Saturday, February 6, 2010

Selamat Datang Baby-baby Baru

Tahun 2010 dah mencecah Februari.. dah nak sambut Chinese New Year... Lama juga tak ada update tentang anak-anak. Sibuk la senang sekali nak kasi "excuse".

Bidadari sangat bahagia dengan perkembangan anak-anak. Bidadari dapat rasakan setiap kawan-kawan semua pun sama.. Bidadari tak pernah terlepas membaca update kawan-kawan di blog masing-masing terutamanya berkenaan anak-anak.. hmm... syukur kan. Anak sihat, perkembangan fizikal dan mental pun sihat. Untuk diri sendiri juga, banyakkan bersyukur dan berdoa sentiasa dimurahkan rezeki, dirahmati, disayangi dan diberi kesihatan yang sempurna sentiasa.

Dalam satu ceramah, ustaz berpesan, jangan hanya meminta berkenaan kebendaan dan kebahagiaan sahaja... kita perlu senantiasa berdoa agar turut diberikan kesihatan yang sempurna dan dijauhi penyakit yang merbahaya. Betul juga tu, kalau kaya semua ada tapi tak sihat, harap dijauhkan. Macam mana nak merasa nikmat dunia dan berbuat ibadat dengan sempurna. Lainlah jika terlah ditentukanNya. Mungkin untuk kita mendapat lebih banyak pahala dan kelebihan disebaliknya.

Balik kepada cerita anak-anak.. Tahniah buat kawan-kawan yang dalam proses membimbing anak dalam perut, dan tidak lupa pada kawan-kawan yang telah mendapat cahaya mata yang baru. Yang terkini si Axra!!!! Congratulation for the baby boy. Dah sepasang dah As dan Asrof. Agak-agak berapa besar rancang untuk tambah. Baby pun bertubuh je.. Maaf daripada Bidadari sekeluarga tak datang melawat walaupun dekat sebab kami sekeluarga demam dan selsema. Tak bagus untuk ibu dan anak terutamanya baby tu. Ada peluang nanti kami datang ok. Mareld.. dah habis pantang, tapi baby kalau difikirkan hari alahai.. baru je 2 bulan tengok dunia yang penuh cabaran ni. Sato juga sedang sibuk dengan baby dia yang comel tu. Sekarang ni ada lagi ke nangis malam.. itu la cabaran ibubapa.. dengan sokongan suami insyaAllah lebih bahagia. Suami Sato bagus very understanding... good. Opsss.. oh ye Fiza M jangan macam mana sekarang, muntah-muntah lagi.. itu la pengalaman yang amat bermakna.. takkan dilupa sampai mati dan bila anak dah besar.. dia akan tau dan cerita pada anak dia pula macam mana maknya mengandung kat dia muntah sampai lembik.

Kepada rakan yang bujang tran-tan-tang, Bidadari tunggu kat jemputan.

Kita sama-sama doakan agar anak-anak kita jadi anak yang bijak, kreatif, bersopan, cemerlang dan sihat. Bidadari tumpang seronok bila salah seorang rakan Bidadari di ofis anaknya jadi Doktor.... dapat berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat. Thank you J for your advises. J tak pernah lupa beri advise pasal kekeluargaan.

tahniah buat semua/

1 comment:

  1. hello..welkambek berblog!Lamanya tak dgr cerita dt cik bidadari kiteerr..Nak tumpang juge ucap TAHNIAH utk kawan2 kiter...

    ReplyDelete