Saturday, October 26, 2013

Art Time - Seni Bersama Anak - Process of Learning

ART TIME

Seni lukis, seni tukang, seni lekat.. macam -macam bentuk seni yang boleh difkirkan.. semua ni idea yang bagus untuk anak-anak dan kita meluangkan masa bersama sambil develop kreativiti dan bebas berfikir.

PROCESS of LEARNING

Anak-anak belajar semasa meneroka peralatan dan bahan-bahan seni..semasa mereka melukis dan memberi idea. memalui seni anak-anak akan melalui proses percubaan dan kesilapan (trial & error) di mana the real learning take place. Melalui seni ia menggalakkan ekspresi seseorang dan keaslian. Anak-anak akan rasa gembira dan bersemangat bila mempunyai kebebasan untuk melalukan sesuatu yang disukai.

Bagi anak-anak perempuan, selain mereka bermain anak-anak patung dan masak-masak.... ART adalah satu cara untuk mereka mengenali diri sendiri. Sama juga untuk anak-anak lelaki.. selain bermain senapang, kereta , truck dan meluangkan masa dengan PSP, XBox dan Internet games, kita pun akan mengenali apa yang anak kita suka dan sejauh mana daya pemikiran mereka.. tapi tidak semestinya jika mereka tak ada idea means mereka tiada minat, tak creative atau malas. Tapi kadang-kadang tidak terdetik idea tu untuk keluar...

Malah Bidadari kadang-kadang wujudkan satu sesi untuk melukis bersama ... beramai-ramai.. termasuk kakak Tasha yang sibuk dengan muzik dan handphone dia. Seni bukan sahaja process of leaning malah ia boleh mengiratkan silaturahim keluarga. 

SENI BERSAMA ANAK

Masa anak-anak Bidadari mula masuk 6 bulan meraka dah mula dengan ARTS.. melalui ARTS juga masa untuk bersama... mengenali satu sama lain... belajar sama-sama dan "moments" yang tak akan dilupakan. 

Anak-anak bidadari belajar mewarna.. melukis.. mereka. dari kecil.. memang kalau ikutkan jadual harian Bidadari sangat padat.. pagi-pagi dah ke ofis.. balik dah petang... melayan homework mereka.. dan kadang-kadang perkara ofis yang perlu dilaksanakan... tapi saya tidak memilih untuk ia sebangai alasan ... bukan untuk buat setiap hari.. tapi sekurang-kurangnya dalam seminggu ada masa yang dicuri.. kalau tdak.. boleh aje semasa kita masak.. mereka melukis dan mewarna.. kita bantu sikit-skit.. tak ada alasan kan.. 

Apa yang boleh kita buat?

1- watercolour untuk warna tapak kaki...dan tapak tangan.. tekap pada art block. Setiap jari ada warna pilihan mereka.. bila ditekap mereka akan rasa excited! feel amazing! warna yang menarik dan mereka buat sendiri. kalau kita boleh buat sebelah mereka sebelah mummy-daddy pun seronok.. can compare size.. 

2- Butterfly dengan watercolour. Kita lipat 2 sehelai art block. letakkan sedikit watercolour di bahagian tengah, letak berurutan dengan pelbagai warna .. pilihan warna bersama dengan anak-anak. Lipat balik, tekan dan urut ke tepi. Lepas tu biar anak yang buka.. corak yang sangat cantik ... macam butterfly.. biar kering...

3- Corak tekap bunga dan daun menggunakan watercolour. Gunakan bunga dan daun di sekeliling rumah.. warnakan pada pada bunga dan daun dengan bertukar-tukar warna.. tekapkan pada kertas... corak dan warna akan menarik minat anak-anak.. happy mereka ... satu moment yang sangat indah.

kadang-kadang guna juga bahan yang zaman sekolah dulu.. guna kacang bendi, ukir ubi kentang, batang daun pisang. Kreatif sungguh kalau difikirkan.. macam-macam sebenarnya kita boleh buat dengan bahan sekeliling kita.

4- Mummy lukis.. Anak-anak warnakan.. boleh mula dengan corak yang mudah yang mereka suka... bunga, pokok.. permandangan, kereta, lori, bas.. Boleh aje guna watercolour atau warna pensil.

Sebaiknya bagi lebih semangat dan suasana bila kita mewarnanya bersama mereka. sebab kadang-kadang ada tahap anak-anak ni tak sabar nak melihat hasil mereka. nak cepat siap.  Bagi yang kurang lagi pandai mewarna dan pilhan warna yang pelbagai... mereka mengharap hasil yang cantik.. kombinasi kita yang boleh mewarna dengan mereka yang belum arif.. akan menjadikan lukisan tu menarik. 

5- Glitters akan menarik lagi perhatian mereka.. sekarang ni banyak glitters di kedai-kedai buku yang boleh kita guna untuk menaikkan lagi seri lukisan.. bling-bling!...lepas kita habis mewarna... kalau guna watercolour tunggu hingga ia kering. Sapukan sedikit gam, kemudian letak sikit-sikit glitters tu.. Tak kira anak lelaki atau perempuan memang mereka suka. Anak-anak belajar daripada peralatan seni untuk lebih creative.

6- Gunting dan lekat... lukis bentuk yang simple.. macam "love" , "flower" , "shapes".. menggunakan kertas warna.. atau kertas surat khabar bahagian yang ada warna (boleh aje)... kemudian lekat pada kertas lukisan.. ikutlah corak apa yang nak dibuat atau gambar apa yang nak dibentukkan.. 
Tahukah kita... salah satu untuk kita nak tahu perkembangan minda anak kita adalah dengan melihat hasil mereka menggunting kertas.. Seorang guru tadika sekolah yang beritahu kenapa di sekolah sesi menggunting dan melekat. Janganlah mengharap mereka boleh gunting dan hasilnya cantik kemas macam kita.. tetapi cukup untuk wujudnya bentuk yang dilukis ...Jadi bila nak anak ni cuba gunting, lukis bentuk yang mudah dahulu dan sederhana besar.

7- Buat pedang menggunakan kertas "board" kotak.

8- Buat Birthday Card atau kad -kad yang bersesuaian untuk ahli keluarga.

9- Simple origami... banyak sangat cara nak dibuat di internet... mummy belajar dulu.. lepas tu buat sama-sama dengan anak-anak.. cari origami yang mudah. Contohnya buat kapal, topi dan bakul.  

10- Cupcakes & kek... Seni bukan hanya limited kepada melukis, melekat, menukang... malah memasak... :)


INGAT!!!
1- elak daripada make judgement: berfikiran anak kita malas, anak tak creative sebab tu bila suruh warna mereka tak suka... mungkin suasana tidak menggalakkan atau mereka tidak tau keseronokkan kerana belum pernah cuba.. 

2- sentiasa bagi pujian dan semangat untuk buat lagi dengan lebih cantik setiap kali mereka buat arts atau tunjuk ada kita.

3- cuba memberi idea untuk mereka buat sesuatu semasa berborak dan menonton tv.

4- galakkan mereka mencuba jika melihat rancangan art and creative. Contohnya rancangan ART Attack!

5- bantu anak-anak untuk homework anak-anak untuk subjek lukisan and untuk bangunkan profile subjek sekolah. Kita bukan buatkan untuk mereka. Kita boleh beri idea... candangan dan pandangan... minimum bantuan... ini membantu mereka untuk masa hadapan.. mungkin idea dan pandangan kita ada yang boleh digunakan pada masa tersebut.. bersesuaian untuk mereka mengambil dan menggunakannya.. mungkin juga mereka rasa tidak sesuai tapi ini adalah satu sesi pembelajaran dan idea serta pandangan ni boleh digunakan oleh mereka pada aktiviti yang lain pula. kita kena positif, tidak cepat merajuk dan boring bila idea kita tidak diterima. Anak-anak mempunyai pandangan berbeza.. kita terima dan jika perlu nasihat.. kita berikan.. biar mereka buat keputusan asalkan tidak bercanggah dari apa yang sepatutnya dihasilkan.. itulah dikatakan "guidance". 

7-  Appreciate apa yang mereka buat dengan melekat atau letak pada tempat strategik supaya hasil mereka dihargai.

Banyak yang boleh kita buat,kan? Kita boleh mula bila gertak hati kita nak cuba mula.. mulakan tanpa perlu rasa hasil yang perfect! Apa agaknya idea minggu ni untuk luangkan masa dengan anak-anak?

No comments:

Post a Comment