Wednesday, September 7, 2011

Resepi Nasi Kerabu Bidadari

Saya bukan pandai sangat memasak, cuma apa yang boleh dibuat insyaAllah buat dan secukup untuk enak anak tekak suami dan anak-anak. Ini lah resepi yang dijanjikan untuk rakan sekerja macam mana nak masak nasi kerabu. Ini nasi kerabu saya lebih kurang resepi nasi kerabu Kelantan yang diikut dari Buku Masakan Rasa Malaysia. Lain kali saya update sedikit pasal Buku Masakan Rasa Malaysia..

Nasi Kerabu Bidadari

Menu utama
1- Tumis
2- Kelapa
3- Kerabu sayur

Sampingan
4- Ikan gorengtepung
5- ayam goreng
6- telur masin
7- solok lada (tak ada dlm gambar, lain kali ye kawanku)








1- Tumis

Bahan-bahan [Tumis]:
1- 1 cawan Santan (paket) + 3 cawan air
2- 1/2 sudu besar cili mesin (ikut kepedasan)
3- 4 ulas bawang kecil ditumbuk halus
4- 1 batang serai diketuk
5- 1 keping asam keping
6- 2 sudu besar gula putih
7- 1 sudu kecil garam halus (ikut rasa)










Caranya [Tumis]:
1- Masukkan semua sekali dalam kuali dan masak atas api sederhana.

Tips:
~ kacau sekali sekala dan selalu... sampai agak pekat.
~ bila dah lama sikit kecilkan api untuk pecah minyak dan masak!
~Sambil masak tumis, jum kita sediakan kelapa.








2- Kelapa
Bahan-bahan [Kelapa]:
Bahan A
3 sudu besar Kelapa parut

Tips:~ Kalau suka kelapa lebih boleh tambah kelapa.
~The best is kelapa parut fresh asli
~Saya guna kelapa parut dalam tin, bau & rasa sama .. hmm naik bau kelapa bakar, sedap..., sesuai untuk kita di kota yang susah nak dapat kelapa parut fresh.









Bahan B

1- 2 ekor ikan kembung bakar, diambil isi sahaja (dibuang tulang)
2- 4 ulas bawang merah
3- 1/2 inci halia
4- 1 sudu kecil lada sulah
5- 1 sudu besar gula putih
6- 1 sudu kecil garam

Caranya: Bahan A [Kelapa]
1- panaskan kelapa parut atas api sederhana
2- goreng kering kelapa parut, kacau selalu.

Tips:
~ kacau selalu jangan tinggal nanti hangit.
~ kelapa tin dah sememangnya kering jadi cepat masak.
~kacau hingga agak-agak kuning terus angkat, jangan tunggu sampai all gold sebab nanti hangus. bila kita angkat ia akan heat dalam bekas dan akan jadi golden.

~ Memandangkan anak dara ada, jadi sambil saya tumbuk Bahan B, dia akan goreng kelapa. (Bagi yang ringan, ringan aje).





Caranya: Bahan B [Kelapa]
1- Tumbuk bawang merah dan halia hingga lumat
2- Masukkan isi ikan bakar dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul dengan bahan tumbuk (1).
3- Masukkan lada sulah, garam dan gula dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul.

Bahan A + Bahan B

4- Masukkan kelapa goreng, "lembut-lembut" sambil gau.
5- Ceduk masuk dalam bekas.








3- Kerabu Sayur
(Maaf gambar tak ada)

Bahan -Bahan [Kerabu Sayur]

Bahan Mesti ada baru best:
1- 1 batang serai - dihiris nipis bulat-bulat
2- 1/2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
3- sejemput daun kesum (daun shj) - dihiris halus
4- segenggam tauge
5- timun dihiris jejari halus
+
Bahan yang menambahkan kemesraan kerabu
6- daun selom (yang selalunya dibuat kerabu mentah)
7- kobis
8- "apa apa daun yang suka"

Caranya [Kerabu Sayur]
1- masukkan semua sekali dan gaulkan rata.

Tips:
~ 1- daun-daun dipotong bila nak makan, kalau tak agak kurang fresh.
~2- lebih halus lebih sedap senang nak makan.
~3- jenis daun yang nak ditambah ikut suka hati.

4- Ikan GorengTepung
(Maaf gambar tak ada)

Bahan-Bahan [Ikan GorengTepung]:
1- 3 ekor ikan kembong - dikelar di bahagian perut
2- 2 sudu besar tepung beras
3- 1/2 sudu kecil kunyit
4- 1 sudu kecil garam
5- sedikit air
6- Minyak masak - secukupnya

Caranya [Ikan GorengTepung]:
1- Masukkan dalam bekas tepung beras, kunyit, garam dan sedikit air.
2- kacaukan bahan tadi hingga agak pekat.
3- celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.

Tips:
~ dikalis/diterbalik-terbalikkan ikan yang digoreng agar masak masa rasa dan cantik.

Selamat mencuba.

kepada anak-anak mummy yang rajin membantu, tq and love u guys..
Tasha - masak dan potong sayur
Ajeem - tumbuk bawang dan ikan
Yasmeen -

Friday, August 5, 2011

Nasihat Untuk Kawan-Plumbing


Buat kawan-kawan tak kira di mana jua... berhati-hati bila memilih plumber. Tak kisah la kita ni wanita ke lelaki ke.. sudah banyak kes Bidadari dengar terutamanya di kawasan Bidadari.

Kalau boleh tak perlu lah simply ambil card yang diselitkan di pagar rumah untuk panggil repair electrical wiring, plumbing etc. Banyak yang terkena mereka akan datang dan repaired lepas tu the cost exorbitantly .. really unexpected.

Perkara ini berlaku pada jiran dan kawan yang tinggal di kawasan kami. Nak repair paip sink tersumbat je. Segan (malas +malu) nak bertanya called dari namecard yang terselit kat pagar. Kerja dah siap, sempoi je la.. habis cikai pun dalam RM80, 1 sink je pun. Sekali bila tanya berapa dia kata "RM4000". Imagine! boleh ke kos RM4000 untuk bayar sink tersumbat. Semalam Bidadari panggil plumber repaired lubang toilet tersumbat termasuk 2 sink pun baru RM150. Huh!!! charged ini berlaku pada 2 orang berbeza tapi amount yang sama.

Nego punya nego, plumber tu dah la katanya macam gangster, siap bawa geng buat ancaman lagi, takut nanti diapa-apakan pada keluarga, gengster ni bersetuju sorang tu dia bayar RM2000 dan sorang lagi RM3000.

Sebagai peringatan untuk semua termasuk diri ini, berhati-hati dan kita ingat pesan ini "Malu bertanya sesat jalan". Kalau kita baru di kawasan itu apa salahnya kita tanya dengan jiran tetangga yang kita kenali (sambil kenal mengenal) sesiapa /syarikat yang mereka biasa , kerja bagus, bersih dan boleh trusted untuk bantu.

Sama-sama kita berkongsi.

Skandal Ais Lemon Tea


Bila tengok air ni.. memang terliur, especially bila dah masuk dalam pukul 5 petang.. fuh mencabar jangan kata anak-anak, mak anak pun tergoda.

Sedapkan.. itu la buat anakku Ajeem duk kepingin sangat. Jadi, pi sekolah sampai-sampai ja tengahari tu pergi beli kat kantin awal-awal simpan dalam meja kelas.





Kat sekolah biasanya jual yang botol dan tin. Ajeem tak main la yang dalam tin, kecik! Beli yang botol , 1 botol. Member ni apa lagi semangat la balik nanti nak berbuka dengan air lemon tea.. tak sabar, tak sabar.

Yang nak dijadikan skandal ni... waktu rehat jam 3:10 petang kat sekolah semua kena turun, ada yang baru nak "bersahur", Ajeem kata kawan-kawan dia bawa air dan makan kat kantin sebab lepas tengahari (lepas waktu rehat) mereka berpuasa. Alhamdulillah anakku ni walaupun sahur jam 11:30 pagi ada la juga ertinya tak boleh makan dan minum lepas tu.

Yang nak dijadikan skandal ni..(ok, ok dah sampai bab skandal) lepas waktu rehat dan member naik kelas tengok-tengok air ice lemon tea dia dah tinggal botol kosong. Ada member kelas dah bedal!.. Aduh.. nangis dalam hati la.. sedih, pilu, kejam dengan tindakan kawan yang sanggup minum sampai habis, tinggalkan botol kosong pulak tu.Sampai hati.

Bila balik rumah, mengadu la kat mummy, dia dahaga la mummy, dia puasa tak minum apa-apa pun. "Air Ice Lemon Tea Ajeem beli tadi ada orang minum sampai habis." Sedih juga mummy dengar terdahak anakku, dah la lembek berpuasa. Mungkin budak tu aim dah masa masuk kelas awal-awal hmmm sedap.. sejuk ... walauapa pun tak kisah la bab nak minum.. teringin hak orang, standard nature of anak-anak, tapi kenapa la minum sampai habis tak tinggal sikit untuk tuan empunya.

Memandangkan mummy dah belikan air "Blue Lemon" dan "Air Bandung" dekat pasar ramdhan tadi, kita minum dulu air yang ada. Jangan membazir, Alhamdulillah Ajeem boleh tunggu esok untuk mummy belikan untuk berbuka nanti. Nampaknya Ajeem dah serik nak beli kat sekolah...

Gitu la skandal bulan puasa tidak dapat tahan nafsu keinginan Ice Lemon Tea.

Thursday, August 4, 2011

Jahitan manik jubah


Inilah hasil untuk meng-3D menggunakan manik.. 1 hari menenungnya, tak nampak?

Kat tengkuk dan deretan ke bwh ikut bunga dan ranting... Utk kepuasan diri.. kalau tak kosong sangat.. ada la tambah skit kat tangan, lupa pulak nak ambik gambar.

Kepada kawan-kawan yg bersemangat menjahit manik. Go Go.. u can do it.. Go Go Power Rangers!