Friday, July 9, 2010

Baru nak sambut puasa dah go for raya

Itu la macam di tajuk.... bau bau puasa ni dah semakin ada.. tapi zaman sekarang ni.. puasa belum lagi.. tuptup baju raya dah siap tempah.. tunggu nak ambik bila-bila masa.. WOW...

zaman dah berubah.. dulu masa zaman kecik-kecik.. kalau puasa tak cukup... malu nak sebut pasal sambutan dan baju raya.. ye la.. mak kata kalau tak puasa tak boleh raya.. tapi sekarang zaman dah berubah.. mak-mak lebih lagi dari anak-anak... sebab mak-mak yg sebuk shopping.. mungkin sekarang duit bukan lagi isu.. sebab tu la.. apa pun kita perlu juga terapkan yang utama.

sama-sama kita sambut puasa dengan penuh keredhaan... kena start ajar mulut utk zip... pakai zip tembaga. NO utk komen yg tidak membina.. NO kepada org yg nak sampai berita org lain (sedap sikit dari work "mengumpat").. NO,NO and NO kepada yang tidak berfaedah... kita juga digalakkan untuk bermaaf-maafan sebelum berpuasa...

Kepada kawan-kawan risau nanti tak sempat nak ucap dan berjumpa... semoga amalan kita amalan yg terbaik.. mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau perbuatan.. atau apa saya yg mengguris hati..

Tahun ini sangat indah sebab dapat bercuti sepanjang sebulan berpuasa... Amin...

Cuti Sekolah Jun 2010


Bila cuti sekolah.. apa lagi.. lepak le.. tapi memandangkan ibu yg sebuk mengumpul dan menjaga cuti yg tak seberapa.. maka kena la kedekut sedikit.. terpaksa lah anak -anak memahami ... alhamdulillah tak ada yg complain sebab kena duduk rumah and jalan-jalan dekat-dekat je..

Cuti sekolah kali ni.. anak-anak bidadari ditemani oleh adikku yg dikasihi.. MakSu yg paling suka layan anak-anak ku dan anak anak kakak ku... tak terbalas budi dia..

Dia bawa mereka gi tengok wayang... Karate Kids... best!!!!!!! sampai lepas MakSu balik pun kami satu keluarga pergi sekali lagi.. kali ni mereka bawa daddy .. everyone enjoy!

MakSu bawa gi shopping Giant, Subang Parade and Sunway Piramid. Thank you... semoga diberkati dan dimurahkan rezeki.




Lepas habis cuti sekolah.... kebetulan ada kenduri di Seremban.. bawa la budak-budak ke PD. Nak ke laut tak sesuai especially untuk Yasmeen .. yg lain pun bukannya pandai jaga diri.. jadi ke water park. They enjoy.. cuma the park should upgrade the water quality.


Sliding always become favorite anak-anak...

Baby Yasmeen .. tak akan terlepas.. yg tinggi pusing-pusing pun dia nak juga.. so akak yang tersayang jadi peneman utama. Yang penting adalah bersama sekeluarga.

Bila lagi kawan-kawan.. buat la rombongan ke water park.. minta para bapa jadi lifeguard. Macam we all kena la bahagi sorang 2.. sebab orang ramai, bidadari pun memang kena jadi lifeguard walaupun tak pandai berenang. 3 jam mereka berendam.. 3 jam la mummy berendam..hehehe...

tapi ada juga ibubapa yang tak tau nak dikatakan dalam kategori mana.. biar je anak-anak main... walaupun air tak dalam.. tapi macam macam boleh berlaku bila cramped... panic... ishk.. kita pulak risau.. tapi bidadari takdanya.. kalau rasa budak2 yg "over" kita la jadi lifeguard.. sebab tak nak la nanti jadi apa-apa depan mata kita.. masa tu jadi "pengawas" la pulak...

Sempena nak dekat puasa... selamat bersedia untuk berpuasa ramadhan..





Thursday, June 3, 2010

Petrosains memang seronok

Lama tak bawa anak-anak keluar. "Sebuk" selalu jadi buah mulut sebagai alasan.. tapi kali ni dapat info comment dari rakan cakap best.. bawa juga walaupun dikatakan sesuai utk anak anak yg dah pandai pasal sains dan kreativiti & inovasi.. apa pun bawa dulu..

Antara pengalaman di sana.. kalau tengok tu tak ada la sangat sebab .. kalau nak tau macam mana.. bawa anak enjoy sendiri.. apa yang boleh dikatakan.. anak-anak enjoy sebab mereka boleh lihat, pegang dan experience sesetengah benda.

Sebelum masuk Petrosains.

Yang paling Bidadari risau Yasmeen akan bosan sebab benda disitu kalau explain kat dia pun bukannya paham sangat.. tapi mak oiii antara pelawat yang paling enjoy sekali.. siap nak cuba semua benda.. apa saja akak dan abang pegang dia la yg nak dulu.. jadi semua org kena kasi chance kat dia... kuasa berani pun keluar masa ni.. sebab semangat nak cuba..

Yang best bab Petrosains untuk kami adalah naik Bungola ... macam teloq.. sebab best sangat naik slow ride (Dark Ride) .. enjoy the pictures.. the view.. and the macho and beautiful voice..



Masuk sahaja jumpa la manusia Inovasi ni... then boleh la cuba dengan bayang-bayang berwarna.

Abang-abang volunteers memang baik dan pandai layan anak-anak ni buat macam magic jadinya sesuatu benda yg mereka nak try... cool.

Yang paling Bidadari risau Yasmeen akan bosan sebab benda disitu kalau explain kat dia pun bukannya paham sangat.. tapi mak oiii antara pelawat yang paling enjoy sekali.. siap nak cuba semua benda.. apa saja akak dan abang pegang dia la yg nak dulu.. jadi semua org kena kasi chance kat dia... kuasa berani pun keluar masa ni.. sebab semangat nak cuba..



Tengok tu... macam dah paham sangat... Tapi paling tak dilupakan... sebelum pergi tu siap tunjukkan Yasmeen dan Ajeem Dinasour besar.. Dino ganaz.... sekali.. wakakakakaka masuk je zaman purba.. hahaha first time terkedu bebudak.. Dinasour yang begitu besar.. muka ganaz... tapi Dino ni pandai menyanyi.. hehehehehe kelakor la pulak.. siap macam ala nari-nari pulak.. hehehehe. Apa pun mereka suka kawasan ni. enjoy.. Yasmeen pun macam asyik je dengar Dino menyanyi..



Ajeem enjoy belajar macam mana pokok membesar dengan adanya kuasa cahaya matahari...

Sebelum masuk kawasan SPEED... Abang Jimo Ajeem dan akak sempat naik simulasi helikopter ke pelantar minyak...memandangkan tahap ketinggian Yasmeen tak lepas jadi kena la duduk kat luar..

SPEED Area... nice boleh cuba apa sahaja yang berkaitan dengan kelajuan..

Ini tak ada org nak cuba.. sebab mana la org Malaysia yang berminat nak speed ski tu.. tapi ini la yang Yasmeen tak nak turun.. suka dia.. siap buat gaya lagi...




Ayeee nak...... tapi kenapa tak jalan.. macam mana nak jalan kereta tu.. kaki tak sampai pedal.

Abang yang mengalah.. gi la ambik gambar dengan BMW Syntium... besar tayarnye kata abang..


Dalam pada tu sempat pula Yasmeen jumpa telefon asli.. rupa-rupanya dia duk layan suara merdu duk cerita pasal nano......


Ini yang paling Jimo dan Tasha suka.. Sliding.. ada tahap ketinggian.. Ajeem tak lepas.. merajuk nangis-nangis nak juga.. tapi demi keselamatan.. tak boleh le kan..

Kalau cerita memang best memanjang.. tengok ni.. sebelum naik helikopter sempat la rasa macam mana keadaan gempa bumi.. sekarang rasa macam mana hurricane... pergh!!! angin sampai ke 206.5 km/h. Yasmeen dah cuba 2 kali... siap boleh jerit full house lagi..


Ini la.. akhirnya hasil daripada too much inovation.... may be this gonna be my face if I were be a Dinasour... hahahaha

Kalau ada kesempatan.. boleh cuba...

Buah Kari

Pernah tak anda semua tengok buah kari... dari pokok kari... pokok kari yang digunakan untuk buat gulai tu....

Saya pun first time.. macam "perak" la pulak.. tapi rasanya sebelum ini pernah nampak cuma buahnya kecik.. putik hijau je... kali ni baru first time dapat tengok dengan mata sendiri rupa buah kari, mungkin bila pokok kari betul-betul matang dan subur baru buah sebenar muncul..
Apa pun andaian mari kita share gambar buah kari..



Mesti nak tau rasanya macam mana...
rupa macam berries... rasa manis... (yang dah ungu) kulit buah rasa daun kari.

Sebagai panduan semua... makan la pucuk kari untuk kesihatan..dibuat ulam.. sedap bau sedap dan rasanya lemak... sampingan "Awek muda"..

Ada juga petua makan pucuk kari selalu untuk kurangkan atau elakkan diabetis... so apa lagi.. kawan-kawan pesanan yang baik.. daun sedap dan lemak boleh jadi ubat... bila pucuk dicicah sambal belacan.... sodapp.... (meleleh!!!!)


Apa lagi.. cuba la..

Friday, May 14, 2010

Demam Panas vs H1N1

Makin giat virus-virus diluar sana ... makin berleluasa mereka.. cis... rasa macam nak tembak je.. tapi tak ada pulak pestol yang sesuai. Jimo demam panas.. kuat sangat.. tiba-tiba je entah dari mana datang demam tu..

bila ditanya katanya tak ada kawannya yg demam kat sekolah.. (hmmm dalam hati.."memang le.. mana la ada murid nak gi sekolah kalau dah demam.. "betul" betul la budak sorang ni..") Jimo memang anak yg betul bendul sikit.. tak apa la.. lebih baik kalau "cerdik" terlebih..

Balik sekolah terus Jimo datang bagi tau dia demam.. hmm memang panas.. bila sebut je "hmmm memang panas" terus manja dia menyerla... merah berair mata tahan sedih.. kasi bantal terus dia lena dengan tak tukar baju sekolah. Nasib baik Tok Ani ada. Tok Ani jelum kepala.. badan kasi sejuk.. Sambil tu Bidadari ambil kesempatan keluar kejap pergi beli ikan sebelum Maghrib.. Balik je sampai pintu rumah .. Tok Ani dah panic " Tangan dia dah menggeletar kerekot... kaki pun dah menggeletar.. menggigil-gigil .." Terus pegang dia.. dah dah ok sikit.. bawa Jimo terus gi "GP" klinik.

Peringatan untuk kawan-kawan ibu-ibu. Bila anak dah panas sangat.. terus bawa ke hospital atau ke klinik. Sampai kat klinik terus bagi tau kat reception counter badan anak panas sangat dia dah menggigil tadi takut "tarik". Nurse terus suruh masuk Bilik Rawatan dan panggil doktor. Alhamdulillah. Doktor check tak ada side effect.. (check mata, mulut, liver, jantung".. daripada pemerhatian sendiri le.) Doktor terus refer suruh jumpa specialist preferably gi hospital for monitoring.. takut tengah malam panas balik.. menggigil. Doktor cakap panas dia kuat sangat tu.. kalau dah naik sampai 40 degree tu sebab dia menggigil...

Jika anak kita demam..based on the observation... dan pengalaman anak dan anak sedara juga.. panas anak attack balik dalam pukul 2:00AM hingga 4:00 AM.. Jadi time tu memang Bidadari dan Daddy jaga je Jimo.. dalam jam 2:00 AM tu... badan dia panas sangat.. dia dah nak menggigil balik... jadi jelum balik badan dia.. siram air dari kaki.. ke atas badan then dah sejuk sikit.. bagi dia minum ubat demam.. lepas 20minit alhamdulillah... dah cool...

Esoknya jumpa doktor Pediatrik Adek. Doktor pun pesan.." gunakan air suam-suam kuku... dari kaki.. biar dah selesa sikit.. naik ke atas paha.. ke pinggang... ke bahu.. dan ke kepala... kemudian... sejuk kan sedikit air tu ...agak selesa anak yg demam tu.... kemudian... sejukkan lagi.. sampai anak dah selesa... degree kepanasan dah turun... insyaAllah gigil akan kurang.. " itu treatment kalau dirumah dan emergency.. kemudian bawa jumpa doktor. Doktor tak nasihatkan gunakan air sejuk atau air ais.. sebab takut "terkejut"... Mungkin ini satu pesanan yang baik buat Bidadari.. sebab anak-anak kecil di rumah..

Hari ni dah masuk hari ke-3, risau.. pagi ni masih panas cuma tidak tinggi dalam 37 degree++.. mungkin petang ni nak bawa lagi sekali jumpa Doktor Adek. Jika perlu ambil darah.. kena la.. (ikut doktor lah)... kalau ambil tu sebab nak check untuk Denggi. hmmm AllahuAkbar... Bidadari doakan hanya demam panas biasa. Amin! Amin!. Kalau dilihat Jimo.. dia aktif kalau panas badannya turun dalam 37degree++.

H1N1? 2 doktor dah sah tidak. sebab Jimo tak ada selsema atau batuk. Alhamdulillah. Risau juga di Bukit Jelutong ada kes H1N1. Buat masa ni perlu kurang kegiatan luar. ::::: ada cita-cita nak bawa tengok Shrek!, tak ada chance la.. :::::

Bidadari..