Alhamdulillah, sekarang Anje dah boleh membaca. Mungkin tidak sepantas budak 7 tahun yang lain tapi cukup untuk dia boleh membaca sendiri.
Masa awal tahun setelah 3 bulan bersekolah dengan sikapnya yang kurang gemar ke sekolah, Anje masih belum boleh membaca. Abang-abang dulu memang lancar bila dah masuk 7 tahun.
Bidadari ambil pendekatan mengajar sendiri setiap malam. Cukup lah dengan 1 hingga 2 muka surat, yang penting kualiti. Alhamdulillah Anje sendiri boleh nampak, jika sebelum ni dia rasa demoralise sebab tak pandai membaca, sekarang dia makin yakin dan suka nak baca.
Untuk ibu-ibu yang rasa anak tu lambat membaca, jangan give up atau rasa anak kita tidak boleh. Kadang-kadang setiap anak mempunyai masa tumbesaran dan maturity yang berbeza.
Kita masih boleh berusaha sendiri. Atau kita minta bantuan kawan-kawan untuk mengajar anak kita.
Jom kongsi:
Bidadari memang recommend buku "Bacalah Anakku".
Walaupun Anje dah boleh baca dengan 2 suku kata sahaja, tetapi kami mulakan dengan BUKU 1.
Jika mereka rasa cukup untuk 2 muka surat sahaja, cukup lah untuk hari tersebut. esok pula. Kalau 1 muka surat pun cukup lah.
Masa mengajar jangan marah-marah atau beri stress pada anak. Bila mereka enjoy, esok mereka nak baca lagi.
Lepas habis buku 4, sekali sekala cari buku yang senang untuk dibaca untuk mereka baca sendiri. Bantu mereka baca waktu ada kelapangan.
Sama-sama kita doakan anak-anak kita semua menjadi insan yang mulia dan berjaya serta dapat contribute kepada komuniti.
No comments:
Post a Comment