Saturday, May 30, 2009

Virus Rubella?? & Nasihat Doktor

Rupanya selama duk sakit on off on off selama 4 minggu... baru tau Yasmeen sebenarnya kena virus rubella.. kesian dia.. asyik sakit aje.. normal GP tak pula dapat detect selama duk bawa. Mummy pulak busy dengan PTK (tak patut dijadikan alasan). Anyway, selamam good Pediatrician detected, ini demam rubella. hmm.. Doktor cakap, kesan-kesan yang ada, bengkak kelenjar sampai ke kepala.. Doktor cakap kalau kena rubella ni memang demam dia lama.. tak high fever...

You guys tau kan Rubella.. dulu kita semua malu kalau sebut Rubella.. ingat utk perempuan aje.. sebenarnya tak, lelaki pun kena ambik juga injection MMR, "R" = Rubella. Virus ni memang bahaya, kalau ibu mengandung yang kandungan kurang 3 bulan, amat bahaya, bayi boleh cacat.

Yasmeen dah ambik injection MMR. 7 hari baru antibodi MMR tu terbentuk dalam badan. Doktor suspected, Yasmeen dijangkiti virus Rubella mungkin dalam tempoh 7 hari tu. Sebab Dr.A juga yang injected Yasmeen.

Itu kisah Yasmeen. Sekarang kisah Ajeem pulak. Ajeem ni asyik bengkak tonsil. Dr.A berpesan, budak-budak yang suka makan makanan manis senang sakit, jadi kurangkan manisan. Contohnya, ice-cream, gula-gula, kek.. dll.

You all perasan tak, orang tua antibodi dah kuat, jarang sekali bengkak tonsil cuma ada merah je la.. tapi budak-budak, kalau sakit atau demam, tonsil mereka akan merah dan bengkak sedikit. Sebab tu doktor akan suruh buka mulut dia nak tengok tonsil. Tau kenapa tonsil tu bengkak dan merah?? Ha... sebab untuk budak-budak, antibodi mereka tak la kuat sangat untuk lawan penyakit. Jadi bila ada virus hinggap, (Allah Yang Maha Kaya) tonsil akan detect dulu dan infected. Jadi senang nak detect. Balik kepada makanan manis, dalam mulut kita especially ada bakteria mulut. Bakteria ni memang suka sangat benda manis, jadi bila budak-budak makan manis dia akan aktif, so senang sakit.

Sekarang ni banyak makanan dah letak label "sugar-free". sebab kajian dah dibuat punca budak sakit. so buat ibubapa, jaga la kesihatan dan pemakanan anak-anak kita.

Teringat mummy masa natasha, makanan bila dia masuk 5 bulan, mesti tok masak moi sedap-sedap, mummy siap boleh tumpang sekaki. Then tasha start sakit.hmm.. dah ke pediatrician, tapi tak baik juga. So bawa pergi jumpa Dr. Kader. Dr.Kader adalah pediatrician yang mengamalkan perubatan secara herbs. Dia tak guna ubat yang mengandungi "dadah". Lepas bawa tasha jumpa Dr. Kader, terus alhamdulillah baik. Dia suruh buang semua antibiotik, ubat-ubat lain. Dia gantikan dengan special spirulina, manuka honey dan ibu garlic. Ikut cara pemakanan yang Dr.Kader pesan untuk ambik suppliment yang diberi.

Dr. Kader juga pesan, budak yang kurang 2 tahun, makanan jangan dimasukkan gula atau garam. Budak tu akan sihat insyaAllah. Betul! Kami amalkan untuk Jimo dan Ajeem, memang bagus, mereka sihat segar sampai besar. setakat sakit sikit-sikit demam tu ada la. Cuma tak praktis sangat untuk Yasmeen, abang makan apa, diberinya pada adik. So macam-macam makanan yang bukan makanan dia, dia belasah.

Dr.Kader memang bagus, dia pediatrician di London 10-20 tahun rasanya, di sana lagi dia dah start study Al-Quran. Pemakanan secara Islam dan perubatan secara islam dari segi pemakanan Nabi Muhammad S.A.W. Dia balik Malaysia dan buka klinik pakar kanak-kanak tapi lebih kepada herbs dan Islam. Kalau jumpa dia pun akan dia cerita apa yg ada dalam Al-Quran pasal pemakanan yang sihat.

Dalam 6 tahun dulu tengok dia dah kembangkan kliniknya kepada klinik untuk warga tua dan untuk yang nak treatment yang pakai infra-red dan sauna.Saya memang recommand habis habisan. Mahal sedikit tapi berbaloi. Ramai yang pergi expetraits. Lagi satu pasal Dr.Kader, dia cuma buka dari pukul 9:00 pagi sampai 5:30 petang. Dia cakap kalau sayang anak, ambik cuti bawa anak ke klinik dan take care anak tu. Betul juga tu...

Kliniknya di Phelio Damansara I. Baru-baru ni saya pergi cari balik dah tak jumpa. Tak tau la dah tukar ke. Nanti saya akan cari lagi, kalau jumpa, I will let you guys know. Kadang-kadang, bila kita dah cuba perubatan yang biasa tak boleh, kita kena ada alternatif.

Jaga la kesihatan dan sayangi keluarga anda.

No comments:

Post a Comment