Thursday, October 1, 2009

Shopping Raya

Tahun meriah shopping raya sebab shopping kat Subang then sambung shopping di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan terus ke Sungai Petani, Kedah. Sampai 3 negeri bagi memenuhi permintaan baju raya terutamanya Baju Melayu Kuning dan Biru.

Ini semasa shopping di Subang, sempat juga bersalam dan bergaya dengan Mambang Kuning. Kat Subang dapat la belikan baju raya untuk Baby Yasmeen. Kakak dan Abang cakap nak beli kat Penang. OK la..

Posing gaya bebas anak-anak yang berpuasa. Mambang Kuning pun senyum je selalu melayan kerenah anak-anak.


Sebenarnya posing nak tunjuk kasut "boria". Kalau orang Penang cakap "boria" tu serupa la.

Lepas buka puasa terus tidur awal sebab esok lepas Subuh dah nak chow ke Kedah. Naik mpv semua sorang satu bantal besar dan bantal kecil. Yasmeen free sitting. Ikut sedap je nak duduk dengan sorang-sorang, abang ke, kakak ke.. Alhamduillah kakak dan abang layan je.



Sampai je kat Seberang Jaya singgah JUSCO, Jusco sini memang Bidadari paling suka. Sebab luas dan tenang. Barang pun murah. Baju budak-budak banyak pilihan dan bila Sales.. tak tahan.. murah giloz... Masa di sini sempat la sorang 3 pasang pakaian... Tapi baju melayu Kuning dan Biru tak juga jumpa yang puas dihati.

Yasmeen dengan baju tidurnya.. tak nak ditukar. Nasib baik pagi-pagi bangun abang dan kakak mau tukar baju.
Gambar di depan Rumah Jusco.

Malam raya pun keluar lagi ..seronok juga sebab lama sudah tak pergi malam raya, dapat tawar, tak banyak pun boleh dikatakan murah sebab kualiti baju pun bagus. Bab yang paling glamour sebab kena meredah jamm yang memang power.. tengok la kelipan macam pesta!!!!!

Jamm Jam Besar Sungai Petani.

Ini lah baju yang dapat dibeli..sorang dapat dua pasang sepasang Baju Melayu Cekak Musang & sepasang Baju Melayu Johor.. Jimo warna Kuning & Ajeem biru.

Jimo, Tok Ani, Ajeem, Weena, Tasha & Akma.


Sepupu seirama, Mama Shun & Mama Niza.

Walaupun sekejap beraya di kampung tapi memori masih hangat "dipasaran".

No comments:

Post a Comment