Terima kasih kepada Kelab IMATEC yang berjaya menganjur program untuk anak-anak Kelab :)
Tengok tu pagi-pagi dah semangat kakak Tasha dengan saudaranya Iman... Kakak Tasha yang malu tu sah -sah tak datang kalau tak berteman.. hmmm.. may be macam mummy dulu.. so siapa lagi kita nak pointing finger?.. Asal malu bertempat..
Bila dapat makmal yang canggih siap dengan touch-screen.. pergh... balik rumah siap tanya "kenapa pc kat rumah tak boleh touch screen.. boleh tak kalau Tasha nak satu?" hmm... teknologi vs money $$$...
(anyway.. bangga bila anak bangga tempat kerja canggih) Sekarang dia tahu apa kerja mummy.
Yang mereka suka sebab cikgu yang baik-baik.. ala.. lembutnya cikgu dengan anak-anak ni.. memang Cikgu Halit dan Cikgu Ina kreatif dan berilmu untuk sampaikan pada anak-anak kami ni.. Mizan dan anak-anak yang lain 9 tahun pun boleh ikut dan design dengan kreatif... Kakak Tasha kata "lepas ni dia boleh la edit muka mummy kalau ada freckles"... banyak sangat ke freckles mummy ni? :( tapi mungkin itu serinya kan... kan. :)
Bukan setakat ilmu je dapat... siap Kelab sponsor makan... comment anak-anak... makan memang sedap.. kenyang... seronok belajar kat sini.. pc canggih.. itu yang duk sebut-sebut.. :)
Cuba tengok tu suasana kelas.. ini belum tahap Samsung S4 photo with sound.. kalau tidak boleh dengar keriuhan dalam kelas.. Tengok muka Mizan.. dia lah yang paling membawa ceria dalam kelas.. celotehnya tak habis-habis .. hehehe Tiga teruna ni pulak katanya sangat spotting... siap pasang lagu Korea dan nyanyi lagi... kalau tengok muka tu.. kononnya tengah concentrate ler tu.. hehehe action je tu... sebenarnya mereka pun riuh juga... :)
Setiap sorang dapat sijil tu...
Syabas untuk kelab imatec. Next session bila lagi ni?
No comments:
Post a Comment