Friday, January 24, 2014

Anje Ke Sekolah Kembali


Tahun 2014 genap Anje 6 tahun. Hampir 3 minggu ke sekolah Alhamdulillah semakin hari semakin seronok nak ke sekolah. Muka pun cerah dan nak ke sekolah sendiri tanpa perlu diteman. 


 Anje dengan uniform Junior Cambridge. 
(crown-princess not included)


Happy face ke sekolah


Mesti ramai yang bertanya, kenapa tukar sekolah? 
Tahun lepas Anje pergi sekolah setakat 4 hari jer. Sebab itu sahaja Bidadari mampu cuti teman ke sekolah. Anje pun tak bersedia sebenarnya. Lebih suka nak berkawan dari nak belajar di sekolah. 
Bila nak pergi, tak mau ke sekolah. Tak nak masuk kelas Mandarin, tak nak baca buku, tak nak buat homework, nak mummy teman. 

Itu lah, Anje belum bersedia. Sebagai ibu dan ayah nak hantar sebab nak anak cepat pandai dan tak ketinggalan. Ada pulak suara-suara penasihat yang membauatkan hati gerun dan resah anak tak pandai baca, anak dah besar, masuk 5 tahun bla..bla...bla...

Tahun ni, Anje lebih semangat nak ke sekolah. Tak nangis langsung. Satu kelebihan, Anje dia malu tapi agak berani. Memang Anje tak pandai membaca dan menulis perkataan tak kira BM atau BI. Tapi sebab Anje boleh berbahasa Inggeris dengan agak baik, jadi dia lebih bersedia untuk menjawab bila cikgu bertanya.

Kalau nak tahu, Anje memang FAIL eja atau tulis nama sendiri. Entah apa kelebihan guru anugerah yang diberikan Allah, balik sekolah hari ke 2, Anje dah pandai tulis YASMEEN. Alhamdulillah. 
Jika anak bersedia memang apa saya boleh. Bila mereka tak nak, memang apa cara pun tak boleh.

Masuk minggu ke 2, Anje dengan semangatnya nak dengar Bidadari baca buku Rapunzel. Siap buka tap dengar cerita dari Story Book App. Sebelum tidur, "mummy dengar ni, Anje nak practice. Once apon a time......" sampai habis lah dia cerita dengan cara tersendiri dari apa yang dipaham. Untuk apa? Rupanya Anje nak cerita depan kelas untuk Storytelling Session. WOW... bangga ..muah muah muah. 
Bila ditanya pada teacher, Storytelling session adalah untuk time teacher  baca buku cerita, bila students dah mula bosan dan letih belajar. Harap teacher akan beri peluang pada Anje nanti untuk dia cerita depan kelas. 

Kesimpulannya untuk Bidadari sendiri, kita ni sebagai ibu-ayah suka sangat nak ikut org. Risau lebih takut anak kita ketinggalan.. sampai agak selfish .Ada pulak suara-suara yang merisaukan.. menambahkan kita buat sesuatu sebab takut. Bukan sebab anak tu sendiri.. ye ye.. kita buat untuk yang terbaik untuk anak. Tapi bila dia tak nak ke sekolah, siap marah, rotan, pukul. Apa ke hal.. 

Anak masih kecil, betul kita buat yang terbaik untuk masa depan mereka, tapi bukan dengan mengikut cara orang lain. Satu anak ke satu anak pun berbeza. Satu perkara yang Bidadari setuju dengan Daddy, kita beri galakkan. Bagi motivasi, berbual, beri semangat. Tapi bukan cara paksa anak ke sekolah (anak masih tadika) sampai nak jerit satu lorong rumah depan belakang boleh dengar. Rotan anak, marah, pukul. Hello!!!!! cuba la orang buat yang sama kat kita. mesti kita akan lebih melawan. 

Bila perkara positive, kata-kata positive bercerita, diberitahunya apa itu sekolah, mesti anak akan ke sekolah. Setiap anak berbeza. Ada yang ambil masa. kita perlu sabar. Kita nak hari ni tegur, hari ni suruh, terus jadi. itulah yang naik hangin jer kan. 

Lagi satu Abang Jimo dan Abang Ajeem ada buka rahsia mereka kenapa mereka menangis bila ke sekolah? kenapa ye? Abang-abang kata mereka dulu duduk di rumah tak pernah tau pasal "Apa Itu Sekolah". Cikgu? "Mummy dan Daddy tinggalka kita orang dengan orang yang kita tak kenal' Uniform? "pakai baju yang tak pernah dipakai" "Kawasan sekolah duduk dalam kelas yang tak pernah tau". 
Tapi Abang kata Anje dia dah biasa dengar pasal sekolah, dah tau apa itu cikgu, uniform, jadi dia lebih bersedia. 

Apa kata lepas ni sebelum anak ke sekolah/tadika, perkenalkan lah mereka dengan alam persekolahan. 

Betul juga kata-kata abang, ramai budak sekarang dah tak nangis ke sekolah. Malah first day lagi dah jadi Taiko... hehehehe

Lagi satu perkara, apa yang kita kalut sangat nak hantar seawal 2 - 3 tahun. Lepas tu, tinggalkan anak dalam kelas menangis panggil mummy/ daddy. Boleh pulak mummy / daddy diluar kelas menyorok tersenyum. Macam main game. Sebab tu anak akan mengamuk dan belajar mengamuk. Tanyalah diri... sebab nak cerita tak pandai sebab Bidadari tak sampai hati ..nak cerita pun rasa sedih.

Anyway semua orang ada cara dan pandangan masing-masing... ini hanya pandangan Bidadari, jangan ada yang upset ye.. cerita sahaja. Bila mereka dah mula bersekolah, macam Anje, dia akan mula bangun awal seawal pagi untuk mula harinya ... sehingga masuk sekolah rendah, sekolah menengah, kolej/universiti... dah ke alam kerja. Jadi, biarlah anak-anak kecil yang sepatutnya enjoy their sleeping time... terus diulik mimpi mereka yang indah. Tiba masanya mereka akan mulakan hari mereka. 

Semoga alam persekolahan anak-anak merupakan kenangan manis buat sekeluarga.

~Bidadari. 

No comments:

Post a Comment