Wednesday, June 8, 2016

Resepi Ayam Goreng Bersos

Bila nak cari sedikit kelainan dan nak cepat mesti kena fikir resepi yang palinggggg mudah. 
Mudah, sedap dan disukai anak-anak. Daddy pun suka. :)

Tambahan pula di bulan puasa waktu sahur, kadang-kadang tu mula la jem terus nak masak apa yang fresh di pagi-pagi gelap gulita.

Ini saya nak kongsikan resepi mudah Ayam Goreng Bersos senang dan sempoi. Bukan setakat sahur time berbuka pun sodap juga. Petang ni boleh buat terus. 

Ayam Goreng Bersos




Ayam - dipotong kecil-kecil
garam
kunyit
sos cili
sos tomato
sos tiram
kicap
biji lada hitam (ditumbuk) - 6-10 biji
serbuk lada putih - sedikit
Optional: serbuk cili/cayyen atau cili bo/blended chilies - ikut pedas yang disukai


Caranya:
1- Gaulkan semua sekali dan diperapkan sekejap (10minit).
2- Goreng seperti biasa. 

Tips:
1- menggunakan biji lada hitam lebih sedap. Boleh juga nak guna serbuk lada hitam. Atau boleh juga tak nak masukkan langsung.
2- Jangan dikalih/terbalikkan terlalu awal semasa menggoreng. Jangan terlalu lama dibiarkan. 
Agak-agak masak sedikit dan berkulit je, terus diterbalikkan. Ini nak pastikan masak sekata dan kulitnya yang bersos tadi tidak hangit. 

Selamat mencuba.
~bidadari~

No comments:

Post a Comment