Tuesday, March 23, 2010

Cupcakes.. Yummy


Supaya tak terasa bosan menanti buka sekolah setelah cuti 9 hari Mac 2010, kasi chance anak-anak buat kek sendiri. Asyik tanya je nak makan cupcakes.. chef cupcakes kita masih dalam pantang jadi tak upaya nak order.

Dah lama anak-anak tak buat kek sendiri.. kali ni mummy ada bekas cupcakes.. saja seronok nak beli.. tapi tak pernah guna.. jadi .. seingat nasihat chef cupcakes saya katanya boleh kita masukkan dalam bekas cupcakes.. jadi apa lagi.. cuba la..

Daripada Pitsburry Moist Cakes tu.. dan kakak sulung merangkap ketua pasukan, memulakan adunan dan pastikan semua adik-adik ada chance masukkan bahan masing-masing.

Bila adunan dah masuk semua.. Jum kacau ramai-ramai. hmm.. pandai pulak mereka kacau tak tumpah selerak. Si kecik dengan penuh concerntration. hehehe..



Mai Akak rasa.. sedap.. lepas ni you all boleh cuba sendiri.. hahahaha.. yasmeen begitu teruja tengok sedap akak menghisap jari...



Sebagai chef yang setia.. yasmeen sanggup tu tunggu sampai siap.. la ni tak tahan sebab tak boleh makan waaaa... nak.. "hot! hot!"

Bila lagi .. u all pun boleh juga untuk anak-anak sebagai aktiviti sampingan selaian bermain tuju kasut..

Thursday, March 18, 2010

EveryDay SportDay

Cuti sekolah.. weekend.. masa untuk bersama anak-anak.. kena ingat masa kita sihat luangkan masa dengan anak-anak.. sama juga.. masa kita sihat dan masa mereka sihat disamping kita sebuk dengan kerjaya masing-masing.

Tempoh pembesaran mereka amat pendek dengan kita..masa ni lah untuk mereka perbagai perangai dan gaya.. bila dah mula masuk alam remaja.. detik-detik kelakar anak-anak kecil dah tiada.. Setiap detik disimpan untuk kenangan masa depan hingga ke cucu cicit..

Tiap kali kalau ke supermarket.. mesti tidak lupa untuk bergaya dengan cara tersendiri.. posing anak dara dan posing gaya "Optimus".

Paling best bila gi makan.. tempat favorite kalau tak ke Kenny Rogers mesti ke Uncle Lim.. makan share-share.. seronok.. nak rasa itu dan ini.. lepas tu dah kenyang.. puas semua.. Yasmeen pandai bawa diri dia dah tak nampak macam baby..




Kalau hujan atau waktu panas.. ini lah buah hati ulam jantung Yasmeen dan Tasha.. pandai betul Pus-pus nama diberi membawa diri. Pus-pus anak kecil kami yang paling riang. Sabar je Pus-pus bila time kena kejar, cubit oleh Yasmeen.. Pus-pus "cedaih" betul...


Mewarna bukan la favorite sangat tapi boleh lah untuk impress mummy dan daddy. Bila abang akak warna saya pun nak juga.











Kalau sebelum ni semua in-door jangan lupa out-door aktiviti. Sapa pandai main "tuju kasut". Salah satu permainan Bidadari sekeluarga masa kecil.

Kalau boleh nak mereka tau macam mana nak main benda-benda lama.. seronok bila tuju kasut sebab banyak mengajar anak-anak sabar, ikut giliran dan team spirit. (sekarang ni tengah kumpul tin susu, nak "tuju tin" pulak...tunggu...)
yang bestnya lagi ramai lagi best.


Swimming hanya sekadar untuk melepaskan gian main air.


Cuti sekolah hampir habis.. sukan tak pernah habis..

Tumbesaran Anak Dara

Tengoklah dah besar anak dara kecil Bidadari.... sekarang dah 2 tahun..
Dah pandai cakap.. dan sebuk nak ke sekolah... anak-anak perempuan Bidadari kecik-kecik lagi semangat nak ke sekolah... belum cukup umur dah nangis guling-guling nak naik bas sekolah ikut abang ke sekolah..

Cerita pasal abang... tengoklah.. pengaruh abang memang kuat... abang-abang memang manjakan Yasmeen sangat... kalau sebelum ni 2 pasang baju akan dibelikan supaya abang-abang nampak sepadan. tapi sekarang salah seorang abang perlu sacrify baju mereka untuk Yasmeen..

Tapi yang tak tahan nak gelak bila Abang Ajeem terpaksa menyorok untuk pakai underware (seluar dalam lah senang nak cakap)... sebab takut nanti Yasmeen nampak nak pakai juga "spender" Ben10. hehehehe... Abang Ajeem kata "Nanti Yasmeen nampak macam boy, Ajeem tak suka, Ajeem suka Yasmeen girl."...

Apa-apa pun tetap comel .... :)


Mummy kena lukis topeng optimus untuk Yasmeen juga.




Walaupun kadang-kadang tak"gu" tapi mesti nak sama macam abang.


Baju favorite ... Ben10.. (susah hati la juga.. harap tak berpanjangan)


Yang ni tak tahan... pi Giant pun pakai macam ni.. tengok la.. bukan takat baju abang, habis dengan canvas abang pun sapu sekali.


Orang yang paling layan... Daddy. Sanggup bawa Yasmeen ke Giant... ke supermarket dengan pakaian terkini.. boleh le.. (positif thinking) gaya hiphop. Apa lagi nak cakap.. anak sendiri kan.. layan je le.. .

Sayang Yasmeen.

Saturday, February 6, 2010

Selamat Datang Baby-baby Baru

Tahun 2010 dah mencecah Februari.. dah nak sambut Chinese New Year... Lama juga tak ada update tentang anak-anak. Sibuk la senang sekali nak kasi "excuse".

Bidadari sangat bahagia dengan perkembangan anak-anak. Bidadari dapat rasakan setiap kawan-kawan semua pun sama.. Bidadari tak pernah terlepas membaca update kawan-kawan di blog masing-masing terutamanya berkenaan anak-anak.. hmm... syukur kan. Anak sihat, perkembangan fizikal dan mental pun sihat. Untuk diri sendiri juga, banyakkan bersyukur dan berdoa sentiasa dimurahkan rezeki, dirahmati, disayangi dan diberi kesihatan yang sempurna sentiasa.

Dalam satu ceramah, ustaz berpesan, jangan hanya meminta berkenaan kebendaan dan kebahagiaan sahaja... kita perlu senantiasa berdoa agar turut diberikan kesihatan yang sempurna dan dijauhi penyakit yang merbahaya. Betul juga tu, kalau kaya semua ada tapi tak sihat, harap dijauhkan. Macam mana nak merasa nikmat dunia dan berbuat ibadat dengan sempurna. Lainlah jika terlah ditentukanNya. Mungkin untuk kita mendapat lebih banyak pahala dan kelebihan disebaliknya.

Balik kepada cerita anak-anak.. Tahniah buat kawan-kawan yang dalam proses membimbing anak dalam perut, dan tidak lupa pada kawan-kawan yang telah mendapat cahaya mata yang baru. Yang terkini si Axra!!!! Congratulation for the baby boy. Dah sepasang dah As dan Asrof. Agak-agak berapa besar rancang untuk tambah. Baby pun bertubuh je.. Maaf daripada Bidadari sekeluarga tak datang melawat walaupun dekat sebab kami sekeluarga demam dan selsema. Tak bagus untuk ibu dan anak terutamanya baby tu. Ada peluang nanti kami datang ok. Mareld.. dah habis pantang, tapi baby kalau difikirkan hari alahai.. baru je 2 bulan tengok dunia yang penuh cabaran ni. Sato juga sedang sibuk dengan baby dia yang comel tu. Sekarang ni ada lagi ke nangis malam.. itu la cabaran ibubapa.. dengan sokongan suami insyaAllah lebih bahagia. Suami Sato bagus very understanding... good. Opsss.. oh ye Fiza M jangan macam mana sekarang, muntah-muntah lagi.. itu la pengalaman yang amat bermakna.. takkan dilupa sampai mati dan bila anak dah besar.. dia akan tau dan cerita pada anak dia pula macam mana maknya mengandung kat dia muntah sampai lembik.

Kepada rakan yang bujang tran-tan-tang, Bidadari tunggu kat jemputan.

Kita sama-sama doakan agar anak-anak kita jadi anak yang bijak, kreatif, bersopan, cemerlang dan sihat. Bidadari tumpang seronok bila salah seorang rakan Bidadari di ofis anaknya jadi Doktor.... dapat berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat. Thank you J for your advises. J tak pernah lupa beri advise pasal kekeluargaan.

tahniah buat semua/

Tuesday, November 3, 2009

Cambridge Kids Musical 2009

Cambridge Kids BJ presented year end graduation and concert day at KGSAS.

Mummy and Daddy memang tak sabar nak tengok concert Ajeem.. tiap-tiap hari dia mesti balik cerita tarian dia.. and "gazzet" sikit utk kita org.. Pada mummy and daddy .. untuk Ajeem ke Sekolah pun dah bersyukur.. Tambahan pula now Ajeem nak ke concert.. boleh percaya ke Ajeem nak menari.. Setahu kami Ajeem memang pemalu dan tak akan "ke depan".

Memandangkan Ajeem nak sangat mummy tengok dia menari.. so pagi-pagi lagi dia dah siap dengan baju yg menarik sekali.. Tak sangka .. bila di tempat concert tu.. dia terus menuju ke Teacher Zaza untuk preparation for the concert..

Pakaian Aloha... teruja Mummy Dan Daddy "the Transformation of Ajeem" .. Ajeem bukan saja suka ke sekolah, dah pandai menari.. menyanyi... berkawan... happy-nye..

Thank you to all the teachers.. you guys have done wonderful job and with full-hearted. the thanks not only to The Principal Teacher Maria and Class Teacher for Wesley , Teacher Zaza, but to all teachers @ Cambridge Kids BJ.

Year 2009 Concert is based on the High School Musical 3. The concert is really wonderful... memang best happening. Parents volunteers presentation also great!..

Gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas concert.
---------------------------------------------------------------------

Baby Yasmeen dah ready di luar untuk ke Concert Abang.

Di Ballroom KGSAS, baby dah start boring bila la turn Class Wesley. Sampai terbaring-baring atas lantai.


Individual pictures on the stage. Ajeem maintain macho.. tahan malu. Pakaian Aloha..


Ajeem and his best friend, Iqbal.


The concert start with the Ochestra.. Power..sapa sangka budak dari umur 4 tahun hingga 6 tahun boleh ikut cikgu kat depan.. Memang best.. 6 months mereka training. Yang meniup macam piano tu semua budak 6 tahun.


Ini Ajeem dah tunggu turn nak naik pentas..


Ini di atas pentas nyanyi dah cerita pasal "Chicken Little". Pandai..


Dah habis lagu Chicken Little, menari pulak.. itu pasangan Ajeem, "Mia". Ajeem cakap Mia lawa dan baik.. pergi mana asyik berpegang tangan je.. ikut je cakap cikgu kena bersama.
Ini gaya masa nak start.


Tengah menari.


"Shake-shake the body"


:)


On the stage, class pictures with Teacher Zaza & Principal.
Ajeem and Mia.


Concert dah habis.. tapi Ajeem tak juga tanggalkan rantai dan bunga di tangan. Daddy bawa gi Dinner pun dengan "aloha"nya..

Gelagat anak-anak.. :P