Tuesday, May 8, 2012

Mendidik Anak Cara Rasulullah

Berdoalah diri ini sebelum tidur untuk menjadi seorang hamba yang soleh dan akan meninggalkan perbuatan dan pemikiran hasat dengki .. dan bangunlah diri ini untuk menjadi lebih baik.

Sepanjang membesarkan 4 orang cahaya mata yang ada.. banyak mengajar dan mendiri diri ini.. banyak juga kesalahan dan keterlaluan yang dibuat. Jadi insyaAllah salah satu cita-cita untuk menjadi ibu yang penyayang dan dibangga oleh anak-anak.

Dulu Bidadari tegas dengan anak-anak... nampaknya langkah Rasulullah amat berkesan. ianya banyak mengajar diri mendiri anak-anak malah mendidik diri. Adakah diri ini "matured enough". Jangan kita sakiti anak-anak kecil yang belum baliqh dengan merotan mereka.. tidak salah merotan jika sudah beberapa kali ditegur.. kadang-kadang ada ibu yang merotan atau memarahi anak mereka untuk cover kesalahan dan kealpaan diri sendiri.

Ada dua kejadian yang Bidadari memang rasa geram dengan 2 orang ibu.

Kes 1: Si ibu turun kereta buka pintu kereta bahagian belakang dan turunkan anaknya yang berusia dalam 3 tahun. Tanpa dipegang tangan anak.. anak itu yang cerdas.. berlari ke jalan dan terjatuh. Dalam masa yang sama, kereta agak laju datang. Menjerit si ibu, alhamdulillah kereta tersebut juga sempat break dan berhenti betul-betul depan budak tersebut. MasyaAllah kalau tidak dilindungiNYA.

Si ibu lari ke arah anaknya dan tarik anak tersebut ke tepi, ke kereta. Lutut anak tersebut luka sedikit sebab jatuh. Anak itu menangis sebab sakit lutut dan dipukul oleh ibu semasa ibu menariknya dari tengah jalan. Lihat!!! siapakah yang salah? kenapa si ibu nak jerit dan tampar badan budak tersebut mengatakan "lain kali jangan lari!". Kemudian dia nampak org semua pakat tengok dia... terus dia membebel mengatakan anaknya itu salah.

Agak tidak bijak si ibu rupanya. kalau budak itu tahu bahaya, tidaklah dia akan lari melulu ke arah jalan.

 Kes 2: Si ibu memarahi anak kecilnya yang menangis seba takut nak jumpa doktor di klinik. Si anak kecil berumur dalam 1 tahun itu menangis sambil meniarap di atas lantai dalam klinik. Sebagai ibu beliau patutnya pujuk dengan kasih sayang menenteramkan anak tersebut. Bukan dengan menengking anak itu kononnya nak beritahu dunia, beliau cuba menjadi seorang ibu yang tegas. PLEASE!!! not yet the time. Anak itu takut, si ibu sendiri membebel memberitahu entah sesiapa (bercakap kuat sedikit) menyatakan anaknya nangis takut nak jumpa doktor.

Jangan dimarah mereka, si anak kecil. Mereka belum lagi tahu akan Halal dan Haram. tidak tahu undang-undang. Berilah kasi sayang kita kepada mereka. Ingatlah pesanan cara mendidik anak mengikut Islam.
Langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
(sumber: http://adikbijak.blogspot.com/2007/07/mendidik-anak-cara-rasulullah.html)
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Sekiranya sebelum ini ada kelemahan diri sebagai ibu..apa pun masih belum terlewat untuk membetulkannya.


Bidadari belajar dari pengalaman dan masih ada melakukan kesilapan dan cuba membetulkan diri ini sebelum membetulkan orang lain atau anak-anak. Kejadian di sekitar sebagai ikhtibar untuk diri menilai
sama sesuai untuk diikuti atau untuk dihindari.

Anda nilailah sendiri.. tidak ada pendapat yang salah, hanya pemahaman yang berbeza.
Yang lemah dan kurang itu sesungguhnya dari diri Bidadari sendiri, yang baik adalah daripada Allah swt.

Friday, May 4, 2012

PusPus Dalam Kenangan

Semenjak Puspus mula sakit..Tumpuan banyak untuk anak-anak dan Puspus.
Puspus macam anak lelaki Bidadari. Pandai dia mengambil hati sepanjang kehidupannya dengan anak-anak. Macam mana pun kerenah Yasmeen menyuapnya semasa main masak-masak, dia melayan sahaja "adik"nya  berbual pasal makanan yang dimasaknya.


Bermulanya Oktober 2009 Puspus entah dari mana mengeow depan pagar rumah.. kelaparan anak kecil kucing ni. Raut muka takut tapi perut lapar, cuba memberanikan diri. Seorang bapa yang penyang keluar membeli biskut kucing untuk anak kecil yang baru dikenali. Sejak dari itu Puspus mula diberi nama dan dibesarkan diluar rumah.

Selepas beberapa hari, Puspus makin jinak, anak-anak mula bawa masuk ke rumah, dimandikan dan dibawa tidur bersama (siang hari). Paling Puspus suka tidur dengan Daddy dalam aircond time tengahari (weekend), terkakang tak sedar diri Puspus tidur.

Puspus lebih disayangi bila dia akan mula menjejak tikus diluar rumah. Puspus akan tangkap dan  gigit diatas tengkuk dan dibiarkan mati. Esok pagi bila kami keluar dia dengan bangganya berdekatan dengan tikus tersebut..."Yes! saya yang tangkap." Semua org suka.

Waktu adanya Puspus kita akan tahu kalau cicak berdekatan sebab Puspus akan cuba menangkap cicak main sampai mati..Sementara nak tunggu Puspus tangkap cicak sampai dapat Bidadari dan anak-anak semua berdiri atas sofa.. takuT!!!  Kenangan yang tidak dilupa.

Puspus memang anak jantan. Biasala bila umur sudah masuk 2 tahun mula la bergaduh, (21 Jan 2012) di situ lah mula Puspus sakit. Bila doktor bagi ubat tak baik dan akhirnya ujian darah dibuat.. hanya ada 2 possibility.. masa tu gerun nak tahu...sama ada HIV atau Leukemia.

Kalau HIV, Puspus terpaksa dikurung dalam sangkar, yang memang dia paling benci. HIV kucing tidak berjangkit dengan manusia. Tetapi virusnya boleh tersebar melalui air liur kucing yang ada HIV kena dengan kucing lain. lagi mudah virus merebak. Apapun, kami kena hadapi apa pun keputusannya.

Alhamdulillah (walaupun dihati kecil seorang ibu dan bapa sedih tidak terkata) Puspus disahkan Leukemia. Bila dicari-carikan maklumat di Internet, maximum umur seekor kucing Leukemia hanyalah 3 tahun.
Puspus yang manja, gempal 4.5kg .. berat berisi. sekarang menjadi kurus hingga 1.5kg sebelum beliau meninggal. Setiap minggu berjumpa doktor hampir 0.5kg turun. Setiap hari Puspus kena ambil ubat DMG yang disahkan doktor untuk imunisasinya.

Setiap hari Puspus makin lemah. Setiap hari Puspus makan dengan disuap. Sebelum Bidadari pergi kerja dan balik kerja Bidadari akan suap makan Puspus. Bagi minum air menggunakan picagari untuk pastikan cukup air. Dan bagi makan ubat. Siang hari Bing akan suap.

Itulah kehidupan sepanjang 1 Februari dan 7 April sebelum pemergiannya Puspus dan anak-anak makan disuap... sebagai ibu puas hati dapat bagi terbaik untuk semua. Mungkin bukan terbaik tapi sebaik yang mungkin.


Puspus tidak dapat bangun kencing dan berak.. kadang-kadang di atas alasnya. jadi setiap kali siang dan malam mesti ditukarkan dan badan Puspus dibersihkan.


Semasa segarnya Puspus akan makan di rumah dan di rumah kakak Bidadari (berdekatan). Sehari sebelum pemergiannya, Puspus telah lemah dan tak larat berjalan. Entah macam mana petang Jumaat kami jumpa Puspus di depan rumah kakak Bidadari,mengeow.. mungkin itulah sapanya yang terakhir mengatakan terima kasih atas rezeki yang dikongsi bersama.

Pada keesokan harinya, Puspus dicari tapi tak ada. Bidadari jumpa di atas tanah 10am dah makin lemah. Separuh badanya sudah lemah terus... Puspus dibawa ke rumah, dibersihkan dan diberi minum. Kali ini hanya satu sedut sahaja. Makan dah tak mau. Sebagai ibu, Bidadari dah dapat rasakan agak lain. Puspus dibalut dan diriba. Seorang demi seorang anak-anak datang mengusap berbual dengan Puspus. Mereka tidak paham tetapi tahu Puspus dah nak mati.

Hati ibu mana tidak sedih dan melelehkan air mata bila melihat "anaknya" di atas ribabegitu lemah. Bila Bidadari bercakap dengannya dia tetap menyapa "mengeow". Selepas beberapa lama.. dia mula bunyi macam orang nazak. Aduh sedih... mengangis sedih. Tidak sampai hati Bidadari nak biarkan dia mati seekor. Selepas nafasnya yang terakhir, Puspus pergi buat selamanya.

Walaupun pedih dan sedih pemergian Puspus, kami sekeluarga rasa puas dapat beri yang terbaik untuknya. Dia pergi tanpa perlu melalui hari-hari kesakitannya.

Jika kita ada kucing, layan lah mereka seadilnya. Sepanjang membela Puspus dengan kos perbelanjaan perubatan dan makannya yang agak besar... tidak sedikit pun luak duit yang ada. Tidak ada perbezaan perbelanjaan keluarga dan anak-anak. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Penyayang, setiap makhluk walaupun ulat di dalam batu ada rezeki mereka.

Janganlah kita menghendik, menendang malah ada yang mencurah air panas ke badan kucing. Sesungguhnya mereka itu tidak sesuai dipanggil dengan panggilan "manusia".