Sunday, August 9, 2015

Mengajar Anak Membaca

Dah pun masuk bulan Ogos. Pantas sungguh masa berlalu.

Alhamdulillah, sekarang Anje dah boleh membaca. Mungkin tidak sepantas budak 7 tahun yang lain tapi cukup untuk dia boleh membaca sendiri. 

Masa awal tahun setelah 3 bulan bersekolah dengan sikapnya yang kurang gemar ke sekolah, Anje masih belum boleh membaca. Abang-abang dulu memang lancar bila dah masuk 7 tahun. 

Bidadari ambil pendekatan mengajar sendiri setiap malam. Cukup lah dengan 1 hingga 2 muka surat, yang penting kualiti. Alhamdulillah Anje sendiri boleh nampak, jika sebelum ni dia rasa demoralise sebab tak pandai membaca, sekarang dia makin yakin dan suka nak baca.

Untuk ibu-ibu yang rasa anak tu lambat membaca, jangan give up atau rasa anak kita tidak boleh. Kadang-kadang setiap anak mempunyai masa tumbesaran dan maturity yang berbeza. 
Kita masih boleh berusaha sendiri. Atau kita minta bantuan kawan-kawan untuk mengajar anak kita. 

Jom kongsi:
Bidadari memang recommend buku "Bacalah Anakku".
Walaupun Anje dah boleh baca dengan 2 suku kata sahaja, tetapi kami mulakan dengan BUKU 1.
Jika mereka rasa cukup untuk 2 muka surat sahaja, cukup lah untuk hari tersebut. esok pula. Kalau 1 muka surat pun cukup lah. 
Masa mengajar jangan marah-marah atau beri stress pada anak. Bila mereka enjoy, esok mereka nak baca lagi. 

Lepas habis buku 4, sekali sekala cari buku yang senang untuk dibaca untuk mereka baca sendiri. Bantu mereka baca waktu ada kelapangan. 

Sama-sama kita doakan anak-anak kita semua menjadi insan yang mulia dan berjaya serta dapat contribute kepada komuniti. 



Keseimbangan Untuk Anak-Anak

Setiap anak tu anugerah daripadaNya.

Kita kena banyak bersabar bila tindakan mereka berbeza daripada apa yang kita harapkan.
Kadang-kadang sebagai ibu/ayah kita terlalu menaruh harapan yang tinggi pada anak kita.
Kita kena ingat, dulu kita tak pandai pun macam yang kita nak mereka pandai. Ada yang nak anak dpt no.1, 5A, full 10A, dah boleh membaca dan menulis macam budak 8 tahun pada usia 4 tahun.
COME ON IBU, AYAH!!!

Mari kita tanya diri kita. Kita tu dulu macam tu ka? Ada tak mak ayah kita dulu pukul, marah , pressure kita study , homework, tuition sampai anak-anak tu tak kenal zaman. Hidup dalam stress.

Sebenarnya sikap ibu/ayah begitu dulu mereka tak macam tu, tapi MEREKA NAK MACAM TU. Nak 5A, nak 10A. kenapa? sebab nak jadi bahan cerita. sebab nak rasa bangga. Sepatutnya kita nak buat bahan cerita dan berbangga dengan kejayaan kita. Bukan dengan kejayaan anak-anak. Kita bangga untuk mereka. Apa pun jangan sampai mereka tak ada zaman kanak-kanak. Hormatilah mereka.

Hidup ni kena balance , dunia dan akhirat. untuk dunia bagi anak-anak mereka kena balance antara belajar dan keseronokan zaman kanak-kanak. Tidak kita lupa untuk lengkapkan mereka dengan solat dan Alquran.

Mari lah kita sama-sama jadi ibu/ayah yang rapat dengan anak-anak , mesra dan memahami kehendak anak-anak. Anak-anak yang sayang ibu bapa mereka, mereka akan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Banggalah dengan anak-anak kita apa pun keputusan peperiksaan yang mereka dapat. Jika keputusan mereka teruk, berilah mereka peluang dan kata-kata supaya mereka akan cuba lebih baik. Kenal pasti apa yang effect kepada keputusan mereka. Terlebih games ke? terlebih telephone ke? terlebih bola ke? terlebih sosial ke?

Apa pun jum sama-sama kita jadi ibu / ayah disayangi dan dihormati.

Monday, March 23, 2015

Mengajar anak makan sayur cara Bidadari

Kenapa nak tension sangat bila anak tak nak makan sayur. Mesti ada caranya.

BABY:
Kalau baby dari kecil lepas 5 bulan dah boleh blend rebusan syur bayam. 
Jika baby dah besar sedikit dan boleh makan nasi, masukkan sehelai dua dalam rebusan nasi dan diblend.

ANAK -ANAK:
Kalau anak-anak memang pantang tengok warna hijau beritahulah mereka kebaikannya. 
Tak suka banyak, ambil sedikit pun ok. Tak suka sedikit sehelai pun ok. Tak suka sehelai setengah helai pun ok. Tak suka juga, secubit pun ok. 

Bidadari suka suap makan anak-anak tak kira besar ke kecil sebab masa kita suap tu kita doakan mereka anak yang baik, solleh dan akan menyayangi kita dan keluarga hingga ke jannah.

lama-lama mereka akan suka dan makan dengan sendiri . 

Itulah cara Bidadari mendidik anak-anak sendiri yang tak suka makan sayur. Anak-anak Tak boleh dipaksa. Tak elok kita marah-marah ianya memberikan effect jangka panjang sambil menaikkan stress diri sendiri dan merenggangkan hubungan kita dengan anak-anak. Kita patutnya cakap baik-baik dan manjakan mereka. Itulah akan jadi kenangan dan bekalan kenangan buat anak-anak bila mereka berjauhan. 

Sama-sama kita amalkan.
Bukan untuk sayur sahaja malah boleh dicuba untuk ulam-ulaman sama. 

Saturday, March 21, 2015

Resepi Nasi Lemak VCO


Siapa kata kalau dah tak sihat tak dibenarkan makan nasi bersantan macam nasi lemak kira dah tak boleh langsung makan nasi lemak. Sebenarnya boleh kita gayakan nasi lemak kita dengan lebih sihat dan rasanya tetap nasi lemak. Terbaiknya kurang berminyak. Kalau tak percaya kena cuba. 

Di rumah memang mereka suka makan nasi lemak jadi untuk kebaikan bersama dan memastikan pengambilan VCO yang cukup baik untuk kita dan anak-anak jadi boleh aje tukar santan dengan VCO.  VCO kan minyak kelapa juga. 

Jom cuba resepi ni. 

Nasi Lemak use VCO

3 cup rice
1 1/2 cup VCO
5 cup water (based on type of rice)
1/2 inch ginger
1 clove garlic
2 small onions
1 small spoon rock salt (to taste)
1 pandan leave

(Untuk makan 5 orang)


Menu Tambahan untuk hidangan:

5 Biji telur - direbus 
Ikan bilis - digoreng
Timun - hirisan 2mm
Ikan bilis/sotong/udang/kerang - dimasak Sambal Tumis 
Kacang Panjang - dibuat sayur goreng sempoi

MINYAK KELAPA DARA KETARA, 
maklumat lanjut:
100% MINYAK KELAPA DARA dihasilkan secara COLD METHOD bagi mengekalkan khasiatnya.

SMS/WA - 0163369447
Follow IG : jimolovis

PROMO MINYAK KELAPA DARA (VIRGIN COCONUT OIL)


JOM SEMBANG VCO

Semua orang tahu kelebihan minyak kelapa dara. mengamalkannya setiap hari dengan 2 sudu besar (sudu plastik) selapas makan sarapan dan sebelum tidur malam adalah terbaik. Tak kira untuk diri kita (wanita/lelaki) yang nak cantik, nak sihat mahupun untuk kurus. Ianya juga bagus untuk anak-anak. Ianya anti bakteria dan baik untuk mengibati penyakit kulit. Jika ia boleh ubatkan pesakit Alzheimers (pelupa/nyanyok) jadi dengan amalkannya boleh elakkan kita dengan tindakan awal. 

Kalau rasa tak boleh ambil setiap hari , selang sehari atau 2 hari sekali. Saya percaya amalan yang kita buat dengan konsisten dan berterusan adalah terbaik. 

 Bila kita amalkan inyaAllah, kita boleh rasa kulit kita moister (lebih lembap) daripada sebelumnya. 
Terutama bahagian tangan. Kalau setakat kulit muka cantik penuh berkrim disapukan, nak juga bila sua tangan ambil lauk , dalam keadaan memberi tu tangan yang cantik dan kurang kedut dan kering. 

Kalau rasa tak boleh makan dengan telah begitu sahaja tak kiralah kita atau anak-anak boleh masukkan dalam makanan:
1- dalam nasi (ganti gee...hmmmmm Anje, abang dan kakak suka nasi panas-panas letak Gee & kicap dan makan dengan ayam goreng... nikmat). 
2- dalam sup 
3- gantikan santan untuk masak nasi lemak

Bila dah menjejak ke 40 series perlu kita amalkan pemakanan yang sihat. Setiap pemakann sihat ini ia memberi tindakbalas yang mengambil masa bukan terus makan sehari dua terus menjadi. Tapi yang penting ianya tiada bahan pengawit dan bahan-bahan kimia yang memberi side effect pada masa akan datang. 

Jika cerita alaman, saya amalkan makan ulam dari kanak-kanak dan suplements dari muda. Bukan setakat nak lihat wajah awek muda tetapi tenaga dan stamina yang setaraf dengan awek muda juga. 

Amalan saya pagi-pagi, saya akan ambil olive oil (raw) 1 sudu, madu 1 sudu dan VCO 1 sudu. 

Jum kita sama-sama amalkan pemakanan sihat dan supplement yang baik untuk kesihatan keluarga tersayang. 

Jika berminat nak beli MINYAK KELAPA DARA KETARA, maklumat lanjut:

100% MINYAK KELAPA DARA dihasilkan secara COLD METHOD bagi mengekalkan khasiatnya.

SMS/WA - 0163369447
Follow IG : jimolovis