Anak-anak ni bila sebuk sayur mesti allergic jer.
Alhamdulillah anak-anak saya , dari kecil saya dah mula ajar mereka makan sayur dan ulam.
Ada yang suka sayur hijau sahaja.
Ada yang suka makan sayur hijau dan ulam.
Anak yang makan ulam tu bila dah ada kesedaran untuk sihat, menjaga kesihatan dan untuk kecantikan. Semestinya anak perempuan.
Permula boleh mula bila-bila sahaja.
Sekarang pun boleh bila anak dah bersekolah.
Malah yang dah tua pun baru nak mula hhehehehe
Masa baby, kita boleh buatkan porridge tambah sehelai dua bayam/sawi.
Kalau baby tak suka, cukup lah dengan separuh atau 1/3 atau 1/4, asalkan ada sedikit.
Anak-anak yang dah diajar dari baby makan sayur bila besar sikit dah pandai tak mau.
Saya tidak pernah menolak permintaan mereka. Tetapi dalam diam-diam saya letakkan sedikit dalam timbunan nasi semasa suapan. hehehehe
kalau letak 1/4 mereka sedar , mereka tak suka, kecilkan lagi portionnya.
Kadang-kadang tu sehingga sekecil besar kuku kelingking.
Tak mengapa, itulah saya sebagai mummy mereka, tidak akan putus asa.
Bila saya tahu mereka dah tak rasa dengan sekecil itu, maka sekecil itulah saya masukkan semasa menyuap mereka makan.
walau pun sikit , lama-lama jadi bukit. dalam perut lah dia jadi bukit, last sekali cukup sebentuk 1 helai daun dalam perut mereka :)
lama-lama boleh dibesarkan sedikit saiz sayur tadi.
kita kena sabar. InsyaAllah lama -lama dia akan makan sayur satu hari nanti.
tak banyak tak apa.
begitu juga saya cuba mengajar anak-anak yang sudah besar sedikit makan ulam.
mulakan dengan kecil dimakan dengan sambal belacan/budu kesukaan.
Nak tahu ulam yang paling saya suka dan wangi: ULAM PUCUK DAUN KARI.
Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya adi dari mhi tv3. Boleh dapatkan contact number?
ReplyDeleteMaaf ye sebab atas kesibukan sebagai ibu bekerjaya baru dapat peluang melihat komen. Terima kasih En Adi sudi masuk ke blog saya.
ReplyDelete