Sedap pulak pesanan daripada Badan Islam M*$C ni. Saya petik daripada emel BIM yang dipanjankan kepada saya.. Amat benar dengan kata-kata dan pesanan tersebut. Setiap yang datang itu dariNya .. seperti kata Pn. Noni.. sharing is caring. Because I do care and love all of you..sementara berkesempatan dan berkemampuan...
Ingatlah... kenapa kita susah hati? kenapa kita risau sangat? kalau setakat kerena "mereka" yang juga hanya HAMBA ALLAH.. maka tak perlu lah kita risau sampai memudaratkan diri.. bukan mereka yang memberi rezeki dan menentukan masa depan kita.. segalanya adalah hak Allah.
Sedikit sebanyak pesanan ini membuka ruang dihati ini dan menenangkan diri.. Jum sama-sama ....
Muhasabah
diri : Adakah ketenangan tiada lagi dalam diri? Anda susah hati? Anda
risau? Anda kecewa?
Adakah
ketenangan tiada lagi dalam diri?
Anda susah
hati? Anda risau? Anda kecewa?
Ingatlah
saudaraku, tertekan dan kecewa….
Hanya
milik orang yang banyak bergantung harap
pada
makhluk dan bukan pada Allah.
Allah
berpesan:
“Dan
bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”
(QS.
An-Najm: 43).
Doa untuk
Kesedihan yang amat sangat
أَنْتَ
إِلاَّ إِلَـهَ
لاَ كُلَّهُ، شَأْنِيْ
لِيْ وَأَصْلِحْ
عَيْنٍ، طَرْفَةَ نَفْسِيْ
إِلَى تَكِلْنِيْ
فَلاَ أَرْجُو
رَحْمَتَكَ اَللَّهُمَّ
(Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa asleh li sha’ni kullahu la ilaha ila anta)
(Allahumma rahmataka arju fala takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa asleh li sha’ni kullahu la ilaha ila anta)
“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh kerana itu,
jangan Engkau biarkan diriku walaupun
kekelip mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu).
Perbaikilah seluruh urusanku,
tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.” Amin
“O Allah, it is Your mercy that I
hope for, so do not leave me
in charge of my affairs even for a
blink of an eye,
and
rectify for me all of my affairs. None has the right to be worshiped except
You.” Amin
--------------------------------------
Kita
sering mengeluh, risau, bengang dan kecewa
apabila….
sesuatu
terjadi bukan atas kehendak kita
dapat
kerja yang bukan kita suka…..
dapat
rakan yang tak “ngam” dengan kita..
dapat boss
yang hanya tau menyinga..
dapat
result, kalau tak empat (4)….. lima (5)
bonus
sebulan tak cukup katanya
muka
tension, semua dibuat tak kena
datang
kerja dah tak berapa nak suka,
semua
salah orang, tak satu pun salah kita,
Ingatlah saudaraku,
Tertekan dan kecewa….
Hanya milik orang yang
banyak bergantung harap
pada manusia…… pada
makhluk..
dan bukan pada Allah.
Ingatlah
saudaraku,
Allah
berikan kita susah dan kesulitan,
Allah
hantarkan orang yang menyusahkan,
Allah merunsingkan hati dan perasaan,
Allah merunsingkan hati dan perasaan,
Bukan
kerana Dia tak sayang,
Bukan
kerana Dia tak kasih
Tetapi Dia ingin
hapuskan dosa2 kita,
Menaikkan darjat kita,
Agar kita selalu ingat
Dia, agar kita sabar dan tabah atas kehendakNya
Agar kita dapat menghuni
syurgaNya,
Yang sifar kecewa, yang
tak tahu apa itu duka.
Ingatlah saudaraku,
Allah itu Maha Adil,
Ketika Dia mengambil
sesuatu daripada genggamanmu,
Dia sebenarnya membuka
tanganmu untuk menerima
sesuatu yang lebih baik.
Allah
tidak pernah menjanjikan bahawa…
langit itu
selalunya biru,
bunga
selalunya mekar
laut
sentiasanya tenang
dan mentari
selalunya bersinar,
Tetapi ketahuilah bahawa
Dia selalu memberi
Pelangi setiap kali
badai menjelma,
Senyum di setiap titisan
air mata,
Berkah di setiap ujian
dan bala,
Dan..jawapan di setiap
doa dipinta.
Justeru
hadapinya dengan tabah,
Semoga
natijah esok lebih indah.
Wallahua’lam
25102012
No comments:
Post a Comment