Thursday, June 9, 2016

VCO Anti Bakteria Baik Untuk Kucing

Assalamualaikum semua, Selamat berpuasa.
Semoga puasa kita hari ini lebih indah dengan ibadah kita kepada Allah dan kebaikan kita semasa manusia dan binatang. 

Anak-anak memang sayangkan kucing, tak kisahlah kucing sendiri ke kucing orang ke kucing terbiarkan. Asal nama kucing aduhai lentok semua. 

Semua dalam keluarga memang suka sangat kat kucing. 

Saya ingin kongsikan remedy untuk binatang menggunakan VCO, Virgin Coconut Oil atau Minyak Kelapa Dara. 
Tahun tak VCO ni sangat mujarap untuk membasmi kuman sebab ianya anti bakteria. 

Pengalaman sendiri, Maro kucing Kak Min (my lovely Cousin) tiba-tiba dapat penyakit allergic yang dia gatal dan garu sampai berdarah. 
Macam-macam Kak Min dah buatkan siap pergi Vet dan bagi antibiotik. Miro ni sampai tahap Vet bawa balik rumah dan jaga. 
Tapi tak baik-baik. Vet pun tak pasti penyakit apa, cuma confirm buka sporro. 
Sedih sangat bila dengar cerita sebab keadaan dia sangat teruk, luka berdarah. Imagine lahkah, kucing bukan boleh bercakap dan boleh ubatkan diri sendiri. Kak Min sangat sayang Maro. Kak Min ni macam ibu mereka. 

Bila saya dapat tahu, saya cadangkan Kak Min sapukan VCO sebab ianya macam disebabkan bakteria /kuman. Kak Min pun cuba, alhamdulillah.
Dekat 2 minggu juga duk sapu TIAP-TIAP HARI kat luka Maro dah mula nampak kering. Kita yang dengar pun happy tambah lagi Kak Min,suka sangat.
Bila kami nak Vietnam selama 4 hari, Kak Min siap hantar Maro dan kakaknya ke Vet bersama VCO. Vet pun kenalah ;) sapu VCO tiap-tiap hari kat Maro. :) 
Alhamdulillah Maro dah baik dari luka yang tak tau kenapa tu. :)




Di rumah saya memang sentiasa ada VCO. OJ (Orange Juice) kucing liar yang dibawa balik kurus kering dengan hidung beringus all time. 
Bila bawa ke Vet, Vet cakap dia ada sinus. Huhu Kucing pun ada sinus. Kesian kena injection dan kena makan ubat. Tapi lepas tu datang balik beringus hidung. Yang tak tahan tu kalau bersin tu siap warna kuning lagi... errgggg itu macam infection jer. Kami pun mula bagi OJ VCO. OJ sangat suka jilat vco senang tak payah nak sumbat bagi minum. Alhamdulillah dah baik. 

Bila kucing kat rumah kena kurap kucing, memang working. Cubalah, sapu jer. Nak lebih effective bila dia jilat sikit VCO tu. memang anti bakterialah. It works!!!
Kucing demam pun sekarang kami kurang bawa gi clinic, bagi jilat VCO. Tak perlu banyak cukup 2 3 titik.

Cuba lah. Sama-sama kita berkongsi.

1 comment: