
Tuesday, April 28, 2009
Jauh Di Mata Tetap Di Hati

Tuesday, April 21, 2009
Duniamu Beraneka
Nikmat sungguh pemberian Allah dan sesungguhnya kami bersyukur dengan anak-anak yang cerdas dan penyayang. Dunia anak-anak penuh dengan permainan dan beraneka bentuk dan warna. Setiap apa aktiviti yang dibuat terserlah la keceriaan dan keseronokan yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Untuk tidak menghampakan anak-anak, weekend lalu sempat bawa mereka ke padang mainan untuk berbasikal. tengok la wajah sorang-sorang tak ada risau langsung... dah sah-sah kayuh macam mana laju, langgar apa pun tak akan kena saman.

Jimo, Tasha & Weena (Cousin)
Yasmeen, kalau tidak meneroka sendiri tentu tak sah. Mesti nak "taste the real life". Si Anje mummy dan daddy membuatkan kami malas nak meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Makin bijak makin "demanding".

"penerokaanku"
Agaknya lambat sangat nak tunggu ke petang untuk ke padang, pagi-pagi Yasmeen akan membantu didepan rumah. Anje boleh main berjam-jam, tapi sebab risaukan hidung yang asyik meleleh je tak berhenti-henti terpaksalah stop selepas 1 1/2 jam. Cukup lama tu.

Enjoy sungguh dia.
Keinginan Yasmeen untuk menyentuh kucing tidak pernah kesampaian. Setiap kali dekat dengan kucing saje, kucing tu dah lari. Mungkin takut kena cekek dek Yasmeen kut. Kak Tasha sungguh baik hati kasi pinjam Si Putih untuk Yasmeen. Suka sungguh dia. Kalau kita nampak kucing bunyi "meow" "meow".. menunjukkan kucing bertina. Lain pulak dengan "Auw! Auw!" hmmm pernah dengar.. cuba bunyi sendiri.. bunyi macam apa?
Sayang
Thursday, April 16, 2009
Kongsi Kebahagiaan Anugerah Ilahi
Kemeriahan dan kebahagiaan amat terasa dengan kehadiran si kecil. Memang perit ibu melahirkan tapi nikmat mengandung 9 bulan sungguh indah. Rasa berteman pada bila-bila masa terutama semasa baby tendang-tendang dalam perut, itu yang tak sabar nak tunggu 5 bulan. Masuk saja 6 bulan baby pun dah pandai memberi respond bila mummy dan daddy sentuh-sentuh atau bertanya.
Alhamdulillah, dengan kehadiran 2 puteri dan 2 putera sendiri menceriakan suasana rumah yang dulunya sunyi sepi seperti tidak berpenghuni.
Minggu lepas dan semalam sempat membuat lawatan untuk melawat baby Mel dan cucu Kak Bit. Terserlah kebahagiaan dan kesyukuran atas kesempurnaan bayi yang dilahirkan dan itulah antara rezeki kebahagiaan yang diberikan kepada keluarga mereka. Kebahagiaan dan kegembiraan itu tempias untuk kami yang hadir dan rakan-rakan lain.
Baby Mel, Nasree Hakimi :
Thursday, April 9, 2009
Peminat Cotton Collections
Jenis kain masih Indian Cotton.

1- brown and pink
Tuesday, April 7, 2009
Tenang Sudah Hati Ini
Tahun 2008 - Ajeem 4 tahun. Mandi dengan baju favorite.
Happy birthday Ajeem 5 years old. Dengan Baju Favorite.
Cupcakes birthday Ajeem 5 years old - 10 August 2008.
First time Ajeem tukar baju selain baju belang and brown.
Jika Yasmeen permata hati, Ajeem pula si manja daddy. Body Ajeem yang gempal, wajah yang cute dan tutur kata yang lemah lembut membuatkan hati semua terpesona. Ajeem tetap pemalu dan akan hanya berada disekeliling mummy dan daddy bila di tempat awam.


2009
Kisah Ajeem menjadi bualan mulut Tok Ani, Wan dan adik beradik bila sukarnya Ajeem untuk keluar dari rumah tanpa mummy dan daddy untuk ke tadika. Teacher Lynette yang penyabar dan lembut dapat menambat hati Ajeem untuk menjadi guru di rumah. Mummy dan Daddy cuba dengan menghantar Ajeem ke tuisyen seminggu sekali (Hari Sabtu) dengan harapan terbukalah hati Ajeem untuk ke "sekolah" nanti. Cubaan telah berlalu selama 10 minggu tapi ADUHHHH!!!!! tak ada yang menambat hati Ajeem untuk terus ke "sekolah". Tiap-tiap kali mesti nangis.. Janji-janji daddy pada setiap hari Jumaat malam Sabtu hanya akan tinggal janji.

Penat belajar.
Nak tau apa janji daddy? Kalau Ajeem ke "sekolah" hari-hari, daddy akan belikan PSP. Kalau esok (Hari Sabtu) ke sekolah daddy akan belikan CD game PS2 sebanyak 2 games. Daddy akan baiki PS2 yang rosak so nanti ada 2 PS2 kat rumah... Sama juga esok pagi janji akan terus dijadikan iklan untuk menarik minat Ajeem untuk ke "sekolah". Hanya sekali agaknya yang berjaya dalam 10 minggu untuk Ajeem dengan semangat nak ke sekolah (itupun datang lewat). Daddy dan mummy frust lagi..
Tanggungjawab untuk memastikan setiap anak itu diberikan pendidikan yang sempurna, mummy dan daddy tidak putus asa untuk melabur lagi untuk Tadika buat Ajeem. Pelaburan 3 bulan dibuat untuk Ajeem yang hanya akan bersekolah pada 2 minggu terakhir daripada 3 bulan pelaburan tersebut. Ini kerana Mummy akan bercuti selama 1 bulan di bulan June 2009 dan sekolah hanya akan beroperasi pada minggu ke 3 dan ke 4 selepas cuti sekolah pertengahan tahun yang bermula 30 May hingga 14 June 2009. Kalau itu yang mampu dilaksanakan, kasihnya mummy dan daddy buat Ajeem yang comel.
Keikhlasan guru telah cuba untuk membantu membawa Ajeem ke "sekolah". Harapan yang amat tipis daripada mummy dan daddy, good luck to the teacher. Teacher Zaza sanggup datang ambil dan hantar balik Ajeem setiap hari dengan semangat dapat membawa Ajeem ke sekolah. Dengan izin Ilahi dan doa yang diperkenanNya, Ajeem dengan semangat nak ke sekolah dan tidak sabar menanti Teacher Zaza setiap hari. Itulah tarikh bersejarah "23 Mac 2009" buat Ajeem dan kami sekeluarga. Ianya memberikan senyuman dan kegembiraan buat setiap isi keluarga ini.
Mungkin mummy dan daddy tak dapat melihat Ajeem ke "sekolah" setiap hari, tapi bersama Ajeem (video) pada hari Sabtu sudah menceritakan keseluruhan suasana. Terima kasih buat guru-guru, Teacher Zaza, Teacher Hazel, Teacher Maria, Teacher Alice, etc.
Video 04 April 2009 (Saturday)
Sekarang Ajeem masih anak murid istimewa yang tidak lagi berbaju uniform ke "sekolah". Harapan yang baru... Ajeem ke "sekolah" dengan uniform yang lengkap.
Alhamdulillah.