Sunday, August 9, 2015

Mengajar Anak Membaca

Dah pun masuk bulan Ogos. Pantas sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah, sekarang Anje dah boleh membaca. Mungkin tidak sepantas budak 7 tahun yang lain tapi cukup untuk dia boleh membaca sendiri. 

Masa awal tahun setelah 3 bulan bersekolah dengan sikapnya yang kurang gemar ke sekolah, Anje masih belum boleh membaca. Abang-abang dulu memang lancar bila dah masuk 7 tahun. 

Bidadari ambil pendekatan mengajar sendiri setiap malam. Cukup lah dengan 1 hingga 2 muka surat, yang penting kualiti. Alhamdulillah Anje sendiri boleh nampak, jika sebelum ni dia rasa demoralise sebab tak pandai membaca, sekarang dia makin yakin dan suka nak baca.

Untuk ibu-ibu yang rasa anak tu lambat membaca, jangan give up atau rasa anak kita tidak boleh. Kadang-kadang setiap anak mempunyai masa tumbesaran dan maturity yang berbeza. 
Kita masih boleh berusaha sendiri. Atau kita minta bantuan kawan-kawan untuk mengajar anak kita. 

Jom kongsi:
Bidadari memang recommend buku "Bacalah Anakku".
Walaupun Anje dah boleh baca dengan 2 suku kata sahaja, tetapi kami mulakan dengan BUKU 1.
Jika mereka rasa cukup untuk 2 muka surat sahaja, cukup lah untuk hari tersebut. esok pula. Kalau 1 muka surat pun cukup lah. 
Masa mengajar jangan marah-marah atau beri stress pada anak. Bila mereka enjoy, esok mereka nak baca lagi. 

Lepas habis buku 4, sekali sekala cari buku yang senang untuk dibaca untuk mereka baca sendiri. Bantu mereka baca waktu ada kelapangan. 

Sama-sama kita doakan anak-anak kita semua menjadi insan yang mulia dan berjaya serta dapat contribute kepada komuniti. 



Keseimbangan Untuk Anak-Anak

Setiap anak tu anugerah daripadaNya.

Kita kena banyak bersabar bila tindakan mereka berbeza daripada apa yang kita harapkan.
Kadang-kadang sebagai ibu/ayah kita terlalu menaruh harapan yang tinggi pada anak kita.
Kita kena ingat, dulu kita tak pandai pun macam yang kita nak mereka pandai. Ada yang nak anak dpt no.1, 5A, full 10A, dah boleh membaca dan menulis macam budak 8 tahun pada usia 4 tahun.
COME ON IBU, AYAH!!!

Mari kita tanya diri kita. Kita tu dulu macam tu ka? Ada tak mak ayah kita dulu pukul, marah , pressure kita study , homework, tuition sampai anak-anak tu tak kenal zaman. Hidup dalam stress.

Sebenarnya sikap ibu/ayah begitu dulu mereka tak macam tu, tapi MEREKA NAK MACAM TU. Nak 5A, nak 10A. kenapa? sebab nak jadi bahan cerita. sebab nak rasa bangga. Sepatutnya kita nak buat bahan cerita dan berbangga dengan kejayaan kita. Bukan dengan kejayaan anak-anak. Kita bangga untuk mereka. Apa pun jangan sampai mereka tak ada zaman kanak-kanak. Hormatilah mereka.

Hidup ni kena balance , dunia dan akhirat. untuk dunia bagi anak-anak mereka kena balance antara belajar dan keseronokan zaman kanak-kanak. Tidak kita lupa untuk lengkapkan mereka dengan solat dan Alquran.

Mari lah kita sama-sama jadi ibu/ayah yang rapat dengan anak-anak , mesra dan memahami kehendak anak-anak. Anak-anak yang sayang ibu bapa mereka, mereka akan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Banggalah dengan anak-anak kita apa pun keputusan peperiksaan yang mereka dapat. Jika keputusan mereka teruk, berilah mereka peluang dan kata-kata supaya mereka akan cuba lebih baik. Kenal pasti apa yang effect kepada keputusan mereka. Terlebih games ke? terlebih telephone ke? terlebih bola ke? terlebih sosial ke?

Apa pun jum sama-sama kita jadi ibu / ayah disayangi dan dihormati.