Thursday, December 1, 2011

"Pompuan Kena Pakai Subang"

Bila Anje dah keluarkan statement "Pompuan kena pakai subang... kita pompuan kena la pakai subang."...

Bila daddy di rumah direhatkan oleh doktor sebab bp yang tidak stabil... bertambah tidak stabil bila anak manja daddy minta nak tindik telinga...

Anje: Daddy, Anje nak pakai subang.
Daddy: Betul ke? nanti kena tebuk, sakit.. tunggu Anje besar sikit, ok?
Anje: Anje dah bechar! Pompuan kena pakai subang. kita pompuan kena la pakai subang.

Daddy dah panic.. telefon mummy di pejabat pujuk Anje tunggu dulu .. nanti Anje sakit... Daddy suggest mummy belikan "subang lekat"...

Kepala mummy pusing.. pusing ..pikir mana nak cari "subang lekat".. hmm "NANDE'.."

Mummy: Anje betul ke nak pakai subang..
Anje: Anje pompuan kena pakai subang...

Daddy.. arghh... bp makin up & down.. stress.. stress...

Dah tuan badan nak juga.. bawa je la.. sepanjang jalan tanya lagi dan lagi dan lagi.. nampaknya Anje dah nekat... Rasanya kalau ambik rekod bp daddy... sure kena masuk hospital daddy..

Sampai je kat kedai , terus dia duduk sambil mummy duk tanya pasal subang. Macam biasa Anje pilih warna PINK.

Abang pun agak "perak" juga.. sebuk nak tengok.. Teknik yang digunakan agak berkesan. Mereka letak spirit (ubat kebas/sejuk) banyak depan belakang.. dan dua pekerja bersedia untuk tindik dua belah sekali gus..

Tengok.... dah ada subang.. merah pink juga la telinga Anje.. yahoo... berjaya... Anje memang steady!

Sepanjang jalan duk tersenyum.. happy betul. Lengkap sudah rasa dirinya pompuan.


Anje: Mummy, Anje sampai bergegar (terkejut) bila tindik. Mula air mata Anje keluar dalam mata aje, lepas tu dia masuk balik...
[anje so proud dia tak nangis]

Alhamdulillah selamat semuanya. 27 Nov 2011 bersubang.


Cuti Sekolah: Pengalaman Nasi Daun Pisang

Pengalaman yang baru untuk mereka bila dapat makan nasi beralaskan daun pisang. Selama ni makan pakai pinggan. Seronok...
Ajeem makan sampai licin.. tengok la dia.. tersandar nak menghabiskan makanan..
Puas hati.. mereka suka dan nak pergi lagi....



Wednesday, November 30, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Bila cuti sekolah bermula.. mula la semua sebuk nak merancang:
Nak buat apa?
Nak gi mana?
Bajet cukup tak?

Untuk mengelak anak-anak bosan.. dengan kesepitan cuti mummy dan daddy kena la juga melayan anak-anak.. yang penting kita buat bersama .. betul tak?

Cabaran membesarkan anak di kota ni.. yang paling besar bagi diri Bidadari bila anak nak macam kawan-kawan mereka.. gi travel ke oversea... having fun dengan belanja besar.. huiwwhhh... poning -poning.

Alhamdulillah anak-anak Bidadari terima seadanya dan yang penting bagi mereka juga kita bersama dan pastikan semua happy.

Aktiviti pertama bermula dengan "dinner with cousins" dan "santai dessert".. dah lama sangat tak keluar bersama..


Dinner


Ice-cream time.. BK Vanila Cone

Sekali sekala keluar seronok juga.

Cepatnya Masa Berlalu

Tup tup.. lama juga saya tak update.. ketup ketap ketup ketap sebuk dengan kerja, isu semasa, raya, anak-anak.. macam macam..

tengok-tengok dah dipenghujung tahun.. kalau dalam sehari tu rasa macam tak cukup 24 jam.. ni macam tak cukup 365 hari. Itu lah kesebukan menjadi ibu, isteri, rakan dan pekerja .. tak mampu untuk cemerlang kesemuanya tapi cukup dihati dapat melihat senyuman dari sesetengah insan.

Tahun baru telah bermula (Hijrah) .. nak upgrade semangat untuk perbaiki diri .. mari kita sama-sama ye..


Wednesday, September 7, 2011

Resepi Nasi Kerabu Bidadari

Saya bukan pandai sangat memasak, cuma apa yang boleh dibuat insyaAllah buat dan secukup untuk enak anak tekak suami dan anak-anak. Ini lah resepi yang dijanjikan untuk rakan sekerja macam mana nak masak nasi kerabu. Ini nasi kerabu saya lebih kurang resepi nasi kerabu Kelantan yang diikut dari Buku Masakan Rasa Malaysia. Lain kali saya update sedikit pasal Buku Masakan Rasa Malaysia..

Nasi Kerabu Bidadari

Menu utama
1- Tumis
2- Kelapa
3- Kerabu sayur

Sampingan
4- Ikan gorengtepung
5- ayam goreng
6- telur masin
7- solok lada (tak ada dlm gambar, lain kali ye kawanku)








1- Tumis

Bahan-bahan [Tumis]:
1- 1 cawan Santan (paket) + 3 cawan air
2- 1/2 sudu besar cili mesin (ikut kepedasan)
3- 4 ulas bawang kecil ditumbuk halus
4- 1 batang serai diketuk
5- 1 keping asam keping
6- 2 sudu besar gula putih
7- 1 sudu kecil garam halus (ikut rasa)










Caranya [Tumis]:
1- Masukkan semua sekali dalam kuali dan masak atas api sederhana.

Tips:
~ kacau sekali sekala dan selalu... sampai agak pekat.
~ bila dah lama sikit kecilkan api untuk pecah minyak dan masak!
~Sambil masak tumis, jum kita sediakan kelapa.








2- Kelapa
Bahan-bahan [Kelapa]:
Bahan A
3 sudu besar Kelapa parut

Tips:~ Kalau suka kelapa lebih boleh tambah kelapa.
~The best is kelapa parut fresh asli
~Saya guna kelapa parut dalam tin, bau & rasa sama .. hmm naik bau kelapa bakar, sedap..., sesuai untuk kita di kota yang susah nak dapat kelapa parut fresh.









Bahan B

1- 2 ekor ikan kembung bakar, diambil isi sahaja (dibuang tulang)
2- 4 ulas bawang merah
3- 1/2 inci halia
4- 1 sudu kecil lada sulah
5- 1 sudu besar gula putih
6- 1 sudu kecil garam

Caranya: Bahan A [Kelapa]
1- panaskan kelapa parut atas api sederhana
2- goreng kering kelapa parut, kacau selalu.

Tips:
~ kacau selalu jangan tinggal nanti hangit.
~ kelapa tin dah sememangnya kering jadi cepat masak.
~kacau hingga agak-agak kuning terus angkat, jangan tunggu sampai all gold sebab nanti hangus. bila kita angkat ia akan heat dalam bekas dan akan jadi golden.

~ Memandangkan anak dara ada, jadi sambil saya tumbuk Bahan B, dia akan goreng kelapa. (Bagi yang ringan, ringan aje).





Caranya: Bahan B [Kelapa]
1- Tumbuk bawang merah dan halia hingga lumat
2- Masukkan isi ikan bakar dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul dengan bahan tumbuk (1).
3- Masukkan lada sulah, garam dan gula dan tumbuk "lembut-lembut" sambil gaul.

Bahan A + Bahan B

4- Masukkan kelapa goreng, "lembut-lembut" sambil gau.
5- Ceduk masuk dalam bekas.








3- Kerabu Sayur
(Maaf gambar tak ada)

Bahan -Bahan [Kerabu Sayur]

Bahan Mesti ada baru best:
1- 1 batang serai - dihiris nipis bulat-bulat
2- 1/2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
3- sejemput daun kesum (daun shj) - dihiris halus
4- segenggam tauge
5- timun dihiris jejari halus
+
Bahan yang menambahkan kemesraan kerabu
6- daun selom (yang selalunya dibuat kerabu mentah)
7- kobis
8- "apa apa daun yang suka"

Caranya [Kerabu Sayur]
1- masukkan semua sekali dan gaulkan rata.

Tips:
~ 1- daun-daun dipotong bila nak makan, kalau tak agak kurang fresh.
~2- lebih halus lebih sedap senang nak makan.
~3- jenis daun yang nak ditambah ikut suka hati.

4- Ikan GorengTepung
(Maaf gambar tak ada)

Bahan-Bahan [Ikan GorengTepung]:
1- 3 ekor ikan kembong - dikelar di bahagian perut
2- 2 sudu besar tepung beras
3- 1/2 sudu kecil kunyit
4- 1 sudu kecil garam
5- sedikit air
6- Minyak masak - secukupnya

Caranya [Ikan GorengTepung]:
1- Masukkan dalam bekas tepung beras, kunyit, garam dan sedikit air.
2- kacaukan bahan tadi hingga agak pekat.
3- celupkan ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.

Tips:
~ dikalis/diterbalik-terbalikkan ikan yang digoreng agar masak masa rasa dan cantik.

Selamat mencuba.

kepada anak-anak mummy yang rajin membantu, tq and love u guys..
Tasha - masak dan potong sayur
Ajeem - tumbuk bawang dan ikan
Yasmeen -

Friday, August 5, 2011

Nasihat Untuk Kawan-Plumbing


Buat kawan-kawan tak kira di mana jua... berhati-hati bila memilih plumber. Tak kisah la kita ni wanita ke lelaki ke.. sudah banyak kes Bidadari dengar terutamanya di kawasan Bidadari.

Kalau boleh tak perlu lah simply ambil card yang diselitkan di pagar rumah untuk panggil repair electrical wiring, plumbing etc. Banyak yang terkena mereka akan datang dan repaired lepas tu the cost exorbitantly .. really unexpected.

Perkara ini berlaku pada jiran dan kawan yang tinggal di kawasan kami. Nak repair paip sink tersumbat je. Segan (malas +malu) nak bertanya called dari namecard yang terselit kat pagar. Kerja dah siap, sempoi je la.. habis cikai pun dalam RM80, 1 sink je pun. Sekali bila tanya berapa dia kata "RM4000". Imagine! boleh ke kos RM4000 untuk bayar sink tersumbat. Semalam Bidadari panggil plumber repaired lubang toilet tersumbat termasuk 2 sink pun baru RM150. Huh!!! charged ini berlaku pada 2 orang berbeza tapi amount yang sama.

Nego punya nego, plumber tu dah la katanya macam gangster, siap bawa geng buat ancaman lagi, takut nanti diapa-apakan pada keluarga, gengster ni bersetuju sorang tu dia bayar RM2000 dan sorang lagi RM3000.

Sebagai peringatan untuk semua termasuk diri ini, berhati-hati dan kita ingat pesan ini "Malu bertanya sesat jalan". Kalau kita baru di kawasan itu apa salahnya kita tanya dengan jiran tetangga yang kita kenali (sambil kenal mengenal) sesiapa /syarikat yang mereka biasa , kerja bagus, bersih dan boleh trusted untuk bantu.

Sama-sama kita berkongsi.

Skandal Ais Lemon Tea


Bila tengok air ni.. memang terliur, especially bila dah masuk dalam pukul 5 petang.. fuh mencabar jangan kata anak-anak, mak anak pun tergoda.

Sedapkan.. itu la buat anakku Ajeem duk kepingin sangat. Jadi, pi sekolah sampai-sampai ja tengahari tu pergi beli kat kantin awal-awal simpan dalam meja kelas.





Kat sekolah biasanya jual yang botol dan tin. Ajeem tak main la yang dalam tin, kecik! Beli yang botol , 1 botol. Member ni apa lagi semangat la balik nanti nak berbuka dengan air lemon tea.. tak sabar, tak sabar.

Yang nak dijadikan skandal ni... waktu rehat jam 3:10 petang kat sekolah semua kena turun, ada yang baru nak "bersahur", Ajeem kata kawan-kawan dia bawa air dan makan kat kantin sebab lepas tengahari (lepas waktu rehat) mereka berpuasa. Alhamdulillah anakku ni walaupun sahur jam 11:30 pagi ada la juga ertinya tak boleh makan dan minum lepas tu.

Yang nak dijadikan skandal ni..(ok, ok dah sampai bab skandal) lepas waktu rehat dan member naik kelas tengok-tengok air ice lemon tea dia dah tinggal botol kosong. Ada member kelas dah bedal!.. Aduh.. nangis dalam hati la.. sedih, pilu, kejam dengan tindakan kawan yang sanggup minum sampai habis, tinggalkan botol kosong pulak tu.Sampai hati.

Bila balik rumah, mengadu la kat mummy, dia dahaga la mummy, dia puasa tak minum apa-apa pun. "Air Ice Lemon Tea Ajeem beli tadi ada orang minum sampai habis." Sedih juga mummy dengar terdahak anakku, dah la lembek berpuasa. Mungkin budak tu aim dah masa masuk kelas awal-awal hmmm sedap.. sejuk ... walauapa pun tak kisah la bab nak minum.. teringin hak orang, standard nature of anak-anak, tapi kenapa la minum sampai habis tak tinggal sikit untuk tuan empunya.

Memandangkan mummy dah belikan air "Blue Lemon" dan "Air Bandung" dekat pasar ramdhan tadi, kita minum dulu air yang ada. Jangan membazir, Alhamdulillah Ajeem boleh tunggu esok untuk mummy belikan untuk berbuka nanti. Nampaknya Ajeem dah serik nak beli kat sekolah...

Gitu la skandal bulan puasa tidak dapat tahan nafsu keinginan Ice Lemon Tea.

Thursday, August 4, 2011

Jahitan manik jubah


Inilah hasil untuk meng-3D menggunakan manik.. 1 hari menenungnya, tak nampak?

Kat tengkuk dan deretan ke bwh ikut bunga dan ranting... Utk kepuasan diri.. kalau tak kosong sangat.. ada la tambah skit kat tangan, lupa pulak nak ambik gambar.

Kepada kawan-kawan yg bersemangat menjahit manik. Go Go.. u can do it.. Go Go Power Rangers!

Perasaan Rindu Nikmat Tak Terperi



Rindunya bila ke ofis teringat kat Anje.. tambahan pulak tengok gambar ni... Gerammmm...

Mummy rindu kat abg dan kakak juga.. yg kasi meriahkan suasana rumah... Muah muah muah..

Begitulah perasaan ibu yg bekerja.. kepada yg bujang dan anak dlm peyut tu satu hari akan dpt merasai perasaan ini... Nikmat Allah bagi yg tak boleh dibeli dgn wang belian.

Wednesday, August 3, 2011

Semangat Merdeka: Lagu 1 Malaysia

Sekarang ni hari-hari balik nyanyi lagu 1 Malaysia.. sampai kan siap buka youtube kat rumah nak hafal supaya kena dengan music.. chewah!!! yang best.. Anje pun dah pandai nyanyi ada la tune tu kena juga.. semangat..

Untuk meriahkan lagi suasana Merdeka .. untuk cintai tanah air ku.. maka tidak ketinggalan Bendera Malaysia dinaikan depan rumah... dah lama naik dari 15 Julai lagi.. Kalau kita tak sayang negara kita.. sapa lagi..

Jum kita hayati lagu 1 Malaysia.. Tahniah buat warga LimKokWing University yang berjaya menyemarakan suasana dengan lagu ini.

Juadah Berbuka Puasa

Wah wah wah!!!!!!! nampaknya kawan-kawan semua bukan saja pakat sembang kosong pasal juadah berbuka..malah menu menjadi kenyataan.. kalau tengok diblog kawan-kawan dan FB semua pakat duk posted pasal menu makan yang telah disediakan..

Memandangkan anak-anak Bidadari dan Suami jenis yang sempoi...apa lagi.. maknya kena fikir sempoi je.. So kalau rasa nak jenguk menu rumah Bidadari tak yah ler.. Walaubagaimana pun anak-anak kata "sedap, mummy." itu udah bagus.

So apa lagi? Masak apa kengkawan? Boleh la share idea ni...

Tuesday, August 2, 2011

Jadual Waktu Berbuka Puasa

Agak-agak nak tahu waktu berbuka puasa di tempat sendiri dan pukul berapa ye mak ayah berbuka di kampung boleh semak di Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri Seluruh Malaysia


Persoalan berkenaan puasa agak menarik boleh dibuat bacaan sempena melangut di waktu yang melangut tu... Carian Jakim. Nak cari pasal lain pun ada. menarik juga.

Selamat berbuka puasa.

Surah Al-Kawthar





Nak baca AlQuran online.. boleh baca anytime...
Terima kasih kepada Portal Quran.

Berbuka, Terawih & Sahur Bersama Anak-Anak

Kali ni berpuasa nampaknya lebih menarik sebab kakak dah besar dan dah wajib atas dia...Semangat kakak nak "puasa penuh" dan menjadi insani yang lebih baik, insyaAllah mummy doakan bersama semoga berjaya.

Jimo..? Alhamdulillah... berjaya.. lepas berbuka dengar abang jerit " Yahoo.. puasa penuh hari ni!".. seronok betul bila puasa penuh dengan kerelaan hati.. suka mummy juga. Pagi kejut abang sahur tak la susah cuma mummy kena suap makan.. dapat makan dalam 6 suap pun dah kira ok. Biasa la kalau awal-awal nak adjust diri nak makan pagi-pagi buta.. hmm memang la slow..


***Pesanan Penaja*********************************
Oh ye pesanan mak (insyaAllah kita doakan yang terbaik) baca Surah Al-Kawthar sebelum kita nak makan dan minum lepas berbuka dan waktu sahur.. insyaAllah kurang rasa dahaga dan lapar. Ini pesanan mak bidadari (Tok Ani) buat anak-anak, menantu dan cucu.. setiap cucu-cucu-nya Tok Ani akan telefon dan pesan. Naluri keibuan dan tanggungjawab masih dipegang utuh oleh Tok Ani.

Surah Al-Kawthar ini Bidadari linked dari Portal Al Quran. Terima kasih kepada hamba Allah yang membangunkan Portal tersebut.
***************************************************

Anje pulak.. suka sangat bila puasa. Siap cakap dengan Bing (my philipino maid) " I puasa"... hehehe tapi masih Anje makan dan minum susu waktu makan dan nak tidur.. ok la.. untuk budak 3 tahun dah tahu puasa tu tak boleh makan dan minum kira excellent. lagi 2 jam nak berbuka Anje dah tak makan dan minum.. hmmm bertahan juga dia bila tengok Keropok "Contos" berbling-bling hehehehe.. Anje kata " Tak boleh makan, nanti masuk neraka". Pandai -pandai... Tengok la rupa Anje bangun Sahur pagi tadi 5:00 pagi, .. terkejut mummy tup tup Anje dah tercongot kat meja makan dengan muka yang bergitu happy dan bangga sekali.. tapi bila nak ambik gambar hantar kat Tok Ani.. terus berlakon muka letih...

Anje Sahur Nasi & Udang


Ajeem pulak macam mana ye.. Ajeem ni sahur lewat skit.. dalam masa belajar puasa ni mummy masih bangga dengan semangat berpuasa di sekolah walaupun pukul 11:30 pagi dah minta makan nasi sebab lapor.. Ajeem balik sekolah dah kendur lutut mengalahkan abang yang puasa penuh.. "mummy, dahaga... dahaga la.. tadi kena berdiri tengah panas sebab dalam dewan dah penuh.."... "inshhh... lagi 1 1/2 jam je lagi.. sabar la..."... "tak boleh la mummy... rasa macam nak pengsan dah..tadi kat sekolah kawan Ajeem bawa air, mereka kata mereka puasa lepas tengahari.." hehehe boleh ke gitu.. ok la mummy kasi credit kat Ajeem. "Boleh minum, tapi sikit je tau.. air kosong." "Ok, tq mummy."
Itu lah gaya Ajeem... sahur memang tak nak bangun awal.. dia dah pesan dia sahur lewat.. Kasi chance ler...

Terawih kami di rumah ramai-ramai.. Daddy baca ayat "mukhaddam" jadi seronok.

Selamat Berpuasa: Niat Puasa

Selamat berpuasa untuk semua... kawan-kawan.. akak-akak, adik-adik dan anak-anak. Umat Islam seluruh dunia dah mula berpuasa pada 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011 .. berbukanya semalam dengan makanan yang lazat-lazat memberi kita kesyukuran kerana ada anak-anak kecil dan orang di luar sana yang tak mampu untuk berbuka dengan sempurna.. InsyaAllah puasa mereka akan cukup sempurna. Kita doakan sama-sama buat semua umat Islam.

Bidadari ada berpesan kepada anak-anak, kita harap puasa kita kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan puasa hari ini lebih baik dari puasa kelmarin/semalam. Sama-sama kita ingatkan.. berpuasa itu adalah rukun islam yang ke -3 "Berpuasa pada bulan Ramadhan". InsyaAllah dengan lebihkan ibadah dan keikhlasan kita .. dosa-dosa kita akan diampunkan dan kita doa kita di bulan ini dimakburkan.

Lafaz Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Lafaz niat puasa fardhu Ramadan
Niat puasa Ramadan
Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Doa berbuka puasa
Ertinya: Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
********************************************************************
Bidadari sharekan terima kasih kepada Kulanzsalleh.

Bidadari ingin mengucapkan selamat berpuasa dan ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini.

Bidadari

Saturday, July 23, 2011

Amalan 5S Sentiasa

Sekarang ni.. bila datang je hari Jumaat .. itulah hari operasi 5S.. semua warga di ofis akan tukar pakaian yang bersesuaian untuk memula operasi. Terima kasih pada AJK yang bertungkus lumus buatkan jadual.. buat publisiti dan terutamanya roommate-ku yang menjadi Auditor 5S yang paling berdedikasi.

Selama ni memang tak berkesempatan nak ber5S selama bulan 6 dan 7 kerana komitmen kerja. Sorry ye kawan-kawan. Semalam dengan kerjasama MsJ dan MrZiri dapatlah kami menyisih dan menyusun. Itu pun rasanya dah tahap tenaga sifar.. paham-paham jer ye dengan kadar umur dan kurangnya aktiviti bersenam.. Oh ye tak lupa thank you MrLai yang turut serta untuk membantu kami mempercepatkan proses menyisih.. apa lagi.. bila boss kata ni tak perlu.. terus bedebush!! masuk dalam kotak untuk shred, shredder dan bersedia untuk beroperasi.

Amalan 5S : Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik.

Rupa-rupanya amalan di rumah pun turut dilaksana oleh pembantu rumah ku yang baru.. hehehe memang cleorrrr (clear) habis almari dan stor. ok la.. so far tak berguna pun duk asyik menyimpan sebab sayang nak buang.. bila org lain buang biar je la.. sebab bukan tangan ni yang buang.

Kita rasa u all semua pun boleh buat.. ikut macam saya.. hehehe mulakan dengan almari baju. Sisihkan baju yang pakai, tak pakai (tak muat dah .. dah makan diri baju tu..) dan baju yang ada nostalgia. Hubby kita biar je kita buat sendirian.. bila dah sampai siap bahagian susun dah.. "Arghh!!! mana dia baju "pagoda"" member (hubby) dah kecoh dah... hehehehe tadi dia nampak kita masukkan baju pagoda dia kat dalam bahagian yang nak let go. "Kenapa baju putih i tinggal skit?"...hmm takkan la diri ni nak buang baju elok.. sebenarnya sikit le.. yang buang tu yang dan lama, makan diri pun (lubang kecik-kecik) dan kuning sebab lama tak pakai.. lepas tu .. bila dia perhati.. kita asingkan yang round-neck dengan yang ada butang. hehehehe.... rasa seronok pula nak buka almari bila tengok pakaian kemas dan senang nak pilih..

kalau buat skit-skit mesti boleh punya betul tak? nak mula kan tu je kena semangat kental skit.

lepas ni nak ajak anak-anak buat Sisih dan Susun untuk almari mereka pulak..Amalkan yang baik..

Sunday, June 5, 2011

Ajeem...operate or not

KKesedihan di petang Jumaat 3 jun 2011

Sedih mummy bila pergi doktor pakar ENT di sebuah Hospital X ni. Lepas masuk check 5 minit then explain dgn lemah lembut... terus suggest nak buat operation buang tonsil ajeem.... sedih mummy... mummy dengar je doktor explainef tu... belum habis dia nak cerita bab procedur....terus mummy keluar dari bilik doktor....

Tak tahan rasanya air mata ..... anakku yg ceria...sihat tu nak kena masuk operation room?!!!!!! Doktor kata lepas operation tu akan sakit la tekak sebab luka remove kedua dua tonsil tu... tambah lagi sedih meleleh bila dgr doktor kata ini kategori "INTERMEDIATE Surgery".... bukan minor u know....

Oh! Please! Ada juga dgr surgery ni ada chance complication.... cause to bleeding...itu worst.

Ikut advise pakar kanak-kanak yg duk merawat ajeem dari kecil... dia ada ckp dulu... ajeem still kecil.. tak perlu buat lagi... memang tonsil dia besar dan senang kena infection... tapi cuba alternatif dulu... kurangkan gula... sebab bakteria senang aktif bila manis.

So balik dari hospital...tak perlu ubat sebab duk makan antibiotik dah sbb demam... terus telefon tok papa... alhamdulillah bila dgr tok papa kata anak dia sorang tu kena admited hospital pasal tonsil...doktor kata nak bedah buang juga... ayo yo.. doktor ni tak ada kerja lain ke selain daripada nak bedah orang. (Bukan utk semua doktor ye...sorry)

Terus dia refer pada doktor kawan kepada anak sedaranya yg juga doktor...dia kata cuba guna spray tekak.. beli di farmasi.. kalau boleh kecut ...bagus la sebab mereka masih budak. Lega hati mummy dengar tu. Terus semalam g beli.

Malam tadi lepas makan... ajeem mkn antibiotik... sebelum tidur spray dulu... nampaknya kurang dengkuran dia... pagi ni check tonsil belah kiri dah kecut... belah kanan kecut skit.. ok la.. nampak improvement.. cuma nak kena check sekali lg dengan mana mana ENT...related to the liquid yg masuk bahagian telinga dalam disebabkan oleh infection tonsil... mummy doakan ajeem sihat dan ceria mcm selalu.

4 jun 2011
Published with Blogger-droid v1.6.8

Saturday, June 4, 2011

Anak-Anak Lelaki & Atok

Dalam boring terlantar tak sihat ni....Teringat masa baru masuk kerja balik setelah sekian lama duduk bermanja dengan anak-anak....

Byk pulak halnya budak-budak ni... pagi-pagi, ring-ring .. tok ani dah call "anak hang tak mau bangkit..depa tak mau bangun."

Mummy kat ofis apa yg mummy boleh buat sgt ...arghhhhh..... boleh dengar je la... ring-ring...

"mummy, boleh tak ajeem cuti hari isnin, rabu dengan hari jumaat. Ajeem tak suka."

"Kenapa?" Mummy tak paham apa masalah pulak kat sekolah... masa mummy cuti berbulan2 tak ada la pulak masalahnya. Ni siap ada hari tertentu.

"Ajeem tak mau, ada kelas cikgu Rosmiah...dia suka marah."

"Cikgu Rosmiah marah ajeem ke?" Apa pulak salah ajeem.

"Tak. Dia marah kawan ajeem." Huh! Ayoyoyo..ini punya alasan boleh ka utk ponteng 3 hari seminggu?

Mummy yg tak berdaya buat apa2, cuma boleh pujuk dan kasi chance cuti utk 1 hari je. Mulai esoknya, selasa kena pergi mcm biasa.

Agaknya selesai dah la tu.

Bila balik rumah.. tinggal Anje je. Kakak baru balik dr sekolah agama. Aik semua pi sekolah. Rupa-rupanya... tok ani telah bagi nasihat.

Masa dua-dua boys tu buat keras tak mau mandi g sekolah tok ani pun ckp,
"Kamu dua berhenti saja sekolah. Tak perlu nak susah payah pegi sekolah. cuba tengok Si PusPus, dia tak pi sekolah. Ada aje rezeki dia...dpt juga makan kenyang tiap hari. Puspus pun gemuk.. korang bolah kawan dgn puspus juga."

Tuptuptup....pukul 12 je..dua-dua..g mandi sendiri siap pakai baju sekolah, stokin. Tok ani suap mkn..bas datang terus lari naik bas...

Hehehe... mcm mcm style budak budak ni.... jadi ke kalau mummy yg kata gitu?#%&*%!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

Sayang Anak..sayang ibubapa

Mama... Anje dah pandai bawa motor pink... akhirnya Anje dapat juga motor pink... merata daddy cari...

Bila ditengok balik.. memang habis 85% barang Anje memang pink..scooter pink... basikal pink..tricycle pink...kitchen pink.. poning mummy... tak leh ke warna lain.. kenapa la tak ikut mummy asal lawa tak kira apa warna... harap nanti jangan nak pi sekolah nak naik bas warna pink udah.. jenuh daddy pi hired special bas sekolah warna pink...huhu

Anak-anak ni pandai betul ambik hati ibubapa... susah payah pun ibubapa masa mereka kecil cuba tunaikan apa yg dihajati... (setakat yg termampu)... mummy dan daddy doakan bila dah besar nanti anak-anak tetap menjaga hati mummy dan daddy happy with you guys around yg sentiasa mengambil berat dan peluk sayang... itulah idaman semua ibubapa bila anak dah besar dan berkeluarga.

Tuesday, April 26, 2011

Teruja dgn microsoft shatedpoint pula...

Dgn kawan kawan ofis.. Missed my daughter si kecik.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Rancangan Ronda-Ronda, Bila ni?

Weekend baru ni asyik dengar kawan-kawan baikku ronda-ronda sampai ke Universal Studio Singapore... Jealous!!!! (Jealous dengan niat baik... terasa nak join...)

Sure mereka enjoy sakan.. so apa lagi.. rakan-rakan yang asyik ke Bandung tukar la haluan ke U.S Singapore pulak... pergh!!!! mari la kita sama-sama merancang...

Bila duk dapat update melalui FB oleh kawan-kawan tu semua live dari Universal Studio Singapore.. semangat membuak-buak nak bawa kenit-kenit ke sana. Lepas ni nak start buat interview kepada Mayang, A.Supermen dan R@Alias.. dah set soalan dalam kepala ni.. hehehe pengalaman.. budget.. apa yang best .. mana nak start dulu.. masa spending... berapa kepuk (copy perkataan Dy) bakal nak hamliaw... berapa baju nak kena spare (nampak ada tempat basah tu).

huh tak sabar-tak sabar... bukan tak sabar nak pegi tapi tak sabar nak tunggu duit berkepuk (copy perkataan Dy)...

Selamat pulang dengan selamat kawan-kawan... Alhamdulillah... syok follow geng yang buldus ni.

Monday, April 25, 2011

SCAM Caller Ringtone 22990, AWAS!

Saya ni memang sukaaaa la sangat lagu-lagu dendangan Anuar Zain.. Jadi bila ada Caller Ringtone Anuar Zain "Sedetik Lebih" gatal lah tangan ni membeli caller ringtone utk RM1.50. Ingat setakat tu je.. lepas seminggu tup tup message masuk:

RM0>Langganan mgguan lagu anda bjaya diperbaharui, RM1.50 tlh dicaj ke akaun anda. Ttakluk T&S.

Tak puas hati la pulak. Bila pulak saya agree dengan bayaran RM1.50 sebulan. Banyak tu. kalau buat call lagi untung kpd kenit-kenit di rumah.

Puas saya cuba untuk unsubscribe. Tak pandai la pulak. Nasib baik bila search ada jumpa sahabat net yang juga sudah terkena dan dengan baik hati bagi tahu macam mana nak unsubscribe perkhidmatan ni. Terima kasih byk-byk.

Berikut adalah langkah-langkah untuk berhenti melanggan dari Celcom Caller Ringtone CMT 22990 :-
1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 4. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.
Bila sistem balas kata betul ke nak unsubscribe jawab "Yes"...
Tunggu sampai 22990 hantar message: RM0>Langganan CMT anda telah ditamatkan.
Jadi sama-sama kita berkongsi. kalau you all semua nak continue dengan perkhidmatan ni dan nak pilih lagu-lagu lain teruskan je.
Yang rasa tak puas hati tu.. masa kita first time request tak ada pulak dia cakap akan ada automatik deduction akaun kita. huh!!!!!!
Walla....

Sunday, April 10, 2011

Dugaan Allah...

Sesungguhnya dugaan Allah itu utk hambanya yg terpilih.... dan sesuatu dugaan itu diberikan setakat mana hambanya mampu menghadapinya. Itulah kayanya Dia.

Alhamdulillah bila dpt berita melalui fb Iqbal anak perempuannya, adik ira dah sedar dan selamat dlm pengambilan sumsum utk diberikan pd abg kesayangannya. Abg pun nampak dah boleh senyum.... syukur...

Saya masa dgr berita tu... meleh air mata... berdiri bulu roma... tak tau mcm mana nak menggambarkan kepedihan yg dilalui oleh dua beradik tu...dan iqbal serta isteri. Masa saya cerita pd suami dan anak2 ...disamping mengatakan besarnya pengorbanan adik buat abg...menangis dibuatnya....

Bila mengenangkan adik ira sama umur dgn yasmeen dan abg sama umur dgn hazeem. Mereka begitu berani...tuhan maha kuasa... menjalankan pemindahan sumsum tulang pada masa kecil...

Sama-sama kita doakan kesihatan anak-anak iqbal...Ya Allah... Kau berilah kesihatan yg sempurna dan panjangkan lah umur anak2 ini... berilah mereka kasih sayang dan kebahagiaan... Amin.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 8, 2011

Happy Birthday My Fren


Published with Blogger-droid v1.6.8


Selamat ulang tahun Mayang Kelapa (8 Apr)... semoga panjang umur dan murah rezeki.. sihat sejahtera selalu.....ceria ceria selalu.

Inilah yang dapat bidadari surprisekan u.. walaupun tak surprise but at least feel good can do something for my good fren here.

Friday, April 1, 2011

Mummy @home vs @office

Sudah 10 hari mummy ke ofis.. kepiluan tinggalkan Anje, kakak dan abang masih terasa. Anje dah makin independent pandai ambil hati tok ani. Kecohnya dia... mulut yg manis membuatkan tok ani tak rasa kosong.

Tapi yg tak tahan mummy bila Anje telefon nangis minta mummy balik..... sedihnya.... "mummy, balik ler... aye rindu mummy..." sambil nangis teresak-esak.

Sebagai pekerja.. mummy kena laksanakan tugasan ofis yg terbaik. Setiap isnin pagi mesti rasa sayu nak tinggalkan Anje lepas 2 hari berdakap.

8 bulan mummy dgn Anje tak berenggang... ini lah dugaan bila masuk ofis. Bila hari jumaat ni... tak sabar nak tunggu ptg nak balik duduk dgn Anje, kak tasha, abg ajeem dan abg jimo.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wednesday, March 2, 2011

3 jenis lelaki???

sedap pulak duk melayan channel KBSW... cerita korea byk cerita pasal kehidupan dan keluarga.

cerita...3 jenis lelaki jangan dibuat menantu...

pg ni sedang kasi tidur yasmeen sempat tengok cerita Daughters-In-Law. Cerita kesah perempuan yg kawin jadi isteri dan anak yg akan jadi menantu. Ibu dari keluarga kaya marah dgn anak perempuan dia nak kawin dgn lelaki yg dia tak setuju.. sebab apa dia tak setuju.. tak surelah sebab bukan ikut pun series ni. Bila anak dia merajuk dgn boyfren dia sebab lelaki tu tak sanggup nak honeymoon di Tahiti. lelaki tu anak tokey restoran kaki babi.... restoran kecil.kecilan.. dia kata dia tak sanggup menghabiskan duit dia utk just a honeymoon beribu-ribu ringgit sedangkan ibu bapa dia kerja keras dan tak pernah keluar dari kg itu pun. sebab dia anak yg sangat baik..

jadi si ibu perempuan tu kata... orang tua-tua (Korea) kata 3 jenis lelaki jangan dibuat menantu huhuhu... nak tau ...heh heh heh...
1: lelaki yg kosong hidup..tanpa hala tuju..tak ada kerja tak ada education.
2: lelaki yg lemah
3: anak lelaki yg baik...

pelik pelik org.nak la menantu anak yg baik... dia layan mak dia dan mak kita dgn baik. insyaAllah anak-anakku anak2 yg baik....

tapi jadi perempuan zaman la pula..calon-calon bf/suami... ada duit duit duit..... hehehe
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, February 28, 2011

IluvIslam: Bahasa Akal Bahasa Hati

Saya suka artikel ini...mungkin saya juga ada buat byk kesilapan bagi diri sendiri dan dlm membesarkan anak anak.. harap ini bukan lagi terlambat buat kami membetulkan dlm keluarga.. cara islam didikan yg patut diikut... dengan mengenali hati budi dan perasaan anak-anak dan pasang...



...... Lihat sahaja bagaimana Luqman menasihati anaknya. Beliau mulakan ungkapan nasihat itu dengan lafaz "Ya Bunayya", yang boleh dimaksudkan sebagai "wahai anakku sayang". Ia adalah lafaz akal dan hati. Luqman tidak bersikap angkuh terhadap anaknya atas status dirinya sebagai bapa. Malah kuasa kasih sayang dan bahasa yang mengungkapkannya, menjadikan nasihat itu lebih berkesan dan penuh hikmah.

......Lihat sahaja pada mesej-mesej di [I]shoutbox[/I] dan komen. Saya tidak bermaksud mahu memperlekeh sesiapa, tetapi saya tidak enak membaca tulisan yang tidak manusiawi. Tidak cerdik berkata-kata. Apakah kerana generasi muda hari ini semakin banyak berhubung di alam [I]virtual[/I], maka mereka menjadi tuli terhadap nilai-nilai kemanusiaan pada bahasa dan perhubungan?...

bacalah artikel ini sepenuhnya sebagai panduan kita utk keluarga bahagia....

love u all

Thursday, February 17, 2011

Kenapa Tandas Awam dot dot dot....

kalau di sebut sahaja tandas awam.. tak lalu nak imagine..nak masuk.. nak dengar...

Bidadari selalu pesan kat anak-anak sebelum keluar pleaasseeeeee gi toilet dulu.. tak perlu mengharap nak ke tandas awam... unless emergency yang dah kita cuba elakkan. Kalau time nak gi makan.. then nak ke tandas awam... mula la hilang selera.. jadi hubby yang tersayang akan terpaksa volunteer untuk teman budak-budak (selalunya kes-kes gini anak lelaki le). Yasmeen..selamat! ada diapers yang dibawa. Yasmeen dah tak pakai diapers since umur 2 thn, tapi time emergency kat public area mummy terpaksa sarungkan diapers pada masa-masa dia tak tahan.

Kenapa tandas awam ni tak bersih-bersih macam tandas di rumah.. sedangkan semua rumah ada tandas.. kenapa kat rumah boleh bersih kat tempat awam tak boleh.. bukan org lain yg pakai org yg ada tandas kat rumah juga. itu yang pelik?

Bukan bidadari nak cerita sangat pasal tandas awam.. tapi nak cerita... mana nak ada didikan yang sempurna kalau sekolah mak oiii tandas murid-murid tak lalu nak masuk... 200meter belum sampai lagi dah bau hancing... anak-anak bila first time masuk sekolah darjah satu semua culture shock!....bukan pasal first time masuk sekolah.. tapi sebab bila ke tandas semua balik complaint.... mummy tandas...itu ini... urghh!!!! tak kuasa nak dengar... tapi itulah keluhan mereka bila first 2 weeks ...

mungkin kerajaan dan jabatan pendidikan kena buat sesuatu untuk upgrade tandas murid-murid dan cleaner yang lebih bukan setakat 2 org nak jaga satu sekolah dgn 10 tandas.

Bidadari kadang-kadang berkhayal... kalau ada duit nak je sponsor sekolah buat tandas bersih tak grand pun tak apa.. lampu cerah...tandas kemas dan flash boleh guna.. air ada sentiasa. huh... Amin amin...hahahaha angan-angan aje.

harap pada masa terdekat semua sekolah satu Malaysia akan menjadi tandas contoh dan tidak timbul lagi isu kebersihan tandas awam.

Tuesday, February 15, 2011

Ada lagi ke ...

Ada lagi ke org-org beragama Islam yg masih tak paham-paham lagi ... byk kempen.. berita, maklumat yg cuba "Anti Valentine Day"...

Tapi cukup ke takat JAKIM.. JAIS.. bahagian agama Islam sahaja... rasanya keinsafan diri sendiri juga perlu.. harap-harap tak ada dikalangan kita yang masih cetek pasal hal valentine ni..

kalau diikutkan.. di TV cerita yg ada kena mengena dengan Valentine Day tak dipaparkan.. semalam.. cerita di TV kanak-kanak Nickolodeon.. DisneyChannel.. byk yg menarik minat anak-anak dan cuba memahamkan budak-budak berkenaan dengan Valentine Day.. itu yg bahaya.. bila dari kecil dididik dengan pengamatan kepentingan 14 Feb untuk menunjukkan kasih sayang pada org yang kita sayang.. kekasih.. kawan-kawan.. patutnya Kementerian Penerangan dan Kebudayaan menyahkan topik macam-macam tu ganti dengan topik lain.. Menteri di berita dan TV/Newspaper sebuk melarang sambutan Valentine Day.

Ok.. teringat pulak saya cerita Ustaz Kazim.. dia bertanya awak semua tau tak kenapa byk kes pembuangan bayi pada bulan Oktober dan November... pelik kan.. sampai hari-hari masuk berita.. rasa geram takut benci ada dengan org yg buang bayi..
Apapun nak tau pasal apa Oktober dan November.. cuba kira balik kebelakang.. bukan kah jika perbuatan yg dilakukan sempena Valentine Day tu.. akan membuatkan seseorang perempuan /gadis buncit dan agak matang kandungan 7 hingga 9 bulan bila masuk bulan Oktober dan November? Itu ada kebenarannya.... sebab tu la kali ni kerajaan .. ahli-ahli agama tak kira agama mana pun... cuba mencegah sambutan Valentine Day..

Jadi kita sama-sama membenci tindakan sambutan Valentine Day... setakat yg kita mampu dan utk org-org yang kita sayang... Jangan lah kita sekongkol dengan puan-puan yang menjual bunga sambil mengambil kesempatan dan keuntungan lebih pada 14 Feb... Itu yang akak jual bunga di tempat bidadari cakap.. "adik, adik kalau nak beli bunga lagi cepat-cepat.. sebab kalau dah Isnin ni.. harga naik 3 kali ganda.." sambil tersengih.. huh!!!

Anti -Valentine Day
Sepatutnya kita tunjukkan kasih sayang pada org-org yang kita sayang pada setiap hari.... kalau rasa pelik nak kasi bunga hari-hari....kasi lah senyuman pada nya.. sedekah doa...dan/atau telefon kata Hi...

Monday, February 14, 2011

Guna ATM MasterCard Dpt USD200,000,00

Bestkan kalau benar... number MasterCard kita terpilih untuk mendapat USD Dua Ratus Ribu....

Spam..spam..spam

Pernah sesiapa dapat email ni:

ATM MasterCard /Asia Asia/Pacific Regional Headquarters Southeast Asia 152 Beach Road #35-00 The Gateway East Johor Bahru Malaysia  Attention: ATM MasterCard Beneficiary  We wish to officially notify you once again of your status via your email address as our previous letter to your home address mailbox was returned undelivered. Your cash bonus of USD $200,000,00  (Two Hundred Thousand United States Dollar) have been RELEASED and APPROVED for onward delivery to you via our ATM MasterCard which you will use to withdraw cash at any ATMs SERVICE MACHINES where you see the MasterCard (or Maestro®/Cirrus®) sign/logo located in more than 22 million locations across 210 countries worldwide.  This amount of USD $200,000,00 ( Two Hundred Thousand United States Dollar) is cash bonus awarded to you from MasterCard Worldwide for your use of the Automated Teller Machine (ATM) recently. Maximum withdrawal limit per day is USD$ 9,500 (Nine Thousand, Five Hundred United States Dollar) Only.  If we have reached you this time as hopeful, endeavor to get back to us immediately to enable us commence the immediate delivery of your ATM MasterCard and ATM PIN NUMBER to your present home address.  ***PLEASE NOTE THAT DELIVERY ( NOT P.O. Box ) WILL BE PAID BY YOU FOR THE COURIER TO DELIVER YOUR ATM MASTER CARD TO YOUR DOOR STEP***  The delivery process of your ATM MasterCard shall be concluded as soon as you have contacted the Officer in Charge of delivery as stated below:  ========================================================= Contact Person: JK David Officer in Charge ( Protocols, Handling and Delivery ) ATM MasterCard Asia/Pacific Regional Headquarters Email: ddmx@gmx.com Phone  &  Fax Number   :+6010 2985 643 =========================================================  Please provide him with the underlisted informations below as soon as possible;  1. Full Names: 2. Delivery Address ( PRESENT HOME ADDRESS NOT P.O. Box ): 3. Nationality:/ Present Location: 4. Occupation;/ 5. Phone Number(s):,  Thanks for your cooperation and congratulations once again.  Yours in Service, Anne Cheah Customer Care ATM MasterCard Asia/Pacific Regional Headquarters Southeast Asia 152 Beach Road #35-00 The Gateway East Johor Bahru Malaysia
Kalau ada kawan-kawan terima.. delete aje.. since last year lagi spam ni menular... sapa nak kasi kat org 2 ratus ribu.
Setengah orang dia tak perasan.. terus je reply email dan bagi maklumat... hancus...   
Anti Spam......

Sunday, February 13, 2011

Pencuri malam

Lepas seminggu daddy balik cerita rumah kawannya di USJ pencuri... cuba tektik lain pula... waktu tengah malam... depa datang naik motor... baling batu pecahkan cermin kereta.. so bunyi alarm... tapi tak ada org keluar ... bapa kawan daddy tak kasi anak dia keluar... then depa pecahkan cermin lagi satu kereta... since tak ada org keluar juga.. mereka dindong.. dindong bell.
ahli keluarga tu tak keluar.. mereka telefon polis dulu... bila polis sampai baru mereka berani keluar.... katanya tektik baru bila tuan rumah keluar mereka serang ke... yg tak tahan dengar... bila dia bunyi bell... tuan rumah tak keluar... pencuri siap hinggut panggar kuat-kuat.. ganaz...

so pengajaran utk kita semua.. kalau rasa something not right... call polis dulu ... jgn ambil tindakan berani.... bapa kawan daddy telah ambil tindakan bijak.. tak kasi anak dia keluar (biasa la anak muda.. kalut la pasal kereta)...

Thursday, February 10, 2011

scary incident...@home

Baru je pagi tadi tulis pasal pencuri tektik baru sebelah mlm....

Tuptup ptg tadi 3:50pm ada org panjat rumah sebelah ...sebelah pagar rumah...ngeri.... kurang asam betul...tak ada kerja ka...mengaji malas duk mai nak masuk rumah org.

Masa tu duk sebuk seterika baju yg bertimbun.... yasmeen tengah tidur kat sofabed tepi sliding door.. yasmeen tetiba terjaga...masa nak pi tepuk2 ternampak ada org...duk tengah panjat dekat tepi pagar... yg ngeri tu... terkejut kita tengok dia... arghhhhh...... kecutnya perut.... ckp yasmeen.." anje, ada org panjat..shhh" yasmeen pun diam...kami jln diam2... ke arah dapur sambil call police... polis gerakan shah alam... dia advise duduk dlm bilik kunci pintu tunggu police on the way.... sesaat pun rasa lama..... sambil tu call husband..... takuttttttt.... mana la police ni... call guard house call centre busy... police bukit jelutong busy...arghhhhh

Neighbour???!!!! Semua kerja... ada nombor maid belakang tapi dia pun ikut tuan dia outstation dah dekat 1 week.... tak ada org.... mana police ni... call balik polis gerakan.... sembang dgn dia buat teman. Tq cik lina... lepas polis dtg dia call balik tanya khabar...

Polis called.. baru keluar dari bilik... huh... rasa lega skit... sempat bg tau polis dengar mcm org dah naik ke anjung rumah sebelah (rumah kosong) dan terjun.

Orgnya org melayu rambut mawi... tak tinggi tak rendah. Pakaian kemas tshirt round neck.. polis dtg 2 kereta dan guard dtg lepas tu 3 motor 4 org... 1 keta polis dan guard dah buat rondaan cari org yg disyakki..

Eeeee awat la tak dpt....

Itu la cerita derita ku hari ini. Baru rasa nak selesa lepas kes ragut depan rumah dulu. Tiap2 hari bila masuk kawasan perumahan mesti perhati kereta especially motor terutama kalau jenis naik 2 org....zaman sekarang ni pelik kalau lelaki naik berpeluk dua org atas motor.

U all semua careful ye....
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, February 8, 2011

Akibat biar baby nangis

Ini cerita Bidadari nak share dengan kawan-kawan. Di kawasan perumahan Bidadari ada seorang budak yang terencat ...sedih tengok budak tu.. pretty ...budak perempuan anak mix mat saleh + melayu. Maknya melayu. Dia dilahirkan normal tapi kerena ibubapanya nak buat style mat saleh .. jadi masa dia baby dia tidur bilik sendiri..diajar cara barat bila baby nangis dibiarkan aje.. nanti dia senyap... sekali budak tu panas badan dan nangis lama sampai tarik.. kejadian itu menjadikan budak perempuan tu terencat sampai sekarang.

Ibubapa yang kaya sekarang gajikan nurse professional untuk menjaga budak tu. Tapi bila difikirkan apa jadi dengan masa depan dia kan.. sedih kan... kerana kita .. apa salahnya kalau kita attend kepada anak kita yang kecil... bukan dia akan kecil sampai bila-bila..

Ini merupakan pengajaran buat semua yang kita boleh share sama-sama. Masa Natasha, Jimo dan Ajeem kecil... Natasha 4thn, Jimo 2thn.. Ajeem 0thn.... semua je bangun malam utk minum susu dan tukar diapers... Tuhan tu maha Agong... sesungguhnya sampai sekarang Bidadari masih tak mampu untuk fikir macam mana jaga mereka waktu malam.. siang bangun awal masak pergi kerja balik petang, gi padang... Tasha bangun setiap 2 jam... Jimo dan Ajeem setiap 1.5jam dan masa jimo dan ajeem bangun pula tak sama.. Masa berlalu dengan penuh memori... :)

Sunday, February 6, 2011

Anje makin membesar

keceriaan

malu

gaya
main masak-masak dengan puspus
[tq puspus melayan kerenah Anje yang membuli puspus..walaupun jantan tidak ego untuk teman Anje]

Bagi bidadari menjadi ibu dan bapa..adalah anugerah yang amat berharga... dengan 4 budak kenit dirumah memang riuh rendah.. bidadari dan suami cuba mengisi sedikit masa yang ada utk bersama-sama mereka.. huh.. dengan adanya broadband..wifi di rumah.. kesebukan diri bukan saja di pejabat tapi juga di rumah... apa lagi.. chat, WatsApp, YM, GTalk, FB...huh mcm-mcm...
dugaan tu.

Anje Yasmeen pun dah makin besar,.. byk demand.. jadi sambil melayan kerenah Anje yg kipoci tu kena juga melayan yang lain sama... sementara kita sihat, segar...bidadari cuba luangkan masa dengan anak-anak yang kecil... (bidadari ni sembang utk kawan-kawan yang anak-anak sebaya ni)..bila mereka dah masuk sekolah menengah... nak bermain masak-masak bersama... bermain lari-lari di padang sama-masa dah tak ada lagi... dari umur mereka 0 - 10 tahun inilah untuk kita luangkan masa..kesebukan bukan alasan...tak kira buat ibu atau bapa.
hehehehe mesti ada yang kata boleh le.. sekarang bidadari dirumah.. betul betul.. tak tipu.. tapi memang sibuk dirumah.. tak ada masa nak tengok CSI, NCIS ke.. curi-curi masa je.. itu pun bukan hari-hari.,.. Apa pun ini akan menjadi peringatan untuk bidadari bila dah masuk ofis balik...Jangan mare ye...

Bidadari selalu cakap dengan suami ... kita akan rasa rindu masa sekarang berlari di padang main tuju kasut, bola sepak.. buaian... insyaAllah kerinduan ini akan terbayar dengan memori yang kita ada... mungkin tidak byk masa (sepenuh hari) tapi sedikit itu biarlah bermana tiada wang ringgit dapat membeli masa-masa /memori itu.

Dengan cerita anak-anak di blog/fb kawan-kawan menunjukkan kebahagiaan kehadiran anak-anak itu dlm dunia kawan-kawan bidadari. Alhamdulillah... suka bidadari baca dan dengar pasal anak-anak kawan-kawan punya kerenah.

p/s: Bencilah pembuangan bayi dan pembuang bayi

Sabun Basuh Baju

Sekarang ni ... dalam ala misi bijak berbelanja... nak jadi bijak dalam memilih produk yang bagus berkualiti dan murah.

Dah 6 bulan kami menggunakan produk dynamo dan softlan... baju bersih dan lembut... jimat juga sebab boleh tahan dalam 2-3 bulan...
Harga berpatutan... RM30 sebotol (10 kg). Softlan ada 2 warna pink dan purple... tapi memang pekat. ikut kepada wangian yang disukai... so far baju putih dan bersih.. ikut macam iklan tv... sapu dulu kat colar..tepi kopet (poket naju sekolah anak dara...)

Sekarang dah tambah bekalan untuk kakak dan makcik-makcik. hmm... seronok bila boleh share dengan mereka.. ada sesiapa nak?


Majlis Khatam Quran


tasha membaca Al-Quran


Faeesol membaca Al-Quran


Anje menjadi saksi

Alhamdulillah..selesai sudah majlis khatam tasha dan faeesol. Terima kasih mak ina...sista bidadari...yg membuat majlis perancangan hanya kelmarin....majlis berlansung dlm suasana simple tapi meriah.

Tasha di jemput bersama-sama ...dia tengok bidadari dah berbulan-bulan rancang nak buat...tak buat-buat. terima kasih ayah gee.

kami sangat seronok tengok tasha baca dgn baik sekali... rasa syukur... sebagai bekalan masa depan... mummy tak mampu memberi kemewahan... nilai murni dan pengetahuan agama hadiah dari mummy dan daddy.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Friday, February 4, 2011

Beezzzzzz

B? Ruby? Familar right! hehehe... this is about the Green Hornet!!!
it's nice movie for family...recommended.

it's free fall that will make u watch without stress.... the most important the kids will love it....the stupid jokes, funky gadget...the cars cool...the boys be crazy....

kalau anak lelaki memang terangkat..
jum p tengok lagi.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, February 3, 2011

Happy Birthday To Our Young Girl

11 tahun yg lalu dia dilahirkan... selama 9 bulan dia dalam perut di bawa ke hulu ke hilir macam org tak mengandung... wow.. lamanya rasa 11 tahun tu .. tapi bidadari masih mcm tak percaya ...sebelas tahun. huh!!!!...apa pun alhamdulillah syukur pada Allah.. diberikan anak yg sihat gebu dan tidak banyak kerenah masa baby dulu.

Itu lah Natasha.. masa kecil dijaga oleh daddy yg bawa dia ke sana kemari dlm bakul ... pergi meeting pun dengan tasha yang kurang 6 bulan... she is really a good girl and behaving very well. Sekarang dah besar boleh juga diharapkan untuk menjaga adik-adik. Doa kami Tasha akan jadi anak yang solehah dan berjaya.

Mummy

Thursday, January 6, 2011

Sponsorship/Rasuah

Hari ini ada topik menarik sembang-sembang FB... topik ni dikeluarkan ideanya oleh seorang kawan. bagus la kalau kita gunakan FB utk tujuan yg lebih faedah dan sharing maklumat, idea etc...

balik kepada pasal sponsor ni actually cuba kita fikir, kalau kita tak ada "power"... adakah org nak kasi sponsor kat kita? siapa kita? apa kedudukan kita? sapa kata hanya bos yg ada power... "influence" juga merupakan "power" utk kita mendapat sponsor... ini cerita pasal sponsor bila kita kerja. ada org nak kasi sponsor pada suri rumah? si pencen?

apa pun depends kepada niat.. sekiranya niat dia memang baik.. tapi kalau boleh dielakkan cuba la. memang benar kadang2 dlm dunia kerja ni susah nak elak daripada sponsorship ni.. as long as we have tried.. and try to avoid it.. that's good.

Bukannya apa.. kita tak nak terlibat dlm kes-kes yg akan menjadi isu audit dan investigation SPRM. kita sama-sama beringat dan ingat mengingati... manusia biasa pelupa dan terlupa.

Jangan silap pula.. dalam kerja ada juga sponsor positif.. contohnya sponsor biasiswa HLP hehehehe... sapa tak mau... mungkin ada yg lain nak share contoh2 sponsor yang positif dan negatif.

kalau kita ada rasa ragu2 ... try to avoid the sponsor tu....