Thursday, October 2, 2014
Bila Bukit Jelutong Dilanda Ribut
Tuesday, September 23, 2014
Oil Pulling Therapy for Oral Care
- Swish gently. If your jaw starts aching after five minutes, slow down. You’re working too hard!
- Do not swallow the oil while swishing. if you find it hard not to, you likely have too much oil in your mouth. Spit it out and try again with a smaller amount.
- Once you have finished pulling, spit the solution into the trash. Do not discard the oil in the sink or down the toilet because over time the oil may build up and clog the pipes.
- Do not drink anything before rinsing your mouth. Rinse with water first before consuming a beverage.
Friday, September 19, 2014
Jom Makan Stew Kambing - MZ Cafe Sup Power
Lawatan ke MNZ Cafe di Batu 10, Teluk Panglima Garang, Klang atas jemputan baru buka kedai tersebut tidak sia-sia. Kami pergi satu keluarga tanpa Abang Jimo. Mamashun bersama anaknya Hafiz Dino tak nak melepaskan peluang untuk sama-sama rasa Sup Power.
Kehadiran kami disambut oleh tuan kedai dengan penuh mesra. Beliau macam tak sabar nak kami menikmati resepi tersendiri tanpa perasa.
30 minit dari Shah Alam ke Teluk Panglima Garang. Kami guna waze kerana pertama kali ke sana, Melalui SKVE cepat smooth dan terus sampai dengan coordinate GPS yang diberikan. Memang tujuan nak gi makan petang dan nak hirup sup. Tambahan pulak bila dengar cerita Stew Kambing sedap.
MZ Cafe baru buka tapi nampaknya stew kambingnya berjaya memikat hati Anje dan semua. Tengok mereka makan tak pandang dah orang keliling. Stew set bersama Roti Perancis yang lembut tu yang lagi syok. Ada juga pilihan disediakan bersama nasi, mee, meehoon dan kuey teow.
Selama ni Bidadari hanya makan lamb chop atau kambing golek. Kali ni first time saya makan stew kambing, sedap! Tu yang masukkan ke dalam entry ni.
Anje habis semangkuk stew, makan sup tulang pulak. Kakak Tasha dan Daddy suka betul dengan Sup Kambing.. Oppsss sedap makan lupa nak ambil gambar. Ni, kakak Tasha dah ajak gi sekali lagi, nanti saya akan update gambar sup kambing dan sup tulang.
Harga yang ditawarkan pun berpatutan, sup dalam RM6.00 dan lamb stew RM8.00. Menu dan harga minum yang lain kena hadir sendiri, tengok sendiri baru syok.
Alamat:
MZ Cafe
No. 190, Jalan Sekolah, Batu 10, Teluk Panglima Garang, Klang, Selangor.
Boleh ikut SKVE atau KESAS Highway.
GPS Coordinate: 2.915556, 101.488031
Kalau nak rasa stew kambing , sup kambing, sup daging dan sup tulang yang sedap boleh singgah di MZ Cafe, Sup Power.
Thursday, September 18, 2014
Doa Amalan Terang Mata Ustaz Amin
Monday, July 14, 2014
Anje Berinai Untuk Raya
Semua orang akan sebuk berinai di dekat dengan raya.
Selalunya ada dekat Semua House, Jln TAR, KL tu siap ada orang ambil upah kat tepi-tepi eskelator.
Tapi anak manja sorang ni sangat berbakat.
Sunday, July 13, 2014
Gaya Mereka
Tiga beradik yang seperti satu kumpulan rappers Ini mood pakai hood. Yang paling gombira mestilah adik yang sentiasa nak geng dengan abang-abang.
Bila dua tiga kali tengok... wow besarnya Anje. Dah tinggi.. :) berbanding dengan abang Ajeem darjah 4 dan abang Jimo darjah 6.
Semalam Anje ada tunjuk youtube Upin Ipin. Tiap-tiap hari dia suka lah layan youtube UpinIpin ni. Sebab banyak cerita baru. Salah satu adengan yang sangat menyentu hati adalah masa Kak Rose jahitkan baju raya untuk Upin Ipin (cerita lama).
Anje: Mummy, cuba tengok ni.
Kak Rose tunjukkan baju raya baru untuk Upin Ipin. "Baju untuk adik-adik kesayangan akak."
Kak Rose terus peluk Upin Ipin. "Sayang adik-adik akak".
(Lebih kurang gitulah skripnya)
Anje: Mummy, kenapa kakak (Tasha) tak peluk Anje macam ni?
Dengan wajah yang sgt frust.
Anje: Anje nak la macam ni. Kakak kena la buat dulu.
Mummy: Ok, nanti mummy akan cakap dengan kakak.
terharu juga dengar permintaan anak bongsu sorang ni.
Terkejut kakak bila Anje cakap macam tu. Hmm.. biasa lah anak remaja yang stay macho...harap-harap kakak akan lebih emahami adik. Kalau dengan Jimo yang penyayang tu memang akan dipujuk abang, dipeluk... Nasib baik ada abang Jimo yang berjiwa sentimental. :)
Seronok melihat kerenah anak-anak membesar. Memang ada pelbagai ragam, tapi elaklah kita melepaskan geram, marah pada mereka. Jangan kita menyesal bila besar mereka tidak mesra dengan kita. Mereka membesar dan belajar dari persekitaran.
Cerita pasal ni, tak payah lah kita nak tunjuk yang kita ni tegas sampai tengking-tengking anak, tinggikan suara depan orang. Walaupun mereka kecil tapi mereka tau akan perasaan malu. Mana adap kita sebagai ibu bapa yang menjadi contoh buat mereka. Kalau mereka salah ckp dengan baik. Setiap anak mesti ada soft-spotnya.
Let's enjoy our weekend...
~Bidadari
Thursday, July 10, 2014
Resepi Sambal Nasi Berlauk
Tak kena la kalau makan nasi berlauk kelantan dengan sambalnya. Tapi anak-anak tak tahan pedas jadi kita jer lah yang makan.
Cuba lah, insyaAllah jadi. Rasanya resepi ni juga untuk sambal cili nasi kerabu... hmm kalau ada resepi yang lain boleh kita kongsi.
~Bidadari
Wednesday, July 9, 2014
Resepi Nasi Berlauk Kelantan
Simpan Blender Dengan Kemas
Monday, July 7, 2014
Resepi Ketam Masak Bercili
Dulu-dolu masa belum dapat resepi dan diajar, memang selalu makan di kedai masakan Chinese Muslim. Sekarang ni adik ipar ajar kita macam mana nak masakkannya.. apa lagi, cuba sekali jadi.. mesti mau cuba lagi.
Ketam Masak Bercili
1 biji buah tomato
1/2 inch lengkuas
1 inch halia
1 ulas bawang putih
(Tips: tangan ketam yang keras tu diketuk sedikit supaya senang nak makan nanti)
Bahan C:
2 - 3 cawan air (1/3 daripada ketinggian ketam dalam periuk.)
1/2 sudu kecil Garam
Rebuskan ketam untuk 5 to 10 minit,
(Tips: kalau masuk banyak rugi air ketam nak guna sedikit jer, dalam 2 cawan sahaja.
Rebus ketam sekejap jer, bila dah merah kulit ketam tutup api)
Kita guna kuali besar Tok Ani belikan.
Bahan C:
3 sudu Minyak
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 biji telur
Masukkan minyak untuk tumis.
Tuangkan Bahan B.
Tumis sampai agak kering dan naik minyak.
(oppsss, saya guna minyak kurang tu kurang nampak naik minyak, jaga kolestrol hehehehe)
Dah naik minyak, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.
Masukkan 1 cawan air ketam, garam, gula dan kacau rata.
Masukkan ketam dan kacau rata.
Masukkan 1 cawan air ketam (ikut banyak mana kuah yang kita suka)
bila mendidih, masukkan telur dan kacau.
Mendidih, tutup api.
Selamat mencuba.
Thursday, July 3, 2014
Bersahur Dengan Anje
Wednesday, July 2, 2014
Sekeluarga Sambut Ramadhan 2014
Di ambang Ramadhan sempat ke Mozers, Kompleks D'Bayu, Bukit Jelutong [03-77341783] untuk makan favorite sekeluarga. Mesti la Nasi Makhloba Lamb, Zahra (Bunga Kobis Bakar), Chicken Wings dan air Vimto.
Memandangkan kemeriah di masjid-masjid dan surau , anak-anak pilih nak Terawikh di rumah. Jemaah Isyak dan sambung terawikh. Rasa sangat Ramadhan dan mula.
Anje siap pesan jangan lupa kejut dia untuk bangun sahur. Macam biasa orang yang kecoh nak bercerita tak hingat pulak dia ni jam 4:45pagi semua tak larat nak layan.. hehehehe
Yang tak disangka Anje, Anje puasa penuh untuk hari yang pertama. Siang hari duk nyanyi lagu frozen dan menari.... bila masuk jam 6:00pm tuptup terbongkang.. hehehehe.. Alhamdulillah bila buka puasa seronok dia sebab ada sambal petai, terus terjah tu jer...
Menu memang sempoi.. hampir sama jer menu.. apa nak buat, atas permintaan.. Ayam Goreng Bertepung oleh abang-abang, petai mesti dari Anje.
Masa ini macam-macam cerita ada kesah didikan anak-anak untuk berpuasa. Ada yang tegas. Kami pilih yang moderate. Biar anak-anak rasa nikmat dan memahami bulan puasa. Masa mereka kecil kalau boleh puasa penuh teruskan, tapi mesti kena sahur. Kalau tak dapat puasa penuh, separuh atau 3/4 hari pun mesti kena sahur/makan sedikit sebelum mula puasa.
Masa anak-anak sekolah tadika, mereka akan makan di sekolah atau lepas balik sekolah, lepas tu mula puasa. Masa sekolah petang (Darjah 1-3) makan lepas bangun pagi, lepas tu mula puasa. Dengan galakan dan keseronokan ni , macam abang Ajeem, darjah 3 dah puasa penuh dengan sendiri. Sebab tu kali ni bila Anje puasa penuh wow.. rasa suka sangat. Mesti dia malu dengan abang hahahaha.. Abang mesti akan usik kalau dia berbuka.
Seronoknya bila berpuasa dengan anak-anak yang macam-macam kerenah dan cara mereka sendiri.
Resepi Ayam Goreng Bertepung
Wednesday, May 28, 2014
Kacang Pool Haji di Larkin Sedap
Memang syok dapat makan kacang pool. Selalunya buat sendiri... Resepi temurun Keluarga Haji Noor, keluarga mertua....
Kali dapat makan Kacang Pool Haji do Larkin JB yang glamour tu... Tq kepada rakan-rakan JB yang bawakan.
Sedap.... Yang syok tu roti classic. Merah telur yg 1/2 cook ...meleleh bila dipecahkan...yummy... Kena pulak A is Kacang special...perghh... Memang syok dengan ais-krim vanilla + collar sirap....Fuh...
Aik..tertiba teringat Kat ubi kemili org utara makan ubi direbus dengan nyok (kelapa muda parut yang digaul garam dan gula). Mana nak Cari ubi kemili Kat Shah Alam ni....:b
Seluar Pelikat Ajeem
Ajeem memang suka benar dengan seluar pelikat... Ajeem pakai aje pergi Jalan-Jalan...Subang parade, vacation. .tgk wayang...
Pakai masa mengaji Quran. Tidur Malam... Siap dengan gaya...