Tuesday, May 8, 2012

Mendidik Anak Cara Rasulullah

Berdoalah diri ini sebelum tidur untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan akan meninggalkan perbuatan dan pemikiran hasat dengki .. dan bangunlah diri ini untuk menjadi lebih baik.

Sepanjang membesarkan 4 orang cahaya mata yang ada.. banyak mengajar dan mendiri diri ini.. banyak juga kesalahan dan keterlaluan yang dibuat. Jadi insyaAllah salah satu cita-cita untuk menjadi ibu yang penyayang dan dibangga oleh anak-anak.

Dulu Bidadari tegas dengan anak-anak... nampaknya langkah Rasulullah amat berkesan. ianya banyak mengajar diri mendiri anak-anak malah mendidik diri. Adakah diri ini "matured enough". Jangan kita sakiti anak-anak kecil yang belum baliqh dengan merotan mereka.. tidak salah merotan jika sudah beberapa kali ditegur.. kadang-kadang ada ibu yang merotan atau memarahi anak mereka untuk cover kesalahan dan kealpaan diri sendiri.

Ada dua kejadian yang Bidadari memang rasa geram dengan 2 orang ibu.

Kes 1: Si ibu turun kereta buka pintu kereta bahagian belakang dan turunkan anaknya yang berusia dalam 3 tahun. Tanpa dipegang tangan anak.. anak itu yang cerdas.. berlari ke jalan dan terjatuh. Dalam masa yang sama, kereta agak laju datang. Menjerit si ibu, alhamdulillah kereta tersebut juga sempat break dan berhenti betul-betul depan budak tersebut. MasyaAllah kalau tidak dilindungiNYA.

Si ibu lari ke arah anaknya dan tarik anak tersebut ke tepi, ke kereta. Lutut anak tersebut luka sedikit sebab jatuh. Anak itu menangis sebab sakit lutut dan dipukul oleh ibu semasa ibu menariknya dari tengah jalan. Lihat!!! siapakah yang salah? kenapa si ibu nak jerit dan tampar badan budak tersebut mengatakan "lain kali jangan lari!". Kemudian dia nampak org semua pakat tengok dia... terus dia membebel mengatakan anaknya itu salah.

Agak tidak bijak si ibu rupanya. kalau budak itu tahu bahaya, tidaklah dia akan lari melulu ke arah jalan.

 Kes 2: Si ibu memarahi anak kecilnya yang menangis seba takut nak jumpa doktor di klinik. Si anak kecil berumur dalam 1 tahun itu menangis sambil meniarap di atas lantai dalam klinik. Sebagai ibu beliau patutnya pujuk dengan kasih sayang menenteramkan anak tersebut. Bukan dengan menengking anak itu kononnya nak beritahu dunia, beliau cuba menjadi seorang ibu yang tegas. PLEASE!!! not yet the time. Anak itu takut, si ibu sendiri membebel memberitahu entah sesiapa (bercakap kuat sedikit) menyatakan anaknya nangis takut nak jumpa doktor.

Jangan dimarah mereka, si anak kecil. Mereka belum lagi tahu akan Halal dan Haram. tidak tahu undang-undang. Berilah kasi sayang kita kepada mereka. Ingatlah pesanan cara mendidik anak mengikut Islam.
Langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
(sumber: http://adikbijak.blogspot.com/2007/07/mendidik-anak-cara-rasulullah.html)
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Sekiranya sebelum ini ada kelemahan diri sebagai ibu..apa pun masih belum terlewat untuk membetulkannya.


Bidadari belajar dari pengalaman dan masih ada melakukan kesilapan dan cuba membetulkan diri ini sebelum membetulkan orang lain atau anak-anak. Kejadian di sekitar sebagai ikhtibar untuk diri menilai
sama sesuai untuk diikuti atau untuk dihindari.

Anda nilailah sendiri.. tidak ada pendapat yang salah, hanya pemahaman yang berbeza.
Yang lemah dan kurang itu sesungguhnya dari diri Bidadari sendiri, yang baik adalah daripada Allah swt.

9 comments:

  1. nice post..nasihat utk diri saya sndiri juga

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Shahneza .. sama sama kita beringat..

    ReplyDelete
  3. Dayang, sama-sama.

    Nampaknya cara didikan ini adalah terbaik. Harapan anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan solehankan.

    ReplyDelete
  4. Perlu dicontoh cara mendidik anak ini, terimakasih

    ReplyDelete
  5. Sharing is caring.
    Anak-anak kalau dididik dengan baik insyaAllah akan menjadi anak yang dibanggakan terutama beradap dan menghormati kita nanti.

    ReplyDelete
  6. Personaliti diri anak melambangkan sifat ibu bapanya sndiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. setuju sangat

      kita nak anak berubah.. kita kena berubah dulu...baru boleh jadi.. tapi itu yang berat...Must Do It!

      Delete
  7. salam cik bidadari mendidik dgn cra rasullulah adlah cra yg btl dn diredhai allah saya ingin
    mengesyorkan program keibubapaan Konvensyen Keibubapaan Smart2Wise 2013 konvesyen
    ini telah bnyk membantu ibu-bapa glongan pendidik gru tdika bkal ibu-bapa untuk memahami
    anak2 mereka di zaman moden ini so apa tngu lagi trikh tutupnya 15 november-30 dan mendapat ebook percuma inilah linknya http://aloveworld.ashadee.com/go/hazim1993/

    ReplyDelete