Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ingin saya kongsikan amalan yang diamalkan bersama anak-anak.
Semasa sahur, setelah habis menjamah makanan dan minuman, sebelum minum air yang terakhir (kami minum air kosong) bacalah surah Al-Kautsar.
InsyaAllah dapat kurang rasa dahaga di siang hari waktu berpuasa. Anak-anak di rumah memang amalkan , insyaAllah izin Illahi tidak rasa haus atau dahaga.
Surah Al-Kautsar
Ertinya:
(1)
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
(2)
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
(3)
Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
selamat berpuasa
~Bidadari
No comments:
Post a Comment