Friday, July 9, 2010

Kisah Yang Tak Habis-Habis

Kalau cakap pasal maid ni... ishk.. tak habis-habis.. Bidadari pun dah 4 bulan tak ada maid... tapi itu dah rezeki tak senang dan mudah untuk ambil maid..

Itu pasal maid.. ni yg paling tak tahan sekali pasal agen kepada agensi yg amat menyusahkan.. pengarah agensi tu pun sama je.. itu la kalau kita pass kat bangsa sendiri... agensi yg kat seksyen 13 shah alam ni memang buat bidadari serik ... agen dia dah la suka nak marah2... masa belum dapat duit deposit baik je.. bila dah dapat duit dan orang dalam tangan.. kita tanya pun nak marah2 nak tunjuk eksyen.. bukan sikit pulak tu RM4000 sebulan gaji pun kalau dah ditolak sana sini.. tak pernah merasa RM4000 bersih bawa pulang.. ni dah dpt kat tangan dia.. dia buat aksi.. kita tanya pasal update pun eksi.. ishk... tension betul.. ada ka patut... sama je agensi ni memang dah disenarai hitam oleh bidadari... maaf le ye... harap-harap lesson learned untuk semua.

Macam macam yang bidadari terpaksa hadapi.. mula pilih.. rasa dah suka sangat la.. pilihan pun macam dah betul... sebab first time jumpa maid kambodia islam ...dan inilah agensi pertama yg bidadari jumpa maid kambodia islam ada. service pun ok. tapi setiap kali tak update.. tak call tak update bila dah 2 minggu... bidadari call (itu atas inisiatif bidadari bukan agen tu)... tup tup dia boleh cakap ooo... maid yg saya pilih tu dah dibawa balik keluarganya.. then bila kita cakap kenapa tak bagi tahu awal-awal.. byk la alasan.. kemudian.. dia kasi 3 profile... katanya yg terbaik pengarah dia pilih untuk bidadari... sekali bila bidadari rasa tak sesuai sebab tengok muka pun macam tak sudah... bidadari call ofis sebab dah call agen tu asyik tak jawab.. sms hacus la kalau dia nak jawab. bila call ofis, rakan kerja dia kata itu "baki" yg ada.. APA?? "BAKI???"... bila bidadari call agen tu dia byk la alasan... kita dah bayar RM4000.. pergh!!!
layak ka kita nak terima "baki"?

Kemudian... dondeng dondeng... pengarah call kata akan kasi yg dia gi ambik sendiri kat kambodia.. memang dia reserve utk VIP... (Ada pulak darjat utk kita ni ye yg bayar sama byk dengan VIP?")... lepas tu sebelum hujung bulan Jun... sepanjang tempoh tu.. tak ada pulak profile dan gambar maid baru yg dicadang tu diberi pada kami.. kut mana pun kita org tak kisah lah.. put a trust.. sekali bila kita nak tau juga update.. jangan harap la agen tu nak call u atau sms.. kita dah call.. dia kata ada masalah la.. itu la ini la.. then bila kita kata u kena delivered. pada hujung jun seperti yang dijanjikan.. bidadari terima call dah ada dan nak hantar.. tapi nak cash balance RM5500. Bila kami berhubung semula.. kami tak nak la tak ada permit, tak ada fomema lagi (katanya tak clear, baru ambik darah). Terus agen ni marah sebab kita tak nak terima. kita cakap clear fomema (understood, ada permit) baru hantar. senyap je.. masa dah berlalu.. hujung minggi tu call... cakap dengan rakan dia teringat nak baca agreement sebelum terima maid.. sekali rakan kerja kata saya tak pernah sign agreement.. yg saya sign hanya application form for the maid. Rakan dia kata patutnya saya kena diberi agreement dan signed agreement and get the copy... apa dah jadi ni..

Jadi minggu ni dah selasa tak terima pun agreement nak baca.. bidadari tak suka baca masa nak terima maid nanti sebab kita tak leh concentrate. bila contact... kata emailed tapi tak terima 3 kali call dengan rakan agen ni di ofis..sekali petang masa call ofis nak cakap pasal agreement tak terima di gmail.. agen ni kata.. tu la hari tu kita nak serahkan tak nak... family dia ada meninggal di Kambodia.. so kita kena hantar balik... kita hantar pada 4 Julai .. bila tanya bila masuk balik.. dalam sebulan... --> dah rasa pelik.. byk pulak company ni hantaq balik maid kalau ada kematian keluarga... dah la maid tu pun berutang indirectly kita yg tanggung dia punya perjalanan ke sini...

bila bidadari maklumkan pada agen tu yg kami tak nak terima sebab dia tak ada permit... dia boleh kata mana tak ada permit, kami akan bagi sekali dengan pasport... [dengan marah-marah..].. bidadari ckp dengan dia.. dia dah la tak lulus fomema lagi.. lagi pun pasport dengan permit tu kan lain... terus dia melenting... "Puan, saya ni dah 3 tahun dalam business ni, dah 100 maid saya buat ...pasport tu sama la dengan permit... so far tak ada pun client saya pernah question pasal pasport and permit?" huh! ada ka patut... bila bidadari kata kami tak pernah terima dari agen dulu dulu maid tanpa permit.. kami tak pernah ada maid tanpa permit... terus dia marah-marah..

So now.. bila benda dah berlarutan 2 -3 hari ni.. tension la bidadari dengan agensi di Worldwide Seksyen 13 shah alam...dan terutamanya agen tu... jadi kami decided cancelled saja permohonan tu dan bila agen ni call kata minta emailkan as black and white... bidadari kata akan masukkan nombor account dan dia akan bank-in RM4000, dia kata ok. Sekali bila dia call balik dia kata forfeited!...Bidadari cakap akan pegang pada kata dia nak masukkan.. lagipun dia kata ikut agreement.. sedangkan bidadari kan tak sign agreement.. anyway bidadari still has right as a consumer. sekali dia jerit kat bidadari "then why you pay?" ... saya cakap dengan dia... kan ada masa 1 bulan dia patutnya menasihatkan dan menyerahkan dokumen utk sign.. mana la kita ni pandai selok belok ni sangat... bidadari kata akan bawa kes ni ketengah .. terus dia marah-marah.. tengking-tengking.. terus tutup phone..

sebelum tu bidadari ada cakap dengan dia.. dia call kita.. cakap dengan kasar.. bidadari kata kat dia.. bidadari ni client... patutnya dia tak cakap macam tu.. dia tanya maksud puan.. bidadari kata la.. dia cakap kasar and "rude"... dia kata dia sorry.. tapi terus.... bila cakap je asyik nak jerit-jerit,.... ini lah pengalaman yg paling sakit dengan agen yg kononnya muka saja baik.. agensi yg macam bagus...

apapun you all lesson learned... kalau nak pilih agensi.. pastikan rakan-rakan memang dah ada good experienced .. ni kawan atas kawan, dan kononnya nak kambodia islam sangat...

sekarang... masih tunggu baru cakap dengan salah seorang agen kat agensi tu yg dikatakan ada terima aduan pasal agen yg sama dengan bidadari... to solve her cases. dia kata akan call balik sebab tadi dia urgent kena ke putrajaya... so kita tunggu.....

saya harap kawan-kawan (yg bidadari kenal .. tau tak kenal.. ) tak akan terpedaya dengan agensi pembantu rumah...terutamanya dengan agensi yg bidadari terkena sendiri.. sekarang ni dimanakah dan apakah nasib RM4000 itu.....

ops... kepada seorang rakan (dia yg introduce.. kita org ambik sama sama )... masa nak terima tu hubby dia terima maid dan dah bayar rm5500.. sekali dia dpt tahu maid tu tak buat fomema lagi.. tak ada permit dan yg paling buruk.. maid tu kata dia tak mau kerja remeh.. dia taknak jaga budak.. so lepas 2 malam dia hantar balik ke agensi.. agen yg sama tu dah tak angkat telefon.. tak jawab .. cuma agensi tu janji akan ganti dlm masa 2 minggu...tunggu.... isunya.. duit dia dah melayang RM9500 dan dia TAK ADA MAID... sampai hatikan ... manusia semasa Melayu dan ISLAM... sanggup buat macam tu... macam bidadari .. memang terasa amat-amat teraniaya... semoga agen tu akan terima get her lesson learned daripada Allah Taala..

sebagai manusia.. bidadari risau sangat ada lain org-org yg ikhlas bakal terkena.. terkena macam mana..? macam mana boleh terima duit org penuh.. tapi bagi maid yg tak ada fomema dan tak ada permit... tolong la... berilah kekuatan...



3 comments:

  1. Sian awak..mcm ni la yg buatkan orang kita jauh ketinggalan kebelakang dan terus LAYU. Bila kita tak amik servis derang, ayat koman yg slalu keluar "sapa lagi nak tolong org melayu kalo bkn melayu" tapi bila dah tolong..dia lak takmo tolong diri sendiri utk yakinkan kita yg orang melayu pun blh berjaya mcm bangsa lain..Sekarang takyah fikir pasal bangsa..selagi blh bg servis terbaik dan tak belakangkan agama, tu yg kita pilih! Hopefully maid yg awak dpt nanti worth dgn apa yg awak dah lalui..

    ReplyDelete
  2. Harap sy dpt balik rm4k, lesson learned utk kita semua. Kalau nak ambik maid pastikan tanya kawan-kawan agensi and agen yg they have good track records with.agensi yg ikut procedur not only coz they are kind and soft.

    Tu yg ramai org terutama yg first time ambik maid duk terima maid then maid lari, then agensi buat tak tau. Sebab terima maid tapi tak ada permit. Adaka agen. Kat agensi di worldwide sek.13 tu kata pasport tu sama dgn permit. Bengong apa? Bila kita tak nak terima sebab tak ada permit marah2 kita. Sure la... Nak kasi kita maid kononnye nak delivered as tarikh yg dijanji tapi fomema tak clear lg, permit tak ada. Yg tak tahan tu "puan, kan kami bagi sekali dgn pasport. Takperlu risau kalau dah ada pasport." (Entah mana dia mengaji - hehehe stmt makcik-makcik masa sy kecik)

    ReplyDelete
  3. 2 minggu telah berlalu.... masih lagi mereka dindong dindong...

    so what's next hugh!!!! dah 1 minggu Cik Puan S duk janji.. akan sit down with the directors... to see and study my trac record.. huh, masa terima duit tak ada pun nak ckp byk.. bab service poor nak byr balik pandai pulak nak jadi PI... investigator macam inspector gajet je...

    apa pun minggu depan penentu.. sebab dah 1 minggu cik puan S "saya promise... sy akan call or at least sms u for the update whatever is.."

    hampeh... so kita tunggu minggu depan. Manusia ada tahap kesabaran..

    ReplyDelete