apa jua keadaan. Perjumpaan adalah untuk mengenalpasti keperluan dan aktiviti pada 6 Sept. nanti. Makluman dan kutipan sumbangan akan dibuat melalui telefon dan e-mel. Tugasan pertama Bidadari adalah mencari harga barangan makanan untuk disedekahkan. IIM akan sediakan van nanti semasa pembelian, byk juga barang yang bakal disumbangkan. Antara barangan yang disenaraikan;
beras, minyak masak, gula, milo, susu pekat, biskut, bee hoon, sardin, telor, teh, tepung gandum, sabun mandi, ubat gigi, sabun basuh dan tuala wanita.

Ini adalah senarai yang akan dibelikan berdasarkan kepada kutipan daripada 30 ahli TSAZAIC G8 seramai 30 orang dengan budget sebanyak RM1500. Mungkin sumbangan ini hanya cukup untuk sebulan atau sebulan setengah hidangan sahaja.

Bila teringatkan bulan puasa, sedih sangat mengenangkan mereka anak-anak yatim piatu. Begitu besar pengorbanan mereka dalam hidup dan begitu cekal sekali menempoh kehidupan. Bukan itu yang diminta dan diharapkan tetapi Allah itu Maha Kaya, Dia hanya memberikan kepada yang kuat dan boleh menerimanya.

Kepada kawan-kawan Bidadari yang ingin membuat sumbangan dari segi makanan mahupun wang ringgit boleh beritahu Bidadari. Bidadari pun ingat nak buat sumbangan peribadi sendiri jadi kepada yang nak join boleh la kita sama-sama bersedekah ... kita sama-sama membuat bekalan untuk dihari kemudian besar kecil nilainya adalah sama disisi Allah selagi niat itu ikhlas. kalau nak buat sumbangan ikhlas sempena Ramadhan & Hari Raya barangan makanan atau wang ringgit diterima. Atau nak join sekali pada 6 Sept. pun you guys are welcome.. together with family ke.. kawan-kawan ke.. mungkin boleh kita sama-sama jadikan sebagai pengalaman permulaan untuk kita semua sebelum the next step.

Sempena bulan Ramadhan ini, dengan harapan belum terlambat buat Bidadari sendiri untuk meminta ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan bahasa atau perbuatan yang mengecilkan hati kawan-kawan yang sentiasa besar dihati Bidadari.
Selamat berpuasa

2 comments:

  1. Insya Allah jika ada rezeki berlebih.
    Saya ni tak buleh lihat anak2 yatim rasa diri tak gagah utk lihat kehidupan mereka. Masa tahun lepas tgk citer Lima tu pun dah banjir je ..lebih2 lagi jika budak2 tu seusia anak saya..huhuhu.

    ReplyDelete
  2. hehehe.. itu le.. saya ni pun tak tau lagi macam mana.. cuma ingat nak bawa bebudak kat rumah tu gi main-main sama-sama kat sana.

    ReplyDelete