Tapi itulah dikatakan perancangan, kita sebagai hamba hanya dapat merancang tapi Allah yang menentukan. Dalam memberikan hint kepada Tok Ani dan Wan yang sanggup untuk menjaga cucu-cucu merek, tidak terkata apa-apa. Daddy dengan rasa kagum akan mak dan ayah mertua yang sanggup untuk datang duduk berbulan-bulan memerikan kami peluang cara dan tindakan terbaik untuk menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak, hati lembut Daddy tak sampai hati nak menyokong Bidadari untuk terus memilih pilihan 3.
Pilihan yang 1 dan 2?
No.1 ( Pembantu local) lupakan je lah. walaupun masa belum tamat tapi rasanya dah tak nak direnung-renungkan.. Dah offer gaji RM1000 - RM1500 dan cuti tahunan. Tak ada yang pandang. Walaupun nak untuk 2 bulan ni sahaja pun tak ada yang nak.
No.2 (Transit) agak complicated untuk Bidadari. Mungkin ok untuk orang lain. Macam-macam dalam kepala ni melanda, tak sampai hati lah, terlalu awal sebab Bidadari bergerak ke ofis 6:20am, kalau nak hantar ke transit kena bergerak pukul 6:00pagi dan nak kena bawa budak-budak bersama.. tak apa lah tu semua pun alasan ... mungkin tapi tidak bagi Bidadari...balik kepada tak sampai hati.
Jadi, keputusan akhir adalah dapatkan semula pembantu rumah.
Mulanya memang dah serik.. tapi manusia ni mudah lupa.. jadi rasa serik makin tipis sebab keperluan anak-anak kena didahulukan dan tak sampai hati nak kecewakan Tok Ani dan Wan. Dari dalam perut Tok Ani dan Wan jaga Bidadari.. sampai sekrang masih menjaga Bidadari dan cucu-cucu.
Cadangan awal nak berbalik kepada Indon pulak lah. Tanya agen lama (Innovedge) RM9000. Agen di Bkt Jelutong RM8500. wooii memang parah ni. Kalau ambil ni dah kira Bidadari dah spend RM11000 (yg lari) + RM9000 = RM20K. Crazy!!!! boleh pi oversea travel puas hati.
Kalau ikut kontrak dengan agensi, replacement RM4500. Nego punya nego ... memberi tunjuk sebab yang agak munasabah... lari kurang dari 90 hari .. hmm, jadi Directors agensi tersebut sanggup turunkan harga kepada RM3300.
Antara RM8500 vs RM3300. Keputusan akhir, kami proceed dengan RM3300.
Jadi sekarang profil dah pilih, borang untuk application semula untuk profile baru pun dah ready. Harap dapat sampai seperti yang dijanjikan dalam 25 working days.
Sebelum ni memang mereka kota 20 working days tapi agen cakap sebab banyak sangat kes, jadi proses agak ketat dan sedikit lewat.
Kali ni Bidadari buat live interview, interview sendiri maid yang dipilih melalui skype. Sangat convenience. Dalam youtube semua soalan dan jawapan standard jer. Jadi kali ni nak tanya sendiri soalan sendiri.
Salah satu kriteria yang Bidadari reject masa pilihan kali ni ialah profile yang menunjukkan pengalam bekerja sebagai "sales", "cashier", atau mana-mana yang melibatkan mereka bekerja bebas. Bila nak kerja sebagai pembantu rumah, mereka kena duduk di rumah tak jumpa orang , buat kerja routine... jadi mula la rasa bosan dan creative nak lari.
Oklah, pilihan dah dibuat... semoga yang datang benar-benar nak kerja. Semuanya hanya boleh berserah sahaja. Amin.
~Bidadari
No comments:
Post a Comment