Friday, May 4, 2012

PusPus Dalam Kenangan

Semenjak Puspus mula sakit..Tumpuan banyak untuk anak-anak dan Puspus.
Puspus macam anak lelaki Bidadari. Pandai dia mengambil hati sepanjang kehidupannya dengan anak-anak. Macam mana pun kerenah Yasmeen menyuapnya semasa main masak-masak, dia melayan sahaja "adik"nya  berbual pasal makanan yang dimasaknya.


Bermulanya Oktober 2009 Puspus entah dari mana mengeow depan pagar rumah.. kelaparan anak kecil kucing ni. Raut muka takut tapi perut lapar, cuba memberanikan diri. Seorang bapa yang penyang keluar membeli biskut kucing untuk anak kecil yang baru dikenali. Sejak dari itu Puspus mula diberi nama dan dibesarkan diluar rumah.

Selepas beberapa hari, Puspus makin jinak, anak-anak mula bawa masuk ke rumah, dimandikan dan dibawa tidur bersama (siang hari). Paling Puspus suka tidur dengan Daddy dalam aircond time tengahari (weekend), terkakang tak sedar diri Puspus tidur.

Puspus lebih disayangi bila dia akan mula menjejak tikus diluar rumah. Puspus akan tangkap dan  gigit diatas tengkuk dan dibiarkan mati. Esok pagi bila kami keluar dia dengan bangganya berdekatan dengan tikus tersebut..."Yes! saya yang tangkap." Semua org suka.

Waktu adanya Puspus kita akan tahu kalau cicak berdekatan sebab Puspus akan cuba menangkap cicak main sampai mati..Sementara nak tunggu Puspus tangkap cicak sampai dapat Bidadari dan anak-anak semua berdiri atas sofa.. takuT!!!  Kenangan yang tidak dilupa.

Puspus memang anak jantan. Biasala bila umur sudah masuk 2 tahun mula la bergaduh, (21 Jan 2012) di situ lah mula Puspus sakit. Bila doktor bagi ubat tak baik dan akhirnya ujian darah dibuat.. hanya ada 2 possibility.. masa tu gerun nak tahu...sama ada HIV atau Leukemia.

Kalau HIV, Puspus terpaksa dikurung dalam sangkar, yang memang dia paling benci. HIV kucing tidak berjangkit dengan manusia. Tetapi virusnya boleh tersebar melalui air liur kucing yang ada HIV kena dengan kucing lain. lagi mudah virus merebak. Apapun, kami kena hadapi apa pun keputusannya.

Alhamdulillah (walaupun dihati kecil seorang ibu dan bapa sedih tidak terkata) Puspus disahkan Leukemia. Bila dicari-carikan maklumat di Internet, maximum umur seekor kucing Leukemia hanyalah 3 tahun.
Puspus yang manja, gempal 4.5kg .. berat berisi. sekarang menjadi kurus hingga 1.5kg sebelum beliau meninggal. Setiap minggu berjumpa doktor hampir 0.5kg turun. Setiap hari Puspus kena ambil ubat DMG yang disahkan doktor untuk imunisasinya.

Setiap hari Puspus makin lemah. Setiap hari Puspus makan dengan disuap. Sebelum Bidadari pergi kerja dan balik kerja Bidadari akan suap makan Puspus. Bagi minum air menggunakan picagari untuk pastikan cukup air. Dan bagi makan ubat. Siang hari Bing akan suap.

Itulah kehidupan sepanjang 1 Februari dan 7 April sebelum pemergiannya Puspus dan anak-anak makan disuap... sebagai ibu puas hati dapat bagi terbaik untuk semua. Mungkin bukan terbaik tapi sebaik yang mungkin.


Puspus tidak dapat bangun kencing dan berak.. kadang-kadang di atas alasnya. jadi setiap kali siang dan malam mesti ditukarkan dan badan Puspus dibersihkan.


Semasa segarnya Puspus akan makan di rumah dan di rumah kakak Bidadari (berdekatan). Sehari sebelum pemergiannya, Puspus telah lemah dan tak larat berjalan. Entah macam mana petang Jumaat kami jumpa Puspus di depan rumah kakak Bidadari,mengeow.. mungkin itulah sapanya yang terakhir mengatakan terima kasih atas rezeki yang dikongsi bersama.

Pada keesokan harinya, Puspus dicari tapi tak ada. Bidadari jumpa di atas tanah 10am dah makin lemah. Separuh badanya sudah lemah terus... Puspus dibawa ke rumah, dibersihkan dan diberi minum. Kali ini hanya satu sedut sahaja. Makan dah tak mau. Sebagai ibu, Bidadari dah dapat rasakan agak lain. Puspus dibalut dan diriba. Seorang demi seorang anak-anak datang mengusap berbual dengan Puspus. Mereka tidak paham tetapi tahu Puspus dah nak mati.

Hati ibu mana tidak sedih dan melelehkan air mata bila melihat "anaknya" di atas ribabegitu lemah. Bila Bidadari bercakap dengannya dia tetap menyapa "mengeow". Selepas beberapa lama.. dia mula bunyi macam orang nazak. Aduh sedih... mengangis sedih. Tidak sampai hati Bidadari nak biarkan dia mati seekor. Selepas nafasnya yang terakhir, Puspus pergi buat selamanya.

Walaupun pedih dan sedih pemergian Puspus, kami sekeluarga rasa puas dapat beri yang terbaik untuknya. Dia pergi tanpa perlu melalui hari-hari kesakitannya.

Jika kita ada kucing, layan lah mereka seadilnya. Sepanjang membela Puspus dengan kos perbelanjaan perubatan dan makannya yang agak besar... tidak sedikit pun luak duit yang ada. Tidak ada perbezaan perbelanjaan keluarga dan anak-anak. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang, setiap makhluk walaupun ulat di dalam batu ada rezeki mereka.

Janganlah kita menghendik, menendang malah ada yang mencurah air panas ke badan kucing. Sesungguhnya mereka itu tidak sesuai dipanggil dengan panggilan "manusia".


3 comments:

  1. ..wpun saya tak suka kucing, tp bila baca cerita ni, turut rasa sedih..tak tahu pula selama ni yg kucing pun ada penyakit mcm manusia dan cara pemergiannya pun mcm kita juga..sbb selama ni tau2 dah mati...dan sgt setuju dgn awak..semua makhluk tuhan perlu dilayan sebaiknya..

    ReplyDelete
  2. Cik Baiduri: Selagi ia makhluk Allah.. maka perlulah kita menghormati sepadan dengan nya.. jangan diperkecilkan.. jika dibenci olehNya ..maka kita juga turut membenci makhluk itu.

    Rindu pulak dengan Cik Baiduri.. bila nak jumpa ni..

    ReplyDelete
  3. Puspus tetap dalam kenangan.. tapi dengan pemergian Puspus.. murah pulak rezeki di rumah ... bertambah tambah kucing disekeliling kami .. hehehehe

    ReplyDelete