Monday, May 11, 2009

Mummy, Mom, Mama, Ibu, Umi...

To all the mothers.. and mothers to be... Happy Mother's day.



Kepada ibu-ibu, tahniah atas "hadiah" yang diberikan, tidak kiralah anda adalah ibu kandung, ibu susuan, ibu angkat atau sebagainya. Bila adanya perkataan "ibu" hanya anda yang mempunyai perasaan kasih sayang "ibu" itu. Bertapa kayanya Allah, kita tidak dapat melihat dengan mata , merasa dengan lidah dan menyentuhnya dengan tangan "perasaan ibu" itu.

Kepada anak-anak, hormatilah ibu, jangan lupa jaga mereka, keperitan mereka melahirkan kita tak kira apa sahaja cerita disebaliknya.. jangan lupa, sekiranya ibu kita tiada ... tiada lah pengganti akan ibu itu... tidak samalah ia kasih sayang yang diberikan oleh seorang suami, seorang rakan karib, dan sebagainya.. Jangan anda juga lupa, hanya Allah sahaja mengetahui akan ajal maut "ibu". Jangan kita tunggu hingga menjadi kaya ...berduit.. baru nak menjengah ibu... jangan kita tunggu hingga ibu sakit.. baru nak melawat ibu... masa dia sihat ini masa yang terbaik. Bila "ibu" sudah tiada.. ianya hanya kenangan dan mungkin akan menjadi kelewatan untuk kita memberikannya apa yang kita tunggu-tunggu.

Sebagai seorang ibu, beliau tidak mengharapkan kekayaanmu.. ibu hanya mengharapkan kebahagiaanmu dan kejayaan buat dirimu serta keluarga. Tapi buat dirinya, ibu hanya mengharapkan kasih sayangmu yang tidak perlu dibeli dengan wang ringgit..

3 comments:

  1. selamat Hari Ibu utk Kak Hasnita.. the great mummy..ehehehhe

    ReplyDelete
  2. happy belated mother's day has!

    wah mu start jer ptk banner blog pun tukar ..gerenti dpt excellent ni nanti :)...good luck..selamat berjuang!

    ReplyDelete
  3. lain kali kalau nak ambik PTK rasanya macan serik je.. tension babe.

    ReplyDelete