Tuesday, May 30, 2017

Amalan Surah Al-Kautsar Di Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya kongsikan amalan yang diamalkan bersama anak-anak. 

Semasa sahur, setelah habis menjamah makanan dan minuman, sebelum minum air yang terakhir (kami minum air kosong) bacalah surah Al-Kautsar. 

InsyaAllah dapat kurang rasa dahaga di siang hari waktu berpuasa. Anak-anak di rumah memang amalkan , insyaAllah izin Illahi tidak rasa haus atau dahaga. 


Surah Al-Kautsar


Ertinya:
 (1)
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
(2)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(3)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


selamat berpuasa

~Bidadari

Wednesday, May 24, 2017

All About Internet

Tahukah kita sekarang bila dilihat ramai benar penggangguran. Zaman telah berubah. bila dibualkan "All About Internet". Sekarang permintaan untuk pekerjaan atau business kebanyakkannya berkaitan ICT /Programming/Internet.

Kebanyakkan business makin berjaya sebab wujudnya Internet dan ICT . Semuanya menjadi "borderless". Artis pun menjadi famous dan kaya sebab Internet di hujung jari.

Diruang mencari pekerjaan, pelajar ICT/progammer/system analyst/analyst programmer/software engineer mempunyai peluang yang luas.


Sekolah pun telah membuka peluang kepada setiap pelajar belajar ICT di sekolah. Kerana Kerajaan telah tahu masa hadapan IT/Internet merupakan peluang untuk pekerjaan masa depan.

Anak-anak sekarang makin bijak, insyaAllah mereka akan cepat mempelajarinya.

Sebagai ibu/bapa/penjaga marilah kita memberi peluang untuk mereka mempelajarinya.

jom kongsi , apa kata anda.

~Bidadari

Selamat Berpuasa Semua

Alhamdulillah. Syukur pada Illahi telah diberikan kesihatan, nafas dan akal untuk kita menyambut Ramdhan yang bakal tiba bermula 27 May 2017.

Dengan kesempatan ni saya memohon maaf kepada semua. 

Dalam kita beribadah, kita juga jaga kesihatan agar sentiasa cergas dan sihat.


#kementeriankesihatanmalaysia #jomminumair

Thursday, April 20, 2017

Aloe Vera Gelly


Rasanya bila ada blog ni adalah terbaik bila kita dapat kongsikan apa yang boleh dimanfaatkan bersama. 

Setiap kita mesti nak cari produk terbaik utk keluarga. Betul tak? Kita akan sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak dan keluarga. Semoga Tuhan Yang Maha Berkuasa akan menjaga kita semua. 

Dalam pada itu, tidak dapat dielakkan sesuatu terjadi disebabkan oleh ujian Illahi. 

Di sini Bidadari nak kongsikan Aloe Vera Gelly daripada brand Forever Living yang sangat bagus. Serbaguna, berdasarkan pengalaman sendiri:
  1. Anje jatuh skateboard , terbelah di bawah dagu, alhamdulillah lap darah, sapukan aloe vera gelly. Sejuk dan tak sakit. 
  2. Muka anak-anak remaja naik bertih /biji-biji halus panas/ruam, dipakaikan sebelah malam, kurangkan ruam muka. 
  3. Boleh pakai utk luka/ terkena pisau
  4. Sapu bila naik gatal-gatal atau nyamuk. 
  5. Kawan eczema di kaki , dia kata sejuk dan kurang gatal dan kering, itu baru pakai sekali -dua. 
  6. Melembabkan kulit wajah, kurang "wrinkle" sapu di muka waktu malam.
  7. Snowy si kucing gebu kat rumah bila naik gatal-gatal (duk garu sebab gatal) sapukan ini je. 
  8. Si OJ si kucing orange kat rumah yang asyik kena buli dengan Mr Z sampai berdarah, sapu ni je alhamdulillah. 
  9. Anak jiran ke benda panas dan melecur di jari dan kaki , sapu ni cepat baik. 


Serba ringkasnya #AloeVeraGelly baik sebagai produk serba guna di rumah. Boleh je dari anak kecil hingga ke dewasa. Sebab Aloe Vera Gelly ni tiada bahan memudaratkan kalau termakan/binatang jilat pun tiada masalah. Boleh je google utk maklumat tambahan. 

Memang ada brand lain juga. InsyaAllah kebaikannya sama sebab asalnya dari aloe vera juga.
Saya lebih selesa cerita dari pengalaman sendiri.  

~bidadari.

Aloe Vera Gelly available at Carousell @hmj_biz

Monday, June 13, 2016

Resepi Nasi Tomato Noxxa

Setelah lebih dari 6 bulan saya beli periuk Pressure Cooker (PC) Noxxa. Beli sebab nak menggantikan pressure cooker yang dah rosak. Sambil tu lepas survey semua insyaAllah ini pilihan terbaik.

Lepas beli, biasalah bukan selalukan kita nak masak guna pressure cooker ni, kalau tak kerana masak resepo daging atau tulang memang berkepuk lah dia dalam almari. Tapi periuk PC Noxxa ni kita boleh buat lebih dari tu. Wah!!! cakap macam terror. Tapi sebenarkan kecut perut nak guna sebab tak pandai. Beli pun minta adik belikan, masa dia mula nak tunjuk tu kita pulak tak sempat nak tengok sebab menu dah masak. Masak dengan PC Noxxa ni memang cepat betul. hmm macam tak percaya Nasi Tomato yang first time kita buat semalam siap dalam tempoh 10 min... percaya tak ?
Alhamdulillah sedap. Yang penting anak-anak suka habis.. ingat masak lebih untuk makan sampai sahur... :)

Biasa lah ibu yang duk bekerja dengan keadaan sekarang temporary maid tak ada ni sementara nak tunggu yang baru datang (dah landing dah..tengah tunggu agent hantar insyaAllah Khamis ni).

Jom saya nak share cara guna yang mudah dan resepi Nasi Tomato.

Resepi Nasi Tomato


Bahan-bahan:

A. Bahan Tumis
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 helai daun pandan
2 batang serai
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 inci kulit kayu manis

2 sudu besar minyak sapi (optional)
2 sudu besar minyak masak

B. Bahan Masak
1/2 pot susu cair
2 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah / 6 biji tomato cherries - dicincang
4 pot air
garam secukup rasa
1 genggam kismis
3 pot beras - dibasuh bersih


Cara-caranya (rujuk pada gambar):

1- Sediakan bahan tumis (A). 

2- Sediakan bahan masak (B).

1st Masak Menggunakan Menu STIR FRY.
a. Lepas ON plug. 
b. Tekan menu Stir Fry dan tekan ON (butang merah)
c. Masukkan Minyak Sapi dan Minyak Masak.
3. Bila minyak dah agak panas (minyak sapi cair), masukkan semua sekali bahan tumis A.
4. Sekali sekala kacau sehingga naik bau dan bawang menjadi agak kekuningan.
5. Masukkan Susu Cair, tomato puree dan tomato buah.
f. kacau sekali dua, masukkan garam dan kacau (jangan masin, agak rasa garam)
5. Masukkan kismis dan air. 
h. Bila mendidih terus tekan OFF (butang merah).


2nd Masak Menggunakan Menu High Pressure.
6. Masukkan beras dan kacau.
7. Tutup periuk PC Noxxa dan pusingkan tombol ke Titik Pressure.
8. Tekan menu High Pressure sebanyak 7 kali untuk 7 minit. 
(saya cuba 7 minit, tapi saya nak sarahkan supaya cuba 8 minit)
9. dan tekan ON (butang merah)
Bila nasi dah masak, akan dengar bunyi. Jangan terus buka tudung periuk.
Bahaya. Kan dalam keadaan Pressure! 
Ikut Langkah 10.


Tips: JANGAN BUKA TUDUNG PERIUK. 

10. Pusingkan tombol ke Titik Steam. 
Tips: JAGA-JAGA NANTI WAP akan TERUS KELUAR, KUAT. 
Jangan dekatkan muka.
dont worry, ini hanya sebagai panduan terutamanya yang first time guna. 
Nanti habis muka jadi merah macam udang bakar hehehehe

Bila dah habis semua wap air keluar, baru buka penutup periuk.

11. Macam tulah rupa bila buka. 
12. Kacaukan nasi dan tutup sekejap untuk lebih mesra.
Lampu pada periuk PC Noxxa akan menyalakan menu Reheat. 

Sedia untuk dihidang. :) 

Selamat mencuba. Makan pula dengan Ayam Masak Merah, perghh sedap.


~bidadari~