Friday, August 5, 2011
Nasihat Untuk Kawan-Plumbing
Buat kawan-kawan tak kira di mana jua... berhati-hati bila memilih plumber. Tak kisah la kita ni wanita ke lelaki ke.. sudah banyak kes Bidadari dengar terutamanya di kawasan Bidadari.
Kalau boleh tak perlu lah simply ambil card yang diselitkan di pagar rumah untuk panggil repair electrical wiring, plumbing etc. Banyak yang terkena mereka akan datang dan repaired lepas tu the cost exorbitantly .. really unexpected.
Perkara ini berlaku pada jiran dan kawan yang tinggal di kawasan kami. Nak repair paip sink tersumbat je. Segan (malas +malu) nak bertanya called dari namecard yang terselit kat pagar. Kerja dah siap, sempoi je la.. habis cikai pun dalam RM80, 1 sink je pun. Sekali bila tanya berapa dia kata "RM4000". Imagine! boleh ke kos RM4000 untuk bayar sink tersumbat. Semalam Bidadari panggil plumber repaired lubang toilet tersumbat termasuk 2 sink pun baru RM150. Huh!!! charged ini berlaku pada 2 orang berbeza tapi amount yang sama.
Nego punya nego, plumber tu dah la katanya macam gangster, siap bawa geng buat ancaman lagi, takut nanti diapa-apakan pada keluarga, gengster ni bersetuju sorang tu dia bayar RM2000 dan sorang lagi RM3000.
Sebagai peringatan untuk semua termasuk diri ini, berhati-hati dan kita ingat pesan ini "Malu bertanya sesat jalan". Kalau kita baru di kawasan itu apa salahnya kita tanya dengan jiran tetangga yang kita kenali (sambil kenal mengenal) sesiapa /syarikat yang mereka biasa , kerja bagus, bersih dan boleh trusted untuk bantu.
Sama-sama kita berkongsi.
Labels:
Cerita Untuk Kawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment