Thursday, January 31, 2013

Pesan Anje Bila Menonton

Wah-wah wah....Anje... sibuk dia memesan...

Semasa tengok cerita "Abduction" (pelakon utama Taylor Lautner) ada beberapa adengan berc*um.. Seronok tengok dengan Anje.. dia betul-betul menghayati cerita tersebut. 

Lepas dah habis cerita.. dengan yang terakhir ada pula adengan berc*um hero dan heroin. 



Anje mula berpesan " Mummy, bila ada orang bercium, kalau dia c*um kat pipi tak apa boleh tengok. Tapi bila dia berc*um kat mulut berdosa kalau tengok. Jadi kalau dia c*um kat mulut, kita kena pejam mata atau tengok tepi, tau!"

"Ye Anje, lain kali mummy pejam mat, ok."


Anje tak puas hati "Ye lah, bila ada orang berc*um kat mulut, Abang Ajeem kata berdosa kalau tengok. Habis tu Anje katalah, kita kena pergi dapur ke? (untuk elak dari menonton adengan tersebut). Abang Ajeem kata jangan tengok, pejam je mata kalau tidak tengok tepi. Sebab tu Anje tengok tepi."

Apa agaknya dalam fikiran Anje bila ada adengan tersebut. Sekarang ni tiada lagi tapisan untuk adengan tersebut di tv.

Semalam, daddy tengok sorang-sorang cerita "Aduction" yang mummy rekod. Anje pun sebuk pergi kat daddy cerita bagaimana ibubapa hero lawan dan dibunuh. Apa lgi... Sekali lagi Anje berpesan pada daddy...
hehehehe

Allahu Akhbar!

Mungkin apa yang dirasai oleh diri ini hanya secubit daripada apa yang dirasai oleh ibubapa yang kehilangan anak sebab dicolek atau melarikan diri.

Itulah rasanya jika rasa risau, ketakutan... apa jika sesuatu terjadi.. macam mana jika itu adalah anak ku.. bagaimana jika sesuatu terjadi pada dia... Oh... pertanyaan tu bermain di kepala sampai tak tahu macam mana nak tepis perasaan tu. Walaupun telah diketahui kawan baik anakku selamat sampai ke rumah dengan mengambil tindakan pulang sendirian.
http://en.wikipedia.org/wiki/Takbir

AllahuAkhbar!.. Sangat-sangat bersyukur diri ini.. rasa insaf dan banyak perlu diperbaiki diri ini bila diberi peluang untuk mendengar berita yang baik tu.
Barulah diri ni sedar, kasih ku ini bukan sahaja untuk anak-anakku tapi untuk mereka yang rapat dengan diri ini.

Rasa hari ini suatu yang baru dan kesilapan yang lalu akan dijadikan pedoman hari ini dan masa akan datang.

Saturday, January 19, 2013

Tahniah JOZAN!!!! Maharaja Lawak Mega 2012

Daripada bukan peminat.... Anak anak punya pasal... Separuh Akhir dan Akhir Maharaja Lawak Mega 2012...terpaku Bidadari menonton bersama anak-anak. Boleh tahan kelakar juga... Ajeem yg akan over nanti nak meniru bab-bab lawak. Ajeem memang pak lawak dirumah...

Sempat melihat lawak-lawak yang intelligent. Pesaingan yg senget lagi bersih dan semangat untuk melaksanakan yg terbaik.

Tahniah kepada JOZAN yg menang membawa pulang rm500k. Zizan memang perlukan Johan..Johan pun perlukan zizan untuk tampil kelakar... Rasanya jika mereka lebihkan sedikir mesti lebih hebat rasanya.

Kepada pasukan lain.. Rasanya cukup cemerlang juga... JAMBU memang sorak dlm dewan.... Membawa pulang rm250k. .not bad!... SHIRO yg pertama kali masuk telah mendpt tempat dohati peminat dengan lawak mereka yg ada kelainan....rm150k utk Shiro. .besar tu... Malah terkejut sebab BOBOI tampak kegemerlapan pd mlm ini. Memang padan mereka naik 1 anak tangga dari minggu2 yg lain asyik maintain di tangga 5 sebelum ini.... Rm50k boleh tahan tu... SAYWHO juga dpt menawan hati org Malaysia.rm15k

Semoga mutu lawak itu akan dinaikkan dengan idea baru... Nafas baru...dan intelligent dan no sinis -sinis, ok!?
Harapan pd thn akan dtg... Please tak perlu lawak nak kena berpakaian seperti perempuan untuk mencuit hati. Fatwa tetap fatwa.. Jika sudah pelawak tetap pelawak dgn keasliannya.

Piiiisssiiiooooo

Wednesday, January 16, 2013

2nd Opinion

Susah sangat ke untuk kita semua mendapatkan 2nd opinion bila diri kita atau ahli keluarga mendapat sesuatu penyakit atau tidak sihat.

Please.. please.. please.. terutamanya jika operation adalah perkara yang dicadangkan oleh doktor.

Duduk dan fikir.
Jika kita ke klinik... pergi la ke hospital untuk mendapat pandangan doktor pakar.
Jika kita ke hospital kerajaan /swasta... pergi la ke hospital kerajaan atau hospitak swasta yang lain untuk mendapat 2nd opinion.

2nd opinion membuatkan kita lebih yakin dan kita lebih bersedia.

fikir-fikirlah.



Tuesday, January 15, 2013

Lagu-Lagu Adam & Hawa

Wah Wah Wah....
Habis semua kecik besar dlm rumah tu dah hafal lagu tema Muara Hati an lagu-lagu dalam cerita Adam & Hawa.

Nak kata cerita tu the best tak lah juga kan.. tapi satu cerita yang boleh ditonton seisi keluarga.
Yang membuatkan cerita ni menarik adalah lagunya...

Jum kita layan lagu-lagu yang menjadi kegemaran di rumah.













Ni kalau jumpa video ni kat Anje, Jimo, Ajeem & Tasha... satu rumah boleh dengar mereka menyanyi...

Mummy memang suka dengar bila anak-anak mummy spend time together..

love love love