Saturday, April 20, 2013

Santapan Dari Luar

Nampaknya ada kala mummy kena terima bila sesetengah tu lebih ekonomik jika dibeli.
Mana taknya.. asyik nak makan semua yang ada dalam menu kat kedai.. jom lah kita gi kedai.

Kadang-kadang bila dah penat balik kerja di petang hari... memang tak ada idea nak canggih-canggih. Yang paling cepat "menu tunjuk" je lah.

Sebenarnya bila gi kedai.. beli satu dua main course shared. Then order menu lain pulak.. so dapat la makan macam-mcam. perut pun semua bukannya besar.. kecuali perut abang Ajeem.. semestinya dia satu pinggan tak boleh share.

makan mana lagi... Mozers Bukit Jelutong lah.

Jom layan makan di Mozers.
Mozers tu dah macam my 2nd kitchen... sorry darling-darling. Siapa yang datang ke rumah... memang chefs Mozers yang akan siapkan santapan kita.. hehehehe :)
Rasanya bukannya only me.. but most of our neighbours pun lebih kurang macam tu juga.. hahahaha



Makhloba Rice with Lamb...


Makhloba Rice with Thawook (ayam)

My favorite Zahra (baked cauliflower)

Signature kitchen Mozers... yummy Lasagna

Makan.. tak ada pantang.. rezeki diberi jangan ditolak.. 

lovely, bidadari

Tuesday, April 16, 2013

Digital Image Untuk Kami

Wah.. seronok betul kakak Tasha bila dapat peluang untuk belajar Photoshop.. Bulan lepas masa cuti sekolah kelab di pejabat buat kebajikan sesi belajar digital image untuk anak-anak kelab..

Terima kasih kepada Kelab IMATEC yang berjaya menganjur program untuk anak-anak Kelab :)

Tengok tu pagi-pagi dah semangat kakak Tasha dengan saudaranya Iman... Kakak Tasha yang malu tu sah -sah tak datang kalau tak berteman.. hmmm.. may be macam mummy dulu.. so siapa lagi kita nak pointing finger?.. Asal malu bertempat..

Bila dapat makmal yang canggih siap dengan touch-screen.. pergh... balik rumah siap tanya "kenapa pc kat rumah tak boleh touch screen.. boleh tak kalau Tasha nak satu?" hmm... teknologi vs money $$$...
(anyway.. bangga bila anak bangga tempat kerja canggih) Sekarang dia tahu apa kerja mummy.



Yang mereka suka sebab cikgu yang baik-baik.. ala.. lembutnya cikgu dengan anak-anak ni.. memang Cikgu  Halit dan Cikgu Ina kreatif dan berilmu untuk sampaikan pada anak-anak kami ni.. Mizan dan anak-anak yang lain 9 tahun pun boleh ikut dan design dengan kreatif... Kakak Tasha kata "lepas ni dia boleh la edit muka mummy kalau ada freckles"... banyak sangat ke freckles mummy ni? :( tapi mungkin itu serinya kan... kan. :)

Bukan setakat ilmu je dapat... siap Kelab sponsor makan... comment anak-anak... makan memang sedap.. kenyang... seronok belajar kat sini.. pc canggih.. itu yang duk sebut-sebut.. :)


Cuba tengok tu suasana kelas.. ini belum tahap Samsung S4 photo with sound.. kalau tidak boleh dengar keriuhan dalam kelas.. Tengok muka Mizan.. dia lah yang paling membawa ceria dalam kelas.. celotehnya tak habis-habis .. hehehe Tiga teruna ni pulak katanya sangat spotting... siap pasang lagu Korea dan nyanyi lagi... kalau tengok muka tu.. kononnya tengah concentrate ler tu.. hehehe action je tu... sebenarnya mereka pun riuh juga... :)

Setiap sorang dapat sijil tu... 
Syabas untuk kelab imatec. Next session bila lagi ni? 

Friday, April 12, 2013

Movie The Croods Mesti Tonton


Seronok! Seronok!... memang enjoy the movie. Sesuai sangat untuk Ayah Mak Anak-anak.. malah untuk anak-anak dara yang sedang membesar macam teenage.

Cerita berkenaan keluarga.. banyak moral yang kita dapat.. nilai-nilai kasih sayang seorang bapa yang berkorban untuk keluarga.. Seorang nenek dan menantu... memang sesuailah untuk tontonan keluarga. Ada kelakar.. ada pilu... Bila kelakar tu.. satu panggung ketawa dan Oooo... time yang sweet... even "kucing harimau" pun memainkan peranan..

Bila tonton The Croods je Kakak Tasha duk cakap.. itu Tasha la lah tu.. hehehe Dan Grug tu "daddy".. Abg Jimo, Abg Ajeem dan Anje memang suka sangat.. Anje kata "Anje gelak bila bontot budak tu terbakar lepas tu dia lari habis semua terbakar... " memang satu panggung gelak pun..  tengok gazet dia aje dah tau best.. Kakak Tasha promoted kat aunty S terus pergi tengok sekali lagi.. amboi-amboi-amboi depa tinggal mummy nooo.....Kalau ada chance memang nak tengok  lagi.

Sebenarnya "Skrin" ni memainkan banyak peranan untuk kita menyampaikan mesej-mesej yang baik. Harap lebih banyak yang dibuat.. untuk kita keharmonian keluarga dan malah dapat mewujudkan satu masyarakat penyayang.

Jum layan... nak tengok sikit gezet atau preview... klik pada http://www.thecroodsmovie.com/.
Ala.. memang terlewat Bidadari nak promote.. sebab baru tengok pun.. kalau masih ada kat panggung dekat-dekat rumah tu kira ok lah.. Kalau dulu asyik layan Signature Garden... sekarang ni bila MBO ada sekangkang kera dengan rumah... itu je lah.. sebab 15min movie nak start baru gerak dari rumah... lepas tu sampai kat kaunter pun tak ada orang.. itu yang best.. masuk panggung macam "ana yang punya".

Tak rugi. sapa kata bosan paham-paham lah... bukan salah ibu mengandung.. hehehehehe

~bidadari

Thursday, April 11, 2013

Cinta Jangan Pergi

Cerita baru... utk dilayan.. apa lagi jum tengok. .Cinta Jangan Pergi .. memang best.



Episod 1 pun dah syok melayan.. teringat masa zaman study dulu.. Bukan bab cinta tapi bab enjoy study .. kawan-kawan kolej.. travelling .. Summerfest.

jum layan.. kakak tasha, jimo, ajeem, and anje.

Thank you to dailymotion.com dan Mr. Am-Sari. Memandangkan 2 Episod ditayangkan pada minggu lepas tak tengok.. dapat la menghayati nikmat tanpa iklan..

Sebelum tengok movie.. starting dia memang dah syok. nak tonton untuk seterusnya.. saya dah rekod mana tau tup tup ada org lain dah booking channel dia.. lagi pun apa salahnya kita mengalah untuk mereka dan layan je apa yang mereka suka.

Pelakon yang sebelum ni bekas kekasih in real.. memang pandai berlakon. feeling... hehehehe

kalau nak tau lebih ..http://apps.tv9.com.my/cintajanganpergi/index.html

ok-ok movie nak start .. shhhh,,,,

Jum layan.....





love
bidadari

Drama Siri: Cerita lama Dah berAkhir

Kesebukkan sebagai mummy dan peminat setia Sehangat Asmara... tup tup lama juga tak menulis dan berkongsi. Siapa suka cerita tu... eeee... suka... cerita yang sangat menarik. 
Saya suka hero dan heroinya ... memang best.. 

Sebelum ni memang layan Adam Dan Hawa tapi rasanya terlalu banyak "kemarahan" ...  Sehangat Asmara memang banyak yang kita boleh contohi dan hindari. Itu pendapat sendiri. Petang-petang balik kerja sempat layan cerita yang direkod .. layan bersama abang jimo atau abang ajeem. Bila hujung minggu layan sekali lagi dengan che hubby... macam tak pernah tengok, time ni ada partner siap boleh kasi komen-komen tu yang best.. ada pulak yang layan kita. :) 

InsyaAllah sebagai ibu yang bakal menerima menantu (jika dipanjangkan umur) akan ku pelajari Do and Don't ini. Sama-sama kita ye.

Jum cerita baru....