Saturday, October 26, 2013

Art Time - Seni Bersama Anak - Process of Learning

ART TIME

Seni lukis, seni tukang, seni lekat.. macam -macam bentuk seni yang boleh difkirkan.. semua ni idea yang bagus untuk anak-anak dan kita meluangkan masa bersama sambil develop kreativiti dan bebas berfikir.

PROCESS of LEARNING

Anak-anak belajar semasa meneroka peralatan dan bahan-bahan seni..semasa mereka melukis dan memberi idea. memalui seni anak-anak akan melalui proses percubaan dan kesilapan (trial & error) di mana the real learning take place. Melalui seni ia menggalakkan ekspresi seseorang dan keaslian. Anak-anak akan rasa gembira dan bersemangat bila mempunyai kebebasan untuk melalukan sesuatu yang disukai.

Bagi anak-anak perempuan, selain mereka bermain anak-anak patung dan masak-masak.... ART adalah satu cara untuk mereka mengenali diri sendiri. Sama juga untuk anak-anak lelaki.. selain bermain senapang, kereta , truck dan meluangkan masa dengan PSP, XBox dan Internet games, kita pun akan mengenali apa yang anak kita suka dan sejauh mana daya pemikiran mereka.. tapi tidak semestinya jika mereka tak ada idea means mereka tiada minat, tak creative atau malas. Tapi kadang-kadang tidak terdetik idea tu untuk keluar...

Malah Bidadari kadang-kadang wujudkan satu sesi untuk melukis bersama ... beramai-ramai.. termasuk kakak Tasha yang sibuk dengan muzik dan handphone dia. Seni bukan sahaja process of leaning malah ia boleh mengiratkan silaturahim keluarga. 

SENI BERSAMA ANAK

Masa anak-anak Bidadari mula masuk 6 bulan meraka dah mula dengan ARTS.. melalui ARTS juga masa untuk bersama... mengenali satu sama lain... belajar sama-sama dan "moments" yang tak akan dilupakan. 

Anak-anak bidadari belajar mewarna.. melukis.. mereka. dari kecil.. memang kalau ikutkan jadual harian Bidadari sangat padat.. pagi-pagi dah ke ofis.. balik dah petang... melayan homework mereka.. dan kadang-kadang perkara ofis yang perlu dilaksanakan... tapi saya tidak memilih untuk ia sebangai alasan ... bukan untuk buat setiap hari.. tapi sekurang-kurangnya dalam seminggu ada masa yang dicuri.. kalau tdak.. boleh aje semasa kita masak.. mereka melukis dan mewarna.. kita bantu sikit-skit.. tak ada alasan kan.. 

Apa yang boleh kita buat?

1- watercolour untuk warna tapak kaki...dan tapak tangan.. tekap pada art block. Setiap jari ada warna pilihan mereka.. bila ditekap mereka akan rasa excited! feel amazing! warna yang menarik dan mereka buat sendiri. kalau kita boleh buat sebelah mereka sebelah mummy-daddy pun seronok.. can compare size.. 

2- Butterfly dengan watercolour. Kita lipat 2 sehelai art block. letakkan sedikit watercolour di bahagian tengah, letak berurutan dengan pelbagai warna .. pilihan warna bersama dengan anak-anak. Lipat balik, tekan dan urut ke tepi. Lepas tu biar anak yang buka.. corak yang sangat cantik ... macam butterfly.. biar kering...

3- Corak tekap bunga dan daun menggunakan watercolour. Gunakan bunga dan daun di sekeliling rumah.. warnakan pada pada bunga dan daun dengan bertukar-tukar warna.. tekapkan pada kertas... corak dan warna akan menarik minat anak-anak.. happy mereka ... satu moment yang sangat indah.

kadang-kadang guna juga bahan yang zaman sekolah dulu.. guna kacang bendi, ukir ubi kentang, batang daun pisang. Kreatif sungguh kalau difikirkan.. macam-macam sebenarnya kita boleh buat dengan bahan sekeliling kita.

4- Mummy lukis.. Anak-anak warnakan.. boleh mula dengan corak yang mudah yang mereka suka... bunga, pokok.. permandangan, kereta, lori, bas.. Boleh aje guna watercolour atau warna pensil.

Sebaiknya bagi lebih semangat dan suasana bila kita mewarnanya bersama mereka. sebab kadang-kadang ada tahap anak-anak ni tak sabar nak melihat hasil mereka. nak cepat siap.  Bagi yang kurang lagi pandai mewarna dan pilhan warna yang pelbagai... mereka mengharap hasil yang cantik.. kombinasi kita yang boleh mewarna dengan mereka yang belum arif.. akan menjadikan lukisan tu menarik. 

5- Glitters akan menarik lagi perhatian mereka.. sekarang ni banyak glitters di kedai-kedai buku yang boleh kita guna untuk menaikkan lagi seri lukisan.. bling-bling!...lepas kita habis mewarna... kalau guna watercolour tunggu hingga ia kering. Sapukan sedikit gam, kemudian letak sikit-sikit glitters tu.. Tak kira anak lelaki atau perempuan memang mereka suka. Anak-anak belajar daripada peralatan seni untuk lebih creative.

6- Gunting dan lekat... lukis bentuk yang simple.. macam "love" , "flower" , "shapes".. menggunakan kertas warna.. atau kertas surat khabar bahagian yang ada warna (boleh aje)... kemudian lekat pada kertas lukisan.. ikutlah corak apa yang nak dibuat atau gambar apa yang nak dibentukkan.. 
Tahukah kita... salah satu untuk kita nak tahu perkembangan minda anak kita adalah dengan melihat hasil mereka menggunting kertas.. Seorang guru tadika sekolah yang beritahu kenapa di sekolah sesi menggunting dan melekat. Janganlah mengharap mereka boleh gunting dan hasilnya cantik kemas macam kita.. tetapi cukup untuk wujudnya bentuk yang dilukis ...Jadi bila nak anak ni cuba gunting, lukis bentuk yang mudah dahulu dan sederhana besar.

7- Buat pedang menggunakan kertas "board" kotak.

8- Buat Birthday Card atau kad -kad yang bersesuaian untuk ahli keluarga.

9- Simple origami... banyak sangat cara nak dibuat di internet... mummy belajar dulu.. lepas tu buat sama-sama dengan anak-anak.. cari origami yang mudah. Contohnya buat kapal, topi dan bakul.  

10- Cupcakes & kek... Seni bukan hanya limited kepada melukis, melekat, menukang... malah memasak... :)


INGAT!!!
1- elak daripada make judgement: berfikiran anak kita malas, anak tak creative sebab tu bila suruh warna mereka tak suka... mungkin suasana tidak menggalakkan atau mereka tidak tau keseronokkan kerana belum pernah cuba.. 

2- sentiasa bagi pujian dan semangat untuk buat lagi dengan lebih cantik setiap kali mereka buat arts atau tunjuk ada kita.

3- cuba memberi idea untuk mereka buat sesuatu semasa berborak dan menonton tv.

4- galakkan mereka mencuba jika melihat rancangan art and creative. Contohnya rancangan ART Attack!

5- bantu anak-anak untuk homework anak-anak untuk subjek lukisan and untuk bangunkan profile subjek sekolah. Kita bukan buatkan untuk mereka. Kita boleh beri idea... candangan dan pandangan... minimum bantuan... ini membantu mereka untuk masa hadapan.. mungkin idea dan pandangan kita ada yang boleh digunakan pada masa tersebut.. bersesuaian untuk mereka mengambil dan menggunakannya.. mungkin juga mereka rasa tidak sesuai tapi ini adalah satu sesi pembelajaran dan idea serta pandangan ni boleh digunakan oleh mereka pada aktiviti yang lain pula. kita kena positif, tidak cepat merajuk dan boring bila idea kita tidak diterima. Anak-anak mempunyai pandangan berbeza.. kita terima dan jika perlu nasihat.. kita berikan.. biar mereka buat keputusan asalkan tidak bercanggah dari apa yang sepatutnya dihasilkan.. itulah dikatakan "guidance". 

7-  Appreciate apa yang mereka buat dengan melekat atau letak pada tempat strategik supaya hasil mereka dihargai.

Banyak yang boleh kita buat,kan? Kita boleh mula bila gertak hati kita nak cuba mula.. mulakan tanpa perlu rasa hasil yang perfect! Apa agaknya idea minggu ni untuk luangkan masa dengan anak-anak?

Friday, October 25, 2013

Jom Buat Corak Tekap Bunga & Daun

Seni lukis warna dan lekat menggunakan watercolour

Kali ni Anje guna bunga raya, daun bunga raya, daun pokok senduduk dan bunga dan daun pokok bunga biru


1. Warna daun....

2. Lekat pada art block.. tekan sikit

 3. Gunakan pelbagai warna... baru meriah.

 Dah siap...

Aik.. belum ke... ini ... now masa untuk warna habis jari-jari.. mula la main cop jari ikut sesedap rasa.. 

Buat sama-sama dengan anak-anak... mereka memang suka.. guna je apa yang ada disekeliling.. 


Kenal Pokok Senduduk ?

 Sumber: http://2.bp.blogspot.com


Bunga Senduduk berwarna pink, purple atau putih. Pokok ni Tok Ani guna untuk rebus limau nipis untuk maintain warna kehijauan untuk buat acar buah.


~bidadari~

Anje Make A Pie

Teringat zaman masa budak-budak dulu.. kalau tengok tv.. kalau tengok kartun mesti akan bodek mak untuk beli macam kartun tu makan..

Masa hot Superman.... beli baju superman..kalau dapat tu kira puas hatilah!

Nampaknya sifat tu tak ke mana.. Masa zaman kakak Tasha lebih kepada nak jadi princess.. nak ikut Barbie.. Anje pulak memang tak boleh lari dengan Adventure Time.


Apa yang Finn dan Jake buat mesti anje nak tiru.. Dalam satu siri tu Finn dan Jake buat sendiri blueberry pie.. aduhai anakku sayang .. mummy masuk je rumah .. belum sempat tukar baju kerja.. terus nak suruh buat "blueberry pie macam Finn". Kartun buat mestilah senang kan.. masuk je bahan, masuk dalam oven terus siap..

Semangat chef kecil ni berkobar-kobar.. Jom kita buat... tapi guna je apa je bahan yang ada dalam rumah.
Anje nak buat sendiri tau.. satu pengalaman yang sangat Anje suka... sebab cita-cita Anje nak jadi Chef Cupcake.. Amin semoga berjaya ye anak mummy sayang.

Jom tengok Anje buat Strawberry Cream Cheese Pie. kenapa Pie.. jom tengok.


 Sukat gula..Tengok measurement tu pusing ke lain... hehehe.. bila tengok dengan senget badan-badan.


 Boleh tahan Anje pukul telur putih, susu dan gula. 4 biji telur putih kembang penuh satu bekas... memang kembang cantik. 

Muka happy sebab naik kembang, diri pun kembang la juga tunjuk kat abang. Sorry Anje.. tak perasan susu segar 60ml.. mummy sukat 160ml...Sebab Anje tak pa ...lega mummy.


 Walau pun salah cream cheese and sukat susu.. tapi naik menjadi juga....rasanya je rasa telur...
Anje tak nak macam ni... so tambah lah strawberry tin untuk cheese cake tu ke atasnya.. Sebab nak jadikan pie.. kenalah guna pastry Kawan untuk cover kut atas ..

pie Anje masuk oven.


 Sempat lagi Anje dan Abang Ajeem ambil gambar sambil menanti pie Anje.


 Abang.. please la.. kalau ye pun biar la ada muka penuh.


Bila pie dah siap masak.. terkejut dua-dua orang tu...Mak Aiiiii.....kembang gitu mummy....

 Chef Anje happy je.... sebab apa pun pie anje jadi.. bangga! bangga!


Bila dah masak pie.. kena "cucuk ibu jari ke dalam pie" macam Finn dan Jake buat... 

itu lah kerenah anak-anak... apa pun ini semua kenangan bila mereka besar nanti.. dan untuk kita masa dah tua nanti. Kadang-kadang jangan salah kan anak bila mereka minta sesuatu.. bila lagi kita nak layan kalau dah seharian di ofis... Bidadari akan beli tepung kek cokelat /cupcake yang siap dalam kotak philsbury atau  tepung kek siap adun di kedai kek. 
lebih seronok bila abang dan kakak ada sama nak buat. lebih ramai lebih meriah.

Tips: Di seksyen 13 ada kedai bahan kek Bagus.. cubalah.


kali ni Bidadari tak bagi resepi... sebab tak jadi.. hahahaa... may be salah pakai cheese kut.. org pakai philadelphia cream cheese .. ni kita pakai cream cheese "tongkol".. 
Boleh la makan... kata mereka sedap...hmm... tapi Bidadari rasa macam cream telur.. sebab rasa telur ..lain kali ada resepi kita share ye. Kalau sesiapa ada good simple resepi ... sila share.

~bidadari~

Wednesday, October 2, 2013

Bila Sudah Masanya

Bila dah tiba masanya untuk panggilan mengadap Kaabah... tidak akan berginjak sesaat pun berita yang diterima, tarikh yang ditetapkan dan waktu yang ditentukan. Sekarang ni sibuk lambaian Kaabah diperkatakan. Masih juga ada yang masih menanti dan mengharap "panggilan" tu.

Dalam kesibukan panggilan dan lambaian Kaabah. Tiba juga masa untuk Bidadari menerima panggilan untuk berubah tempat kerja. Segala ketentuan diterima dengan redha. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Hari pertama yang sangat baik. Sambutan dan layanan yang cemerlang dari kaunter pertanyaan, HR, admin department dan pasukan. Doakan saya cemerlang di sini.

Tuesday, September 10, 2013

Anak Suka Nangis Di Malam Hari

Sejak dua menjak ni.. dengar cerita anak-anak suka nangis waktu malam.. especially nak susu. Nangis.. Nampaknya ada ibu-ibu yang penyabar.. ada yang stress bila anak terjaga tengah malam hek-hek-hek.. waaa..waa...wa...

Ibu atau ayah kena bangun di tengah malam layan kerenah anak.. itu lah sebab kenapa anak-anak tu kena hormat ibu bapa.. bukan sahaja tuntutan agama. Jangan lupa pula bila dah besar nanti jaga ayah dan ibu.

Kami pun melalui pengalaman yang sama. cuma kakak Tasha, alhamdulillah.. Allah tu Maha Kuasa. Dia tahu tahap mana kita boleh terima. Kakak Tasha anak yang senang di jaga masa kecil.. 4 Jam tidur.. 2 jam bangun.. macam ada time clock. Cukup tidur 4 jam.. Kakak akan bangun main, makan, mandi apa apa yang sesuai.. cukup 2 jam... dia pun nak tidur.. tak kira lah gi jalan ke, rumah orang ke.. malam ke siang ke.
Bila dah makin berpengalaman.. abang-abang makin kerap bangun. Anak-anak yang merengek ni.. rasanya itu dah pe'elnya. terima je lah.. tapi bila kita terima dengan tenang dan mengatakan itulah kerenah dia untuk dia tahu waktu besar nanti.

Macam mana pun.. abang-abang cukup comel dan tak banyak sangat halnya.. ujian rasanya bila sampai ke Anje.. Anje suka hek-hek-hek-hek.. masa masih baby.. cepat-cepat dilayannya supaya dia tak berlarutan.. Kalau kakak dan abang-abang bila demam.. saya dengan daddy kena ikut turn  berjaga sebab mereka tak berbunyi.. hek pun tidak.. huk pun tidak.. lagi panas lagi senyap.. Stress sebab kesian... Bila come to Anje.. wau.. ini baru macam kita biasa dengar anak yang merengek bila sakit..hek-hek sepanjang malam.. tutup mata, tutup mulut.. kali ni stress juga.. double stress. Satu kesian sebab dia sakit .. satu lagi stress sebab merengek tu.. macam mana nak buat.. Apa nak buat? layan je lah.. doa supaya cepat sembuh.

Anje bila kecil pun bila waktu malam suka juga nak menangis minta susu.. situasi tu tak lama.. bila dah tahu perangai nya begitu.. mula je Anje nak nangis.. sebab saya memang senang terjaga bila budak mula gelisah. Terus saya bangun bagi Anje susu. Sambil tu.. agak tiap-tiap malam juga.. tak lama.. pesanan di telinga Anje.. masih ingat lagi.. dengan manjenye.."Anje, bila anje nak susu ke nak mummy ke.. Anje cakap je kat mummy.. 'mummy, mummy, nak susu.'" selalunya Anje akan hangguk.. selepas beberapa kali pesan.. alhamdulillah.. sampai sekarang Anje akan terbangun tengah malam dan kejutkan saya.

Ini adalah pengalaman sendiri yang ingin saya nak kongsi. Sebolehnya kita yang tahu terbaik dan cara untuk mendekati serta mendidik anak. Tegas dan sayang. Mereka akan menghormati jika kita kota kata-kata kita dengan tindakan segera seperti yang dipinta. Tak perlu kita banyak memikirkan anak akan over manja dan tidak dengar kata bila kita manjakan mereka asalkan mereka tidak naik kepala.

Rasa rindu pulak teringat pasal baby..

~Bidadari