- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Sedap pulak kali ni dengar cerita pasal sejarah dan kelebihan Ayat 1000 Dinar. Daddy memang pandai bercerita, naik semangat dan minat pulak nak membaca kisahnya.
Sejarah Dinamakan 1000 Dinar
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilandaangin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
selebihnya bolehlah layari http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/20/kelebihan-dan-hikmat-ayat-seribu-dinar/ Malah di Shafiqolbu, beliau berkongsi pasal pendapat ulama', amalan dan khasiat ayat ini. Wallahu'alam.
Yang baik kita ambilkan jadi amalan dan teladan.. selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Tidak saya disini nak komen selebihnya cuma hanya ingin berkongsi.
Boleh juga kalau nak baca surah At-Talaq secara online. Malah untuk surah-surah yang lain pun.
Boleh juga kalau nak baca surah At-Talaq secara online. Malah untuk surah-surah yang lain pun.
~Bidadari.
assalam..mohon share.. syukran jazilan wa kathiran,, :)
ReplyDeletemohon share..
ReplyDeleteSilakan, Yang baik kita jadikan amalan bersama ye Ms Hanifah dan Ms Nur Syuhada
ReplyDeleteSangat bermanfaat..terima kasih yee admin :)
ReplyDeletesama-sama :)
DeleteThanks, i would like to share this
ReplyDeletesila -sila
DeleteSempena Ramahdan Al Kareem jom kita amalkan semoga sama-sama kita dapat keberkatan dan dimurahkan rezeki yang tidak dijangka.
ReplyDeletePerkongsian adalah terbuka buat semua malah sama-sama kita berkongsi dibulan mulia ini menambahkan lagi pahala :)
Terima kasih at as perkongsian
ReplyDeletealhamdulillah. jom kita sama-sama amal. tiada perkataan terlewat selagi kita ada masa untuk teruskan untuk kebaikan.
ReplyDeleteMohon ambil gambar tulisan ayat seribu dinar diatas admin moga dimurahkan rezeki
ReplyDelete