tapi betul la.. 90% rasanya Bidadari sendiri melaluinya dan buat macam tu.. tu yang rasa best sangat nak share dengan u all. Kepada tuan punya emel asal.. terima kasih sangat :) dapat lah kami yang zaman generasi X mengimbau kembali. Terima kasih guna buat kartunis yang memang pandai melukis tu...
**************
Terkenang semasa
dulu................
memang amat terkenang zaman dulu-dulu... enjoy sangat rasanya...
memang amat terkenang zaman dulu-dulu... enjoy sangat rasanya...
Adakah
semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut?
1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.
2.
Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.
3.
Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi
orang lain,
ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list,
mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais
padam.
10.
Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.
12.
Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas
17.
Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar
20. Main bubble wrap
**************
Budak zaman sekarang generasi Y ada cara tersendiri.. tapi terkenangkan kembali zaman ni.. agak-agak kakak-kakak di era umur 60 ke atas pun macam ni la juga kan? hehehehehe
Ini menunjukkan budak-budak amatlah nak ambil tahu, kreatif dan adventurous. Ia agak turun temurun.
Terkenang betul zaman dulu.. yg paling rasa tak akan lupa.. bawa basikal lepas tangan dua-dua.. Ceeee... kira terror habis la tu... yang kira lagi terror bila ada juga yang turun GON.. (turun bukit, bahasa org utara) siap kayuh lagi... nak laju la tu.. sekali terpeleot sikit terus terjun masuk longkang.. hahahaha
Baru-baru ni masa balik raya puasa.. semasa ziarah atok saudara di kampung... dijamunya air teh panas-panas.. memandangkan Abang Ajeem dan Anje nak minum sangat .... Daddy pun tidak tinggalkan amalan lama, tuangkan air teh panas dalam piring dan hembus.. tercengang bebudak tu... siap tanya lagi "daddy buat apa tu" .. hahahahaha... lepas tu bila mereka dah tahu... pandai pulak Abang Ajeem buat sendiri dan hembus sendiri dlm piring...
seronok kalau ada pulak geng kalau nak sembang sepetang cerita zaman dolu-dolu.
No comments:
Post a Comment